KelabMama

Applecrumby® dan Sunway Malls Memperkenalkan Program Penebusan Lampin Pertama di Malaysia, Menyokong Inisiatif Mesra Keluarga Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026

Applecrumby®

Applecrumby®, jenama penjagaan bayi yang dipercayai di Malaysia telah berganding bahu bersama Sunway Malls untuk melancarkan Program Penebusan Lampin. Kerjasama selama setahun bermula dari musim cuti akhir tahun 2025 pada waktu jangka masa sibuk yang sering menjadi tumpuan keluarga pergi melancong dan membeli-belah. 

Melalui inisiatif ini, Applecrumby® dan Sunway Malls berkongsi matlamat penting dalam menjadikan keluarga sebagai tumpuan utama perkhidmatan mereka. Program ini bukan hanya menyediakan kemudahan, malah membuktikan komitmen teguh untuk membina persekitaran yang penyayang, selamat dan inklusif, di mana keluarga merasa dialu-alukan, disambut serta dilindungi. 

Sejajar dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026, kerjasama ini turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi mesra keluarga dan pelancong di peringkat serantau.

60,000 Lampin Merentasi 8 Pusat Membeli-Belah Strategik

Program Penebusan Lampin ini bertujuan menyelesaikan salah satu masalah utama ibu bapa – tekanan sewaktu kehabisan lampin di saat yang tidak dijangka. Kini, ibu bapa yang membeli-belah di Sunway Malls boleh menebus lampin berkualiti premium Applecrumby® secara serta-merta, memastikan masa berharga bersama keluarga berjalan lancar tanpa gangguan.

Dalam tempoh 12 bulan akan datang, 60,000 lampin yang dipek secara individu akan diedarkan di lapan pusat membeli-belah Sunway di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang, memberikan keluarga akses mudah kepada penjagaan lampin yang dipercayai pada bila-bila masa diperlukan.

“Melalui kerjasama dengan Sunway Malls ini, kami berharap dapat memberikan ibu bapa tahap penjagaan dan keyakinan tambahan apabila mereka memerlukan. Di Applecrumby®, kami percaya setiap keluarga berhak untuk merasa disokong dan dilindungi, pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” kata Sean Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Applecrumby®.

“Sunway Malls teruja untuk bekerjasama dengan Applecrumby, jenama tempatan yang komited terhadap kesejahteraan ibu bapa dan anak-anak. Dengan menawarkan lampin Applecrumby di pusat beli-belah kami, ibu bapa boleh membeli-belah, menjamu selera dan berehat dengan tenang. Penyelesaian yang mudah tetapi berkesan ini memastikan keluarga berasa disokong sepanjang masa mereka berada bersama kami. Melalui kerjasama ini, kami berbangga menetapkan penanda aras baharu untuk pusat membeli-belah mesra keluarga, di samping meningkatkan reputasi Malaysia sebagai destinasi mesra keluarga menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026,” kata Cik Ng Huay Pin, Pengarah Bersekutu Kanan Pemasaran Strategik di Sunway Malls.

Penebusan Mudah Merentasi 8 Pusat Membeli-Belah Sunway

Bermula dari Oktober 2025 hingga Oktober 2026, pembeli di pusat membeli-belah Sunway boleh menebus lampin premium Applecrumby®  dengan mudah melalui Sunway Super App dan menebusnya di kaunter concierge atau SSA mereka. Ibu bapa juga boleh menjaga anak-anak mereka di bilik bayi yang serba lengkap yang direka dengan teliti seperti penjagaan peribadi, stesen pertukaran lampin dan kemudahan mesra keluarga untuk memberikan keselesaan, kemudahan dan ketenangan kepada setiap ibu bapa.

Senarai Pusat membeli-belah Sunway yang terlibat::


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Terokai lebih banyak panduan dan ilmu keibubaapn untuk Mama Papa di SINI.