KelabMama

APA PERLU LAKUKAN JIKA SAKIT GIGI KETIKA HAMIL?

Kunjungan ke doktor gigi untuk pemeriksaan rutin adalah penting. Pakar pergigian menyarankan anda berkunjung ke doktor gigi dengan kerap dan pakar mencadangkan setiap enam bulan sekali. Jika boleh, kunjungilah doktor gigi anda sebelum mengandung supaya boleh menyelesaikan sebarang masalah pergigian sebelum mengandung.

 

GINGIVITIS KETIKA MENGANDUNG

 

MENGAPA KALSIUM PENTING?

Gigi kita terbentuk daripada mineral yang menyerupai tulang dan kalsium penting dalam pertumbuhan tulang pada bayi. Jumlah kalsium yang mencukupi akan menjadikan tulang anda kuat dan membantu pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat pada bayi anda. Amalkan pengambilan sekurang-kurangnya 1,200 miligram (mg) kalsium setiap hari.

 

ANTIBIOTIK

Sesetengah antibiotik dan ubat penahan sakit boleh diambil ketika mengandung dan kadang kala diperlukan. Bagaimanapun, sejenis antibiotik, tetracycline dan yang berkaitan boleh menyebabkan hypoplasia (kebantutan) enamel gigi dan penyahwarnaan gigi kekal pada kanak-kanak. Pastikan anda memberitahu doktor gigi bahawa anda sedang mengandung sekiranya diberi antibiotik tersebut.

 

DYSGEUSIA – PERUBAHAN DERIA RASA

Dysgeusia (dis-ju-ze-a) ialah keadaan lazim yang dialami semasa mengandung apabila seorang wanita itu mempunyai rasa kurang enak di dalam mulut. Keadaan ini disebabkan perubahan hormon semasa mengandung yang boleh mengubah atau menghilangkan deria rasa. Sesetengah wanita mempunyai rasa pahit atau metalik, sementara wanita lain kehilangan rasa untuk sesetengah makanan. Keadaan ini biasanya hilang semasa trimester kedua. Sekiranya anda mengalami dysgeusia, cuba amalkan kaedah tersebut:

Tahap hormon yang berubah-ubah boleh menyebabkan pertambahan air liur sewaktu mengandung. Keadaan terlalu banyak air liur dipanggil ptyalism (ti-a-lizm) yang berlaku ketika peningkata hormon estrogen. Ptyalism sering berlaku dalam keluarga dan keadaan mual pada waktu pagi menyumbang kepada masalah ini. Anda tidak mampu menelan dengan jumlah yang sama selepas muntah, seterusnya menyebabkan pengumpulan air liur. Namun terdapat kebaikan daripada keadaan ini di mana air liur mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan bakteria penyebab pereputan gigi. Untuk merawat keadaan ini, minum banyak air untuk menggalakkan air liur ditelan. Menghisap gula-gula juga dapat membantu.

 

FLUORIDA DAN KESIHATAN GIGI

Fluorida ialah ion daripada fluorin yang membantu menguatkan enamel gigi. Ia kadangkala ditambah dalam ubat gigi, air minuman dan produk kesihatan gigi. Kebanyakan vitamin pranatal juga mengandungi fluorida. Sesetengah pengkaji percaya penambahan fluorida semasa mengandung memperbaiki pembentukan gigi pada bayi, namun tidak semua setuju dengan pendapat ini. Dapatkan nasihat doktor anda untuk maklumat lanjut.

 

APA PERLU LAKUKAN JIKA SAKIT GIGI KETIKA HAMIL?

Kecemasan gigi boleh berlaku sewaktu mengandung seperti rawatan pematian akar gigi (root canal), mencabut gigi, kaviti yang besar atau masalah yang disebabkan kemalangan. Masalah gigi yang serius perlu ditangani segera walaupun membawa risiko ketika mengandung, bagi mengelakkan komplikasi sampingan kelak.

 

 

 

 

 

 

 Sumber: Internet