KelabMama

Bahaya Anak Sering Terdedah Kepada Gajet. Ini Kesannya Pada Anak!

Di zaman ini, anak-anak dah didedahkan dengan penggunaan gajet canggih tanpa kawalan. Terutamanya handphone, tab. Bagi mama/papa, asalkan anak-anak diam dan tak meragam. Tapi sedarkah mama jika anak sering terdedah dengan gajet akan memberi kesan kepada mata anak-anak?

Mama Siti yakin pasti ada mama/papa sedar akan kesan ini tapi disebabkan tiada pilihan lain untuk membuatkan anak diam. Jika itu pilihan ‘terbaik’ yang mama papa ada, maka pantaulah anak-anak semasa mereka menggunakan gajet. Terhadkan masa penggunaan gajet. Bukan biarkan saja tanpa kawalan.

Kesan Penggunaan Gajet Ke Atas Mata Kanak-kanak

#Mata kering

Kedudukan mata kanak-kanak semasa menggunakan alat peranti yang tidak sesuai akan menyebabkan masalah mata kering, mata penat dan kesakitan di bahu dan leher.

#Penglihatan kabur

Penurunan tahap penglihatan yang teruk, akan menyebabkan sakit kepala dan penglihatan berganda.

#Peningkatan Myopia (rabun jauh)

Penggunaan gajet juga akan menyebabkan regangan bebola mata turut berlaku apabila proses akomodasi berlaku pada masa yang sama.

#Kerosakan saraf mata akibat pendedahan terhadap cahaya biru dari skrin paparan gajet

Jika sinar UV ditapis oleh kornea dan kanta kristalin dalam mata cahaya biru berupaya menembusi sehingga ke peringkat saraf mata.

Jadi sanggupkah mama melihat anak mama yang masih kecil mengalami masalah mata dan kena pakai cermin mata diawal usia begini? Kalau tak sanggup bertindaklah sebelum terlambat. Semoga tips ini dapat membantu mama/papa!

Tips Elak Anak Dari Ketagih Bermain Gajet’

1. Hadkan penggunaan gajet. Pastikan tak lebih dari 30 minit setiap kali penggunaan dan total tak tak melebihi had masa yang disarankan mengikut umur.

– bawah 2 tahun : NONE

– 2-5 tahun : tidak melebihi SATU JAM pada setiap hari

– 5-18 tahun: tidak melebihi DUA JAM pada setiap hari.

2. Buat jadual bila boleh gunakan gajet.

3. Rancang aktiviti menarik dan menyeronokkan untuk anak-anak untuk hilangkan kebosanan mereka dengan aktiviti yang berfaedah. AJAK ANAK BERBORAK, KURANGKAN PENGGUNAAN GAJET

4. Kena ada ‘tech free time’ pada masa tertentu seperti masa makan malam, masa buat kerja rumah dan masa nak tidur.

5. Mama papa juga boleh buat ‘tech-free zone’ iaitu kawasan larangan untuk menggunakan gajet

6. Bagi contoh yang baik pada anak-anak. Larang anak main gajet tapi mama papa sendiri handphone tak lepas dari tangan.

7. Jangan guna gajet sebagai babysitter. Terutama bila kat restoran, dalam kereta dan bila mama papa sibuk dengan kerja lain.

8. Pastikan mama papa rahsiakan password handphone atau tab daripada anak-anak.

9. Kawal akses anak dengan gunakan bersama-sama. Ambil masa ni untuk berborak dengan anak tentang sesuatu topik.

10. Sebagai mama papa, anda kena berhak dan kena tegas dengan anak-anak. Jangan terlalu manjakan anak dan ikutkan saja kemahuannya untuk bermain gajet.

Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pesan Mama Siti :

Apa pun pokok pangkalnya berbalik kepada mama/ papa sendiri. Kalau mama/ papa sendiri tunjuk contoh yang tak bagus itulah yang anak nak buat juga. Bila tak dapat apa yang diinginkan mulalah mengamuk, meragam. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat buka mata mama/papa dan pantau serta kawallah penggunaan gajet terhadap anak-anak sebelum menyesal dikemudian hari.