Setiap kali waktu makan, mesti ada satu ‘drama kecil’ bila nampak sayur atas pinggan, kan Mama? Anak buat muka, tolak pinggan, atau siap asingkan satu-satu potongan sayur macam main puzzle.
Kadang tu rasa macam nak give up “Takpelah, janji dia makan nasi pun dah syukur.” Jauh di sudut hati, kita tahu anak perlukan khasiat sayur untuk tumbesaran dia. Tapi masalahnya, nak bagi anak makan sayur ni kadang lebih mencabar daripada ajar dia pegang sudu!
Jadi Mama jangan risau ada banyak cara untuk ‘sembunyi sayur’ dalam makanan anak tanpa dia sedar pun.
Anak Tak Suka Sayur dan Apa Mama Boleh Buat?
1. Sayur Bahan Rahsia dalam Masakan
Kalau anak tak suka sayur yang nampak ketara atas pinggan, Mama boleh ‘sorokkan’ dalam makanan yang dia suka.
Contohnya, kisar halus lobak merah, bayam, brokoli atau labu dan campurkan dalam sos spaghetti, sup ayam atau bubur. Bila dah sebati, anak langsung tak perasan pun dia tengah makan sayur.
Selain tambah rasa manis semula jadi, sayur tu juga beri tekstur pekat yang sedap. Untuk anak kecil yang baru belajar makan, Mama boleh kisar lebih halus supaya tiada ketulan yang buat dia ‘syak’ apa-apa.
Tip Mama Siti: Tumis dulu sayur sebelum kisar jadi aroma lebih wangi dan manis, hilang terus rasa ‘sayur mentah’ yang anak tak suka tu.
2. ‘Selit’ dalam Makanan Kegemaran!
Anak kecil ni cepat tertarik dengan makanan yang nampak macam jajan, kan? Jadi, Mama boleh ‘tipu baik’ sikit dengan buat versi sihat yang penuh sayur tapi rupa dia tetap menarik. Contohnya:
- Nugget ayam homemade: Campur isi ayam kisar dengan brokoli, lobak merah atau kentang lecek sebelum digoreng (atau lebih baik, dibakar).
- Muffin bayam dan pisang: Warna hijau tu boleh Mama cakap “ni muffin power Hulk!”
- Kentang goreng sayur: Potong lobak merah, keledek dan kentang sama panjang, salut dengan sedikit tepung jagung dan bakar. Rangup macam fries sebenar!
Anak tetap rasa macam makan snack kegemaran, tapi Mama tahu dia tengah dapat khasiat dari sayur!
3. Warnakan Makanan Guna Sayur!
Mama boleh juga jadikan aktiviti ni satu sesi eksperimen kecil. “Jom kita tengok warna apa jadi bila Mama campur labu dengan susu!” Mesti anak teruja nak cuba hasilnya.
Anak makan dengan mata dulu, jadi Mama boleh guna warna semula jadi dari sayur. Contohnya:
- Mee merah jambu (guna bit merah)
- Nasi lemak hijau (guna bayam/pandan)
- Pancake kuning (guna labu lecek)
Selain nampak menarik, warna semula jadi ni kaya dengan vitamin. Bit bantu tambah darah, bayam baik untuk mata, labu untuk kulit dan imun anak.
Trik Mama Siti: Libatkan anak masa pilih warna, bila mereka rasa seronok, mereka lebih mudah nak mencuba.
4. Potong, Bentukkan dan Hias
Kadang anak tolak sayur bukan sebab rasa, tapi rupa dia. Jadi, Mama boleh potong sayur guna acuan bintang, hati, atau haiwan kecil sebelum masak. Bila nampak ada banyak bentuk atas pinggan, anak lebih berminat nak makan.
Kalau anak suka finger food, Mama boleh buat ‘sate sayur mini’ cucuk tomato ceri, timun, lobak dan keju atas lidi kecil. Warna-warni macam pelangi, anak pun rasa lebih tertarik untuk makan.
Trick Mama Siti: Hidangkan sayur bersama sos kegemaran anak, contohnya yogurt atau keju cair sebab kadang-kadang yang mereka tak suka tu cuma rasa pahit sayur, bukan keseluruhan makanan.
5. Masak Sama-sama dengan Anak
Anak-anak yang rasa mereka ada peranan dalam penyediaan makanan biasanya lebih mudah nak cuba makanan tu. Jadi, ajak dia masuk dapur sekali!
Suruh dia bantu cuci sayur, pilih warna sayur, atau letak topping atas pizza. Bila anak tengok proses tu, dia rasa seronok dan lebih terbuka untuk rasa hasil ‘kerja tangannya’.
Bila mereka rasa dia ‘terlibat’ time memasak, biasanya lebih terbuka nak cuba hasil air tangan sendiri. Ajak anak bantu basuh sayur, pilih warna, atau letak topping atas pizza.
Selain bantu dia belajar tentang makanan, aktiviti ni juga bagus untuk bonding time Mama dan anak. Dapur jadi tempat belajar, bukan sekadar tempat masak.
Daripada marah atau paksa, lebih baik Mama ubah strategi buatkan makanan sihat tu nampak sedap dan menyeronokkan.
Lama-kelamaan, lidah anak akan mula biasa dengan rasa sayur, dan bila dah besar nanti, dia pun akan ikut tabiat makan sihat yang Mama tanam sejak kecil.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Mama tengah fikir menu apa untuk masak malam nanti? Jom tengok resipi-resipi di SINI.
