Applecrumby® dengan bangganya membuat penampilan sulung di pentas Malaysia Brand Day 2026 yang berlangsung dari 8 hingga 10 Januari 2026 di KLCC, bersempena pelancaran rasmi rangkaian Penjagaan Kulit Kanak-Kanak terbaharunya.
Perkembangan ini mencerminkan komitmen berterusan jenama tersebut dalam menyediakan penjagaan yang lembut, selamat dan berasaskan sains, bagi menyokong kesejahteraan keluarga pada setiap peringkat tumbesaran kanak-kanak.
Pada acara tersebut, Applecrumby® turut meraih pengiktirafan daripada Parenthood Records sebagai ‘Lampin Pertama di Malaysia dengan Teras Penyerap Bebas Klorin Sepenuhnya yang Dipatenkan’, sekali gus menyerlahkan peranan jenama ini dalam memperkukuh aspek keselamatan dan ketelusan dalam industri lampin.
Pengiktirafan ini memperkukuh lagi komitmen jangka panjang Applecrumby® terhadap inovasi yang memberi impak positif kepada ibu bapa, bayi dan keluarga di Malaysia.
“Pengiktirafan oleh Parenthood Records sebagai jenama ‘Lampin Pertama di Malaysia dengan Teras Penyerap Bebas Klorin Sepenuhnya yang Dipatenkan’ mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap keselamatan, ketelusan dan inovasi produk,” kata Sean Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Applecrumby®. “Ia menegaskan tanggungjawab kami untuk menawarkan produk yang boleh dipercayai ibu bapa pada setiap peringkat tumbesaran anak mereka, sambil membuktikan bagaimana inovasi Malaysia dapat terus memberikan kualiti, penjagaan dan keyakinan kepada keluarga.”
Pelancaran Rangkaian Penjagaan Kulit Asas dan Khusus Applecrumby®
Ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2012, Applecrumby® merupakan peneraju dalam penjagaan bayi yang lembut, dengan rekod jualan melebihi 4 bilion lampin di seluruh dunia.
Jenama ini diiktiraf atas piawaian jaminan kualiti yang ketat, pensijilan industri serta pelbagai anugerah berprestij — termasuk Forbes Asia 100 to Watch, Parents’ Choice Awards dan Motherhood Choice Awards — sekali gus mengukuhkan lagi keyakinan keluarga di seluruh dunia.
Sempena Malaysia Brand Day 2026, Applecrumby® secara rasmi memperkenalkan Rangkaian Penjagaan Kulit Kanak-Kanak yang merangkumi penyelesaian Penjagaan Kulit Asas (Basic) dan Khusus (Special).
Pelancaran ini menandakan evolusi Applecrumby® daripada jenama pakar penjagaan bayi kepada penyedia penyelesaian yang menyokong setiap fasa tumbesaran kanak-kanak.
Dirumus khas dengan bahan yang lembut dan selamat untuk kulit, rangkaian penjagaan kulit ini mengekalkan prinsip teras Applecrumby® yang mengutamakan kelembutan, keselamatan dan ketenangan minda ibu bapa, sejajar dengan komitmen jangka panjangnya dalam menyokong kesejahteraan kanak-kanak.
“Sejak permulaan kami sebagai penyedia penjagaan bayi hinggalah ke pelancaran rangkaian Penjagaan Kulit Asas dan Khusus, fokus kami tidak pernah berubah — menyediakan penyelesaian yang lembut dan diyakini ibu bapa,” kata Jesmine Tan, Perintis Bersama Applecrumby®.
“Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi turut menegaskan komitmen berterusan kami terhadap penjagaan, keselesaan dan kesejahteraan keluarga di setiap peringkat tumbesaran kanak-kanak.”
Koleksi Edisi Terhad Malaysia Brand Day yang Berinspirasikan Budaya Tempatan
Bagi memeriahkan sambutan Malaysia Brand Day 2026, Applecrumby® memperkenalkan koleksi edisi terhad eksklusif Malaysia, termasuk beg tote rekaan khas, pembungkusan tisu basah yang diinspirasikan oleh kuih tempatan, serta lampin AirPlus Mini.
Rekaan edisi terhad ini meraikan budaya tempatan dan detik harian rakyat Malaysia, sekali gus mengukuhkan identiti Applecrumby® sebagai jenama tempatan yang dekat di hati keluarga Malaysia.
Sepanjang acara tiga hari ini, para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai permainan interaktif, aktiviti reruai serta penebusan hadiah percuma yang direka khas untuk seisi keluarga, bagi menggalakkan penglibatan dan mencipta pengalaman jenama yang bermakna buat ibu bapa dan kanak-kanak.
Selain itu, ibu bapa juga dialu-alukan untuk membawa sejumlah kecil lampin yang tidak digunakan daripada mana-mana jenama untuk ditukar dengan Applecrumby® AirPlus Mini Pack (10 keping) secara percuma.
