KelabMama

Antara Keperluan Dan Kehendak, Urus Kewangan Kena Bijak!

Bagi pasangan berkahwin, menimang cahaya mata adalah detik yang paling ditunggu-tunggu. Excited tu bukan main. Kalau boleh nak prepare segalanya. Tapi, mama dengan papa dah ready dengan plan kewangan yang lengkap untuk si manja ke?

Mama dengan papa kena ingat, isu kewangan ni adalah perkara serius especially bila dah ada anak. Kalau mama dan papa masih tak pasti apa yang perlu dilakukan, Mama Siti ada tips kewangan baik punya untuk mommy daddy muda!

1. Bijak menabung

Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek – sederhana – panjang.

Bila dah kahwin, isteri pun sudah berbadan dua. Tinggal tunggu masa saja menantikan ‘orang baru’ sebagai pelengkap hidup, mama dengan papa sepatutnya dah settle buat kajian dan carian maklumat bagi pelaburan anak. Mama dengan papa kena ingat, bila dah ada anak ni, banyak yang kita perlu fikir demi menjamin masa depan mereka.

Antara pelaburan yang menjadi pilihan ibubapa dimana ia diyakini selamat dan menguntungkan ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan tabungan di Tabung Haji (TH).

2. Ambil insurans nyawa

Masih ramai lagi ibubapa muda yang tak merperlihatkan kepentingan insurans nyawa dalam perancangan kewangan mereka.

Hah, semua terkejut kan? Ada yang siap tanya Mama Siti, “Nak buat apa melabur duit untuk sesuatu yang tak pasti?”

Tapi sakit dan mati tu PASTI kan? Kalau mama dengan papa bertemu ajal dulu, macam mana pulak dengan si manja? Sebab itulah, mama dengan papa perlu pilih skim insurans yang bertepatan dengan belanjawan bulanan mama dan papa.

Kat sini Mama Siti bukan nak promote suruh beli insurans cuma nak ingatkan saja yang di luar sana ada pelbagai skim ditawarkan oleh banyak syarikat. Kalau tak tahu nak pilih yang mana, mama boleh pergi berjumpa ejen insurans untuk dapatkan nasihat yang sewajarnya lah.

Mama jangan pula takut nak jumpa sebab mereka satu-satunya orang yang mempunyai maklumat tentang skim insurans nyawa yang terbaik untuk mama berdasarkan jumlah perlindungan, umur dan jenis pekerjaan.

3. Perlu atau hendak?

Nasihat ni khas untuk para ibu sekalian. Tapi suami juga tak terkecuali. Cuma lebihnya pada si ibu kerana mereka ni kalau bab shopping, boleh rambang mata sikit. Contohnya, antara set pakaian bayi jenama pereka antarabangsa dan car seat bayi, yang mana satukah yang perlu dibeli?

Ha, kalau ikutkan hati dan nafsu yang tak bersempadan tu, memang set pakaian bayi tu lah yang kita akan pilih. Katanya, car seat bayi tak penting sangat, janji anak vogue. Ha, gituu…

Nasihat Mama Siti, tak perlu nak ber’vogue’ sangat si anak tu. Pakaian boleh guna sekejap saja. Nanti si kecil dah besar, baju tu pun dah tak boleh pakai. Kalau ada duit lebih, seeloknya mama berjimat saja. Kita boleh gunakan wang itu untuk cover keperluan lain pula.

4. Perlindungan perubatan untuk anak

Selain kos sara hidup harian, kos perubatan anak-anak pun perlu dititikberatkan. Sebab tu lah, young parents kena mahir dengan budget planning!

Bila anak ada pelan perlindungan insurans, anak-anak mama bakal memperoleh akses kepada rawatan dan ubat-ubatan terbaik jika berlaku komplikasi kesihatan.

5. Buat bajet keperluan rumah

Ibubapa muda perlu bijak dalam mengurus bajet harian isi rumah.

Buat pengetahuan ibu-ibu muda diluar sana, membesarkan anak memerlukan kos yang tinggi! Mainan, botol susu, puting susu, bil air, elektrik, semua ni mama dengan papa kena fikir. Sebab tu bila nak shopping, mama kena ada list barangan keperluan rumah dan anak setiap bulan beserta kosnya untuk menjamin kelangsungan kos hidup.

Kos pakaian, lampin, susu formula, perubatan dan vaksinasi adalah antara kos yang perlu diberi keutamaan. Mama dengan papa perlu jadi expert dalam hal ni kerana kegagalan untuk merancang dan berfikir ke depan akan menyusahkan mama dan papa apatah lagi kalau mama dan papa tergolong dalam golongan yang yang berpendapatan rendah dan tinggal di bandar besar. Take note ye!

6. Tabung kecemasan

Simpanan pertama harus ditumpukan untuk membina dana kecemasan dan dana rizab.

Malang sentiasa tak berbau! Bukan Mama Siti mendoakan cuma mama dengan papa memang kena sentiasa berjaga-jaga dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Majalah kewangan Forbes menyarankan ibu bapa untuk simpan 6 hingga 10 bulan gaji sebagai tabung kecemasan.

Dalam kegawatan ekonomi dunia yang tak menentu ni, macam-macam boleh berlaku contohnya diberhentikan kerja serta-merta dan penutupan syarikat tanpa notis awal. Renung-renungkan lah ye!

Sumber: thereporter, Forbes

BACA JUGA RANCANG KEWANGAN KELUARGA DENGAN BIJAK!

Pesan Mama Siti:

Bila kita jadi ibu bapa kita memang perlu expert dalam menguruskan kewangan. Mama Siti tahu, time muda-muda ni lah nak enjoy tapi kalau mama dan papa berbelanja dulu baru simpan, alamat menempah masa depan yang gelap buat family mama dan papa sendiri. So, mama dengan papa boleh start dengan keperluan-keperluan asas hidup contohnya, makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Ha, bila dah steady, ekonomi pun dah mantap, silalah bermewah.