KelabMama

Jenis-jenis Atap Rumah Yang Sesuai Dengan Cuaca di Malaysia Sekarang – Moden, Minimalis & Tahan Lama

Atap rumah bukan sekadar keselamatan namun rekaannya juga memberikan kesan berbeza kepada landskap sesebuah rumah. Selain dapat melindungi penghuni rumah dari bahaya, hujan dan panas, ia membuat tampilan luaran rumah terlihat lebih menarik tambahan lagi dengan model atap rumah yang pelbagai dan minimalis.

Atap zink antara yang sering digunakan suatu ketika dahulu. Namun kini jenis atap konkrit rata sedang menjadi pilihan ramai.

Kepelbagaian rekaan dan jenis atap di Malaysia juga dipengaruhi oleh kemahiran pentukang. Ayuh kita ketahui lebih lagi tentang atap rumah serta kelebihan dan kekurangan setiap satunya.

 1) Atap Zink

Kredit gambar: nsbluescope.com

Dari segi harga, atap zink murah dan mampu milik. Tambahan pula ia diperbuat daripada bahan yang ringan oleh itu proses pemasangannya atap tidak memakan masa.

Namun begitu ketika hujan, titisan air yang jatuh ke atap menghasilkan bunyi kuat Disebabkan perkara itu, berkemungkinan besar atap zink akan menakung air sehingga menyebabkan ia berkarat. 

Selain itu, zink juga mudah kotor dan ini membuatkan warnanya menjadi pudar dan cepat kelihatan buruk.

2) Atap Asbestos

Kredit gambar: Azmila Teguh

Atap asbestos ialah atap pilihan kedua jika Mama inginkan atap dengan rekaan seperti zink tetapi telap cahaya.

Atap asbestos memiliki motif sedikit bergelombang dan proses pemasangannya juga lebih kurang sama dengan zink.

Disebabkan bahan pembuatan atap ini mudah pecah dan sukar untuk dimasuki cahaya, penghuni yang menggunakan atap ini senang terkena masalah gangguan pernafasan.

3)  Jenis Atap Bumbung

Kredit gambar: Grid.ID

Atap ini dikatakan salah satu jenis atap yang bagus untuk rumah kerana bahan pembuatannya adalah daripada tanah liat dan seramik.

Atap bumbung sangat sesuai dipasang pada rumah-rumah yang memiliki rekaan moden dan mewah kerana ia mempunyai variasi warna dan bentuk yang menarik.

Kaedah interlock yang ada pada atap ini juga tidak hanya membuat proses pemasangan menjadi lebih mudah tetapi kos selenggara juga lebih murah.

4)  Jenis Atap Konkrit

Kredit gambar: decorexpro

Atap ini mempunyai bahagian datar yang sesuai diaplikasikan di rumah minimalis moden. Ia memberikan ruang tambahan kepada penghuni yang suka bersantai.

Tambahan pula, atap jenis ini mempunyai ketahanan yang kukuh berbanding atap zink.

Kekurangan hanyalah ia mudah berlumut lebih-lebih lagi jika tidak membersihkan sisa air hujan yang bertakun. Jadi, jika berminat untuk memasang atap ini Mama dinasihati untuk memasangnya di sudut yang bersesuaian dan menjalankan penyelenggaraan secara rutin.

5) Jenis Atap Multiroof

Kredit gambar: Pinhome 

Atap multiroof merupakan atap terbaru yang menggunakan konsep ala-ala atap bumbung. Penggunaan bahan atap ini ialah model standing steam, metal stainless steel dan galvalum steel.

Oleh itu, berat atap multiroof ini hanya 10% berat daripada atap konkrit atau atap bumbung biasa.

Penghuni disarankan untuk menggunakan rangka atap galvalum sebelum memasang atap multiroof ini supaya kedudukan dan strukturnya lebih kuat dan kukuh.

