KelabMama

Take Note Papa. Ini Syarat-syarat Sah Aqiqah Anak Lelaki Yang Masih Ramai Tak Tahu

Majlis aqiqah merupakan salah satu daripada tujuh perkara sunnah sempena menyambut kelahiran cahaya mata bagi setiap umat Islam. 

Aqiqah ialah penyembelihan haiwan ternakan. Kebiasaannya, daging sembelihan tersebut akan dimasak untuk dijamu kepada orang ramai. Selain itu, ia juga boleh diagihkan kepada golongan yang memerlukan. 

Aqiqah bertujuan untuk menzahirkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana telah dikurniakan zuriat

Sebagai Mama dan Ayah, kita disarankan untuk melakukan ibadah aqiqah pada tujuh hari pertama kelahiran anak. Namun, jangka masa tersebut boleh diperpanjangkan sebelum mereka aqil baligh. 

Selepas anak-anak dewasa, mereka boleh melakukan aqiqah ke atas diri sendiri sekiranya berkemampuan. Bagi mak ayah yang ingin melakukan aqiqah untuk anak lelaki, berikut merupakan perkara yang anda perlu take note.

Syarat Aqiqah Anak Lelaki – Kambing, lembu, atau unta?

Kredit gambar: ainiqmy.blogspot.com

Memandangkan hadis naqli dari Aisyah R.Anha hanya menyebut tentang penyembelihan kambing, jadi bagaimanakah Islam membenarkan aqiqah dengan menyembelih lembu atau unta? 

Imam Nawawi Rahimahullah menjelaskan dalam kitabnya Al-Majmu`,

Mazhab kami (iaitu Al-Syafi`e), dibolehkan aqiqah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas. Dihikayatkan daripada Ibn Al-Munzir daripada Hafsah binti Abd Al-Rahman bin Abi Bakr Al-Siddiq RA, tidak dikira aqiqah itu kecuali kambing.

Bagi aqiqah anak lelaki;

Kredit gambar: ninamirza.com

Bagi aqiqah anak perempuan;

Untuk mengesahkan bahagian aqiqah tersebut, Mama boleh rujuk laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Daripada Ummu Kurzin R.Anha, bahawa Aisyah R.Anha memberitahunya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُمْ عَنِ الغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ، وَعَنِ الجَارِيَةِ شَاةٌ

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW menyuruh mereka untuk mengaqiqahkan dua ekor kambing yang serupa bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

(Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi, Ibn Majah, al-Nasa’i dan al-Tabrani dan lain-lain)

Syarat Umur Haiwan Sembelihan Aqiqah

Kredit gambar: Islam Itu Indah

Menurut Prof. Dr Muhammad Al-Zuhaily, seorang pakar feqah kontemporari menyatakan bahawa syarat umur sembelihan binatang aqiqah sama seperti syarat sembelihan binatang korban.

Bagi aqiqah kambing dan lembu, usia mereka hendaklah mencapai dua tahun dan lebih. Manakala untuk unta, mestilah berumur lima tahun dan lebih

5 Syarat Sah Aqiqah

Kredit gambar: EZ Qurban

Mama dan Ayah, sila ambil perhatian ya tentang syarat sah aqiqah ni. Dalam hukum syariat Islam, ada lima perkara yang kita perlu buat supaya ibadah tersebut diterima. 

Sayanglah kan dah rancang dari lama, tiba-tiba kita terlepas beberapa hal penting yang membatalkan ibadah aqiqah tersebut.

  1. Niat aqiqah ketika menyembelih 

Ibu bapa atau tukang penyembelih hendaklah berniat mengaqiqahkan ke atas nama anak yang dihajatkan. 

  1. Binatang aqiqah berkaki empat

Hanya binatang berkaki empat yang diterima. Jadi, jelaslah disini ayam tidak boleh dijadikan aqiqah untuk anak.

  1.  Memenuhi syarat sembelihan

Penyembelih: Islam, mumayyiz dan tidak dalam keadaan berihram.

Binatang: halal dimakan, mati dengan satu sembelihan, putus urat halkum dan marikh.

Alat sembelihan: Tajam dan selain gigi, tulang, kuku, rambut dan tali.

  1. Binatang aqiqah cukup sifat: Sihat dan tidak cacat.
  1. Binatang aqiqah cukup umur

Hikmah Melakukan Aqiqah Untuk Anak Lelaki Mahupun Perempuan

Sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa mengizinkan sesuatu perkara berlaku di dunia ini. Justeru, ibadah aqiqah ialah salah satu cara menzahirkan rasa gembira kepada tuhan yang memudahkan urusan kelahiran buat Mama dan anak. 

Seterusnya, sebagai Mama dan Ayah, kita akan selalu mendoakan yang terbaik buat anak-anak. Semoga dengan aqiqah yang kita lakukan itu dapat mengajak orang lain bersama-sama mendoakan cahaya mata kita menjadi seorang lelaki yang soleh. 

Tambahan pula, majlis aqiqah yang dianjurkan diharap dapat mengeratkan lagi hubungan sesama tetangga dan saudara mara yang datang. Kita juga dapat memperkenalkan ahli baru dalam keluarga kepada rakan dan saudara. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.