KelabMama

APA PERLU ANDA LAKUKAN JIKA KANDUNGAN SONGSANG KETIKA HAMIL?

Apabila seseorang ibu itu disahkan kandungannya songsang, dia akan berasa cemas. Banyak persoalan timbul. Contohnya, kenapa kandungan saya songsang? Apakah kandungan saya ini normal? Bolehkah saya bersalin secara normal? Apakah komplikasi jika saya memilih untuk bersalin secara biasa? Mungkinkah masalah ini boleh berulang dan sebagainya. Oleh yang demikian ada baiknya seseorang ibu atau bakal ibu mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang masalah yang mungkin timbul semasa mengandung. Ini membolehkan mereka bertukar pendapat dengan para doktor yang menjaga kandungan mereka.

Boleh dikatakan masih ramai ibu yang bertindak secara pasif apabila berjumpa doktor iaitu mengikut saja apa kata doktor tentang kandungan dan menurut keputusan doktor tanpa banyak persoalan. Ada juga ibu-ibu yang membuat keputusan yang bercanggah dengan nasihat doktor tanpa sebab-sebab yang kukuh dan sanggup mengambil risiko yang tinggi. Ini mungkin disebabkan ada ibu-ibu yang tidak berinisiatif untuk membaca dan menambah ilmu atau adakalanya mereka mendapat nasihat daripada sumber-sumber yang salah. Yang menyedihkan lagi, ada ibu-ibu yang mempunyai kedudukan sosial yang baik dan berpelajaran boleh mengambil tindakan dan keputusan yang bercanggah dengan nasihat doktor.

Kebanyakan wanita dari negara-negara maju seperti di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) biasanya mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai kehamilan sama ada melalui pembacaan, internet ataupun melalui kenalan profesional sebelum berjumpa doktor. Oleh itu ibu-ibu di Malaysia disyor supaya mempunyai pengetahuan tentang kehamilan kerana ini dapat memberi panduan kepada mereka tentang kandungan apabila terpaksa membuat sesuatu keputusan kelak.

 

KANDUNGAN SONGSANG (BREECH PRESENTATION)

 

JENIS-JENIS KANDUNGAN SONGSANG

Kandungan songsang terjadi mungkin disebabkan bentuk rahim yang tidak normal, ketumbuhan dalam rahim, bayi yang tidak normal, kandungan kembar, kandungan yang tidak cukup bulan (pramatang) atau secara kebetulan saja. Menurut kajian, kandungan songsang mempunyai mortaliti dan morbiditi perinatal yang tinggi berbanding dengan kandungan biasa. ini mungkin disebabkan masalah prematurity (pramatang), congenital malformation, birth asphyxia dan trauma. Dengan demikian cara pengendalian kandungan songsang adalah sangat kontroversi. Di Eropah Utara dan AS, pemilihan pembedahan Caesarean untuk kandungan songsang disyorkan sebagai cara untuk mengurangkan masalah bayi.

 

CARA MENGURANGKAN INSIDEN KANDUNGAN SONGSANG

Penggunaan kaedah postural. Kaedah knee-chest position (posisi sujud) sering diguna atau dinasihatkan diamalkan untuk mengurangkan insiden kandungan songsang. Bagaimanapun, kajian menunjukkan kaedah postural tidak memberi apa-apa kesan terhadap kandungan. Penggunaan kaedah urut (external cephalic version – ECV). Kaedah ini telah diamalkan sejak zaman Hippocrates sehinggalah ke zaman moden ini. Ia boleh dilakukan dalam kes-kes kandungan songsang yang tidak mempunyai komplikasi. Sebelum melalui prosedur ini biasanya pakar obstetrik akan melakukan pemeriksaan dan penilaian bagi memastikan kandungan tersebut telah memenuhi kriteria yang membolehkan prosedur itu dijalankan.

Dalam enam kajian yang dijalankan, kaedah ini menunjukkan penurunan kadar pembedahan Caesarean dengan tidak menambahkan risiko terhadap bayi. Namun, kaedah ini mesti dilakukan dalam keadaan yang profesional untuk mengelakkan komplikasi seperti:

Di United Kingdom, ECV telah berjaya diperkenalkan dalam perkhidmatan hospital. Walapun kejayaan yang tercatat dalam kajian cuma sekitar 46 peratus, prosedur ini telah membantu menurunkan kadar pembedahan Caesarean dengan begitu signifikan. Kajian di AS pula menunjukkan kejayaan prosedur itu yang lebih tinggi iaitu 65 peratus. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan prosedur ECV seperti bilangan kandungan, jumlah air ketuban, paras songsang di atas pelvis dan sebagainya. Jika prosedur tersebut dapat dilakukan dalam keadaan yang profesional, semua ibu yang mempunyai kandungan songsang yang tidak berkomplikasi pada usia kandungan 37- 42 minggu prosedur tersebut boleh disyorkan.

 

PILIHAN ANTARA PEMBEDAHAN CAESAREAN ATAU KELAHIRAN BIASA

Sememangnya kelahiran biasa tanpa pemeriksaan dan penilaian yang teliti tidak digalakkan kerana ia terbukti menimbulkan banyak komplikasi dan membawa kepada mortaliti yang tinggi pada bayi.  Satu kajian pada tahun 1993 menunjukkan tiada perbezaan dari segi mortaliti bayi antara kelahiran pembedahan (planned cesarean) dan kelahiran biasa (planned vaginal delivery). Bagaimanapun, terdapat sedikit penambahan dari segi mortaliti jangka pendek bayi yang dilahirkan dengan cara kelahiran biasa. Disebabkan pengendalian kandungan songsang pada usia cukup bulan masih kontroversi, satu kajian yang besar telah dijalankan.

International Multicentre Randomised Controlled Trial telah mengkaji dan membandingkan kaedah kelahiran biasa yang terancang dan pembedahan Caesarean yang terancang bagi kandungan songsang yang telah cukup bulan dan yang tidak berkomplikasi. Secara purata risiko kematian bayi (perinatal death) untuk kandungan songsang frank atau complete menunjukkan penurunan sebanyak 75 peratus dengan kelahiran pembedahan Caesarean yang terancang. Namun, jika cara kelahiran biasa dipilih, ia terpaksa memenuhi beberapa kriteria dari segi pemilihan kes dan pengendalian kelahiran oleh pakar yang berkemahiran.

Sebahagian daripada kriteria untuk pemilihan kes bagi kelahiran biasa termasuklah:

Jika kandungan songsang tidak memenuhi kriteria tersebut, anda tidak digalakkan untuk memilih kelahiran biasa. Bagi ibu-ibu yang mempunyai kandungan songsang, mungkin artikel ini dapat memberi mereka sedikit sebanyak pengetahuan dan panduan. Oleh itu buatlah satu keputusan yang bijak semoga puan akan berasa puas hati dengan keputusan yang diambil dan membuat keputusan yang tepat.

 

 

 

 

 

Sumber: Utusan / Dr. Suraya Arshad ,Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi