KelabMama

Jangan biarkan anak tak cukup tidur. Bahaya untuk perkembangannya!

Kanak-kanak bila tak cukup tidur dia akan meragam je. Sampai mama pun naik pening kan? Tapi itulah hakikatnya. Tidur main peranan penting untuk perkembangan otak kanak-kanak. Cukup tidur, maka tumbesarannya pun berkembang dengan baik.

Mama sendiri boleh nampak dari cara dan mood anak mama kalau anak cukup tidur atau tak. Bila tak cukup tidur mulalah pelbagai drama. Meragam, melalak, menangis, menjerit dan sebagainya. Jadi sebagai ibu bapa kena peka dengan anak kita nak.

5 Tanda Anak Kita Tak Cukup Tidur

1. Keletihan letih sepanjang hari

Tak cukup tidur ni bukan je boleh sebabkan ‘Physical Fatigue’ tapi boleh juga sampai menyebabkan ‘Mental Fatigue’.

Kalau anak anak selalu mengadu ‘penat la Mama’ atau susah nak fokus buat sesuatu kerja, cuba periksa anak kita tu cukup tak jam tidurnya.

2. Sangat susah bangun pagi

Yang ni paling menyebabkan drama pagi antara mak ayah dan anak. Mak ayah nak kejar punch card tapi mata anak pulak macam kena gam. Kadangkala tu tengah mandi pun dia boleh tidur kan?

Kalau jam tidurnya cukup, percayalah cakap saya anak kita akan bangun sendiri dengan penuh senyuman! Cuba periksa apa anak kita buat sebelum tidur. Entah entah dia termenung tak boleh tidur sebab ‘blue-light effect’ daripada TV dan gajet kot!

3. Selalu menguap di siang hari

Tu maknanya samada anak kita keletihan ataupun anak kita punya tidur malam tu tak berkualiti ( poor quality sleep ).

Tapi kalau melebih lebih sangat menguapnya boleh je pergi periksa ke doktor. Ada banyak je penyakit ( medical conditions ) yang menyebabkan anak kita menguap melampau ni. 

4. Selalu meragam tanpa sebab

Seperti yang saya pernah bagitahu sebelum ni, tidur ni adalah keperluan fisiologi paling asas dan terpenting bagi anak. Setara dengan keperluan makan dan minum!

Jadi, gunalah teknik penenang apa pun, kalau anak tak cukup tidur ni memang akan meragam. Badan dah mintak rehat, tak boleh buat apa dah.

5. Anak selalu jatuh sakit

Tidur yang tak berkualiti dan juga kurangnya tidur pada anak boleh membuatkan fungsi sistem imun anak kita tak bekerja dengan baik.

Jadi, kalau ada anak yang selalu jatuh sakit cuba tengok tengok juga kualiti tidur anak kita. Jangan jangan anak kita duk berjaga sepanjang malam masa kita tengah lena tidur atau waktu tidur anak tu tak tetap sampai jam biologi anak kita jadi pening dan terganggu!

p/s : Cuba periksa anak kita semua pagi besok. Ada tak tanda tanda ni semua? Tolong ajarkan juga ilmu ni pada pasangan kita juga. Mereka juga patut tahu tentang info penting ni.

Sumber : Taufiq Razif

BACA JUGA : KENAPA ANAK SAYA SUKA MEMBERONTAK? JOM KETAHUI PUNCANYA!

Pesan Mama Siti

Kalau bukan kita yang beri tumpuan pada anak sendiri siapa lagi kan? Sebagai mama papa kita kena pekalah dengan kemahuan anak. Ni bila anak duk merengek ada juga mama/papa buat dek je. Mama Siti faham mama/papa lebih kenal perangai anak masing-masing tapi tak salahkan kalau take note dengan tanda-tanda ni. Bila anak cukup tidur mama/papa pun tak perlu nak hadap ‘drama’ anak-anak tau!