6) Jenis Atap Spandex

Kredit gambar: Dekoruma

Jenis atap rumah spandex dibuat menggunakan campuran bahan aluminium dan zink serta ditambahkan sedikit silikon yang menjadikan nisbah bahannya 55% : 43%

Atap spandex berstruktur kukuh dan mudah dibentuk. Inilah yang membuatkan proses pemasangannya lebih mudah. Atap spandex memiliki pelbagai kelebihan kerana struktur rangkanya yang ringan.

Atap jenis ini sesuai digunakan di kawasan perumahan yang terdedah dengan angin kuat. Ini kerana atap spandex mempunyai ketahanan dan tidak mudah roboh mahupun hancur. 

7) Jenis Atap Sirap

Kredit gambar: Arafuru

Jika Mama berminat dengan atap yang mempunyai kesan natural atau kemasan kayu maka atap sirap ini sangat sesuai untuk dipasangkan.

Atap sirap sendiri merupakan jenis atap yang berbentuk seperti kepingan nipis kerana ia diperbuat daripada kayu. Atap sirap selalunya digunakan sebagai sebagai atap gazebo.

Kelebihan atap sirap ini lebih kepada rekaan nya. Disebabkan atap ini diperbuat daripada kayu, atap ini tidak berkarat mahupun meninggalkan kesan kotor. 

8) Jenis Atap Bitumen

Kredit gambar: Sakti Desain

Atap bitumen atau atap jubin asfalt ialah gabungan daripada jubin dan serat kayu. Atap ini mampu bertahan untuk jangka masa yang lama. 

Ia terlebih dahulu terkenal digunakan oleh penduduk Eropah dan Amerika, dan semakin mendapat perhatian oleh masyarakat di Malaysia.

Atap ini sesuai digunakan pada pelbagai jenis bentuk rumah samada yang sederhana atau mewah.

9) Jenis Atap Membran

Kredit gambar: Jasa Tenda Membran

Atap membran ialah hasil rekaan inovatif dan kreatif seiring dengan perkembangan zaman. Ia mempunyai kelebihan dari segi nilai estetika kerana rekaan dan bahannya yang unik.

Dari segi ketahanan, atap ini sangat kukuh kerana bahannya mampu bertahan klimat cuaca di Malaysia iaitu hujan dan panas. Jangka hayat atap membran ini dikatakan mampu bertahan hingga puluhan tahun. 

Tips Memilih Atap Rumah Yang Disyorkan

Terlebih dahulu Mama perlu perhatikan beberapa perkara sebelum memilih jenis atap rumah. Jenis atap, bahan dan harga antara perkara yang perlu kita pertimbangakan. 

Bagi memudahkan keputusan Mama dalam memilih jenis atap, ada baiknya jika Mama meneliti empat (4) komponen penting dalam pemilihan jenis atap seperti di bawah:

1. Menyesuaikan jenis dan rekaan atap rumah dengan cuaca di tempat tinggal

Kesilapan memilih jenis atap mungkin mengakibatkan rumah mengalami kerosakkan suatu hari nanti. Ingat, fokus utama kita ialah untuk memberikan perlindungan kepada diri dan keluarga.

2. Pilih jenis atap menggunakan bahan yang sesuai

Struktur rangka atap dan rekaan rumah perlu disesuaikan dengan dengan bahan yang dipilih. Ini kerana, ada bahan yang berat dan tidak mampu disokong oleh struktur binaan. 

3. Pemilihan yang evergreen

Pemilihan atap yang evergreen atau segar malar menjimatkan kos penggantian atap rumah. Lebih-lebih lagi jika rumah anda mempunyai rekaan terkini.

Semoga informasi atap rumah dalam artikel kali ini membantu Mama membuat penilaian untuk pengubahsuaian atap rumah. Kita ingin atap rumah yang berfungsi dengan baik tetapi dalam masa yang sama memberikan nilai estetika kepada kepada kediaman Mama. Jom baca tentang jenis siling rumah pula!