KelabMama

ANAK TAK SUKA MAKAN NASI? MAMA BOLEH CUBA RESEPI RICE BALL AYAM NI!

Tak mahu makan nasi adalah antara ragam yang perlu dihadapi oleh mama papa ketika mahu memberi anak-anak makan. Bila anak lebih cenderung dengan makanan ringan dan tak berkhasiat, mama papa perlu fikirkan cara lain untuk ‘selitkan’ sumber nasi ke dalam makanan seharian mereka. Salah satu caranya adalah dengan membuat rice ball yang pastinya akan buat anak ‘jatuh cinta’ dengan nasi.

BAHAN-BAHAN CHICKEN RICE BALL

– Nasi

–Dada ayam

–Lobak (potong dadu)

–Telur (yang belum pass telur tak payah letak telur)

–Tepung Faiza (sikit je untuk golek-golek) *tak letak pun takpa.

–Blend kasar manja-manja je (nasi + telur + lobak + ayam)

–Bentukkan bulat-bulat, golek-golek kat tepung & bekukan atau chiller

–Goreng golek-golek #nodeepfry @kukus

ADA BANYAK KEMUNGKINAN ANAK TAK LALU MAKAN…

1. Sudah kenyang dengan susu berbotol-botol.

2. Telah dibiasakan dengan kuih, gula-gula biskut kek dan jajan. Makanan sampingan ini jadi makanan utama. Makanan ini senang dapat sebab sentiasa ada supply dirumah. (apa solusi dia agaknya?)

3. Mama papa, penjaga tak tahu nak berikan anak yang dia suka, memaksa anak makan makanan tawar tak ada rasa dan tak sedap, tak ikut selera anak.

4. Anak ada masalah penghadaman dan kurang selera disebabkan sistem ususnya tak optima. Yang ini boleh berlaku sebab no 1 dan 2.