UTAMA Apa Yang Mama Boleh Buat Pada Malam Sebelum Pembedahan?

Apa Yang Mama Boleh Buat Pada Malam Sebelum Pembedahan?

oleh Ella Ghaous
Apa Yang Mama Boleh Buat Pada Malam Sebelum Pembedahan?

Bagi mama yang bakal melahirkan anak secara pembedahan atau ceaser tak lama lagi pasti sudah mula menghitung hari. Semakin dekat hari semakin berdebar, takut, risau, semuanya bercampur baur. Bukan itu je, sesiapa yang bakal menjalani pembedahan pasti rasa benda yang sama.

Untuk menghilangkan rasa yang bercampur baur dan untuk menenangkan diri sendiri, ini ada beberapa tips yang mama boleh pratikkan pada malam sehari sebelum pembedahan yang dikongsi oleh Dr. Izzat. Semoga tips-tips ini dapat membantu mama untuk lebih tenang dan yakin!

Apa yang mama boleh buat pada malam sebelum pembedahan?

Bagi muslim, banyakkan berdoa semoga segala urusan dipermudahkan. Jangan lupa untuk minta maaf dan saling memaafkan. Ini penting untuk mendapatkan redha manusia dan Allah.

Dengar pesan doktor, jangan degil!

Selalunya sebelum proses pembedahan dijalankan mama akan disuruh berpuasa untuk mengelakkan sebarang komplikasi semasa mama menjalani pembedahan.

Ini sebabnya kenapa mama disarankan berpuasa beberapa jam sebelum pembedahan.

Kena yakin

Daripada mama risau fikir tentang pembedahan tu lebih baik mama yakinkan diri mama dan doktor yang bakal bedah mama tu. Pasti doktor yang akan bedah mama tu datang melawat dan masa tu lah mama boleh borak ringkas dengan doktor.

Sumber : Dr. Izzat

BACA JUGA INI YANG DILALUI SI IBU KETIKA PEMBEDAHAN CAESAREAN DILAKUKAN

Pesan Mama Siti

Walaupun Mama Siti tak ada experience dibedah tapi Mama Siti faham perasaan risau, takut tu. Tapi kalau asyik difikir je lagilah buat mama tak tenangkan. Semoga tips yang dikongsi oleh Dr.Izzat ni sedikit sebanyak membantu mama. Buat mama yang bakal menjalani pembedahan atau ceaser tu, semoga semuanya dipermudahkan. Amin!