KelabMama

Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai “Terjatuh”: Memperkukuh Kesiapsiagaan Kecemasan dan Trauma

kesan terjatuh

Pernahkah anda dengar tentang seseorang yang perlu dihospitalisasi akibat terjatuh? Ia mungkin kelihatan seperti insiden kecil, namun bagi ramai individu, terjatuh sahaja akan merubah segalanya.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), jatuhmerupakan punca kematian kedua tertinggi  akibat kecederaan yang tidak disengajakan, dengan anggaran lebih daripada 684,000 nyawa terkorban setiap tahun. Walaupun kejadian ini sering berlaku, kes jatuh sering dianggap remeh dan ramai hanya mendapatkan rawatan perubatan apabila simptom yang dialami menjadi semakin teruk.

Dr Cyrus Lai Sin Nan, Pakar Perunding Perubatan Kecemasan

“Kami sering menerima pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan dan Kemalangan selepas terjatuh. Walaupun mereka masih boleh bercakap dengan lancar dan bergerak seperti biasa, ujian imbasan menunjukkan kecederaan dalaman yang serius seperti pendarahan di otak atau di bahagian abdomen,” kongsi Dr Cyrus Lai Sin Nan, Pakar Perunding Perubatan Kecemasan di Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV).

“Hanya kerana tiada tulang yang patah, tidak bermakna tiada masalah. Sesetengah kecederaan terutamanya di bahagian kepala atau abdomen mungkin tidak terus menunjukkan simptom, oleh itu tindakan pantas untuk mendapatkan rawatan kecemasan dengan segera boleh menjadi faktor penentu yang dapat menyelamatkan nyawa.”

Bahaya Tersembunyi Akibat Terjatuh

Walaupun kejadian jatuh sering dikaitkan dengan golongan warga emas dan masih menjadi antara punca utama mereka hadir untuk mendapatkan rawatan di lawatan ke Jabatan Kecemasan dan Kemalangan, insiden jatuh juga kerap berlaku dalam kalangan peringkat usia yang lain termasuk kanak-kanak, golongan bekerja dan juga atlet.

Menurut Dr Cyrus, kejadian jatuh jarang berlaku disebabkan satu punca sahaja, sebaliknya berpunca daripada gabungan faktor persekitaran, gaya hidup dan keadaan kesihatan seseorang individu tersebut.

Kebanyakan insiden jatuh selalunya berlaku di rumah, terutamanya di bilik air dan tangga, di mana permukaan yang basah atau tidak rata akan meningkatkan risiko untuk tergelincir.

Faktor gaya hidup turut menyumbang kepada risiko ini — rutin harian yang tidak aktif boleh melemahkan kekuatan otot dan keseimbangan badan, manakala kekurangan aktiviti fizikal menjadikan rakyat Malaysia lebih berisiko untuk jatuh.

Selain itu, masalah kesihatan seperti penglihatan yang rabun, osteoporosis atau tekanan darah rendah boleh meningkatkan lagi risiko untuk jatuh, terutamanya apabila digabungkan dengan pengambilan ubat yang menyebabkan kesan pening atau ketidakseimbangan badan. Apabila semua faktor ini digabungkan, kes jatuhyang kelihatan kecil sekalipun boleh membawa akibat dan trauma yang serius.

Memandangkan kejadian jatuh boleh mengakibatkan kecederaan ringan sehingga trauma serius, akses kepada Jabatan Kecemasan dan Kemalangan yang bersedia mengendalikan kes trauma amatlah penting.

Di SMCV, kes trauma diuruskan melalui pendekatan yang menggabungkan pelbagai bidang kepakaran perubatan serta doktor pakar dan pakar bedah untuk memastikan rawatan yang menyeluruh dapat diberikan untuk setiap jenis kecederaan atau penyakit.

Pendekatan ini memastikan kecederaan — termasuk yang tidak kelihatan dengan segera dapat dikesan dan dirawat dengan pantas untuk mengelakkan komplikasi serta meningkatkan lagi peluang pemulihan.

Sebagai contoh, hentakan kecil di kepala boleh mengakibatkan pendarahan dalaman di dalam otak, yang berpotensi menyebabkan individu tersebut tidak sedarkan diri, dan dalam kes yang teruk, komplikasi jangka panjang yang akan menjejaskan fungsi fizikal, kognitif dan emosi seseorang.

Antara kesan lain yang mungkin dialami termasuk sakit kepala, sawan, hilang ingatan, sukar menumpukan perhatian, perubahan emosi serta kesukaran mengurus aktiviti harian, pekerjaan serta hubungan dengan orang lain.

Dalam kes yang lebih teruk, kecederaan otak traumatik (TBI) juga boleh meningkatkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer’s, Parkinson’s, serta chronic traumatic encephalopathy (CTE) — sejenis penyakit otak progresif yang disebabkan oleh trauma berulang.

Walaupun kejadian jatuh boleh menimpa individu pada semua peringkat usia, kesannya selalu lebih serius di kalangan warga emas. Satu insiden jatuh sahaja boleh menyebabkan patah tulang pinggul yang memerlukan pembedahan seperti penggantian pinggul total (THR) untuk memulihkan semula pergerakan serta kualiti hidup.

Perkara ini amat membimbangkan kerana kes patah tulang pinggul di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 3.5 kali ganda menjelang tahun 2050 — daripada sekitar 6,000 kes kepada lebih 21,000 kes.

“Apabila warga emas mengalami patah tulang pinggul akibat jatuh, pembedahan penggantian pinggul total selalunya merupakan rawatan terbaik,” jelas Dr Cyrus. “Pembedahan ini bukan sahaja dapat merawat kecederaan tersebut, malah dapat membantu pesakit kembali menjalani aktiviti harian dengan kesakitan yang minima dan fungsi pinggul yang lebih baik.”

Daripada Tindakan Awal ke Respons Kecemasan

Melihat kepada faktor risiko ini, Dr Cyrus menegaskan orang ramai perlu mendapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera selepas terjatuh untuk memberi perbezaan besar dalam proses pemulihan.

Beliau juga menasihatkan agar orang ramai tidak bergantung kepada rawatan tradisional di rumah selepas jatuh dan menekankan sesetengah amalan yang sering dilakukan orang ramai tidak memberikan apa-apa kesan.

“Minum sesuatu yang manis mungkin boleh membuatkan seseorang berasa lebih baik untuk seketika selepas terjatuh, tetapi ia tidak merawat sebarang kecederaan,” jelas Dr Cyrus. Begitu juga dengan amalan menyapu minyak atau mengurut kawasan yang lebam sejurus selepas jatuh sebenarnya boleh memburukkan lagi bengkak atau pendarahan.

Sebaliknya, beliau menyarankan agar pesakit berehat, meletakkan ais pada bahagian yang sakit, dan mendapatkan pemeriksaan sekiranya kesakitan atau bengkak berterusan. “Penilaian awal membolehkan kami mengenal pasti kecederaan tersembunyi dan menstabilkan pesakit sebelum sebarang komplikasi berlaku. Semakin lama pesakit menunggu, semakin sukar proses pemulihan untuk mereka,” kata Dr Cyrus.

Memandangkan kes jatuh masih menjadi antara punca paling kerap bagi orang ramai mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Kemalangan, akses kepada rawatan yang tepat pada masanya amat penting untuk mencegah komplikasi dan meningkatkan hasil pemulihan.

Dr Wee Tong Ming, Pengarah Perubatan dan Pakar Perunding Perubatan Kecemasan

Selaras dengan hal ini, SMCV telah memperluas dan menaik taraf Jabatan Kecemasan dan Kemalangan serta menambil kapasiti katil mereka untuk pesakit yang perlu dihospitalisasi bagi meningkatkan aksesibiliti, memperbaiki pengalaman pesakit, dan memperkukuh kesiapsiagaan dalam rawatan kecemasan dan kritikal.

Peluasan ini merangkumi reka bentuk semula dan susun atur dengan kawasan triage yang dipertingkat, penambahan ruang rawatan dan pemerhatian, serta katil pesakit di wad dan turut disokong dengan ujian saringan di lokasi yang lebih pantas bagi memastikan pesakit menerima perhatian dan rawatan segera yang diselaraskan dengan lebih baik.

“Perkhidmatan kecemasan dan kemalangan merupakan barisan hadapan pertama dalam menyelamatkan nyawa. Peluasan jabatan kami ini mencerminkan komitmen SMCV untuk menyediakan rawatan yang pantas, efisien dan penuh perhatian kepada setiap pesakit yang datang ke hospital kami kerana dalam situasi kecemasan, setiap saat amat berharga,” kata Dr Wee Tong Ming, Pengarah Perubatan dan Pakar Perunding Perubatan Kecemasan di SMCV.

Seiring dengan peningkatan usia penduduk Malaysia dan gaya hidup yang semakin kurang aktif, risiko jatuh akan terus menjadi isu kesihatan yang perlu diberi perhatian serius. Pengenalpastian awal, mendapatkan rawatan kecemasan yang tepat pada masanya serta insiatif kesedaran yang berterusan dapat mencegah banyak kejadian daripada membawa kepada komplikasi yang menjejaskan kehidupan.

Melalui peluasan Jabatan Kecemasan dan Kemalangan,peningkatan kapasiti katil dan kepakaran daripada pelbagai bidang perubatan, Pusat Perubatan Sunway Velocity menegaskan komitmennya untuk memastikan keselamatan masyarakat dengan memberikan rawatan yang pantas, menyeluruh dan penuh prihatin kepada setiap pesakit yang hadir ke hospital mereka, terutamanya ketika saat genting apabila kecemasan berlaku.

Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi +603 9772 9191 atau emel smcv-enquiry@sunway.com.my. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Sunway Medical Centre Velocity, sila layari www.sunwaymedicalvelocity.com.my (Facebook: Sunway Medical Centre Velocity)


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Ada banyak lagi info kesihatan yang Mama Papa boleh explore, klik di SINI.