KelabMama

ANAK SUSAH TIDUR? MAKANAN INI BOLEH BANTU SI MANJA TIDUR NYENYAK TAU!

Apakah Insomnia?

Insomia adalah gangguan tidur pada waktu malam yang akan menyebabkan seseorang itu sukar untuk mendapatkan tidur yang mencukupi.  Insomnia mampu memberikan kesan buruk pada kesihatan selain menjadikan seseorang itu menjadi tidak fokus, mudah letih dan tertekan. Ada beberapa perkara yang boleh diamalkan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak setiap malam. Ibu-ibu yang mempunyai anak yang menghadapi masalah insomia atau sukar tidur boleh cuba praktikkan ini.

Banyak faktor yang boleh dititikberatkan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Bermula dengan pakaian yang anda pakai semasa tidur, kebersihan tempat tidur, suasana bilik tidur, serta makanan yang anda makan sebelum masuk tidur. 

Tidur yang berkualiti bermaksud mendapatkan tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi penting untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Semasa tidur, badan bekerja untuk menyokong fungsi otak yang sihat dan mengekalkan kesihatan fizikal. Kekurangan tidur boleh mempengaruhi cara kita berfikir, bertindak balas, bekerja ,belajar dan bersosial. Ketahuilah masalah insomnia boleh diatasi. Usaha sebaik mungkin untuk mendapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti. 

Ada beberapa jenis makanan yang boleh bantu si manja untuk tidur lebih nyenyak. Antaranya adalah:

  1. KACANG BADAM

Nutrisi yang terdapat pada kacang badam dipercayai membantu untuk melenturkan otot – otot tubuh dan saraf pada otak punca kepada insomnia. Beberapa kajian mendapati bahawa nutrisi pada almond MAMPU menjaga kestabilan paras gula darah ketika seseorang sedang tidur. Untuk dapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, cubalah untuk mengamalkan kacang badam sekurang-kurangnya 5 – 7 butir setiap hari.

  1. BUAH PISANG

Apabila anda ingin tidur nyenyak dan berkualiti setiap malam , amalkan buah pisang 2 atau 3 jam sebelum tidur. Buah pisang kaya dengan kalium, magnesium dan beberapa mineral yang baik untuk otot semasa tidur. Kajian juga mendapati, pisang sangat baik untuk membantu tidur lebih nyenyak.

  1. TELUR REBUS

Salah satu penyebab gangguan tidur adalah kerana badan anda kekurangan protein. Jadi, untuk mendapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, pastikan anda memenuhi nutrisi protein dalam tubuh. Dan salah satu sumber protein tinggi yang paling MUDAH untuk didapati adalah telur. Dengan mengamalkan telur rebus sebelum tidur, ia akan membantu anda mendapatkan tidur nyenyak hingga subuh.

  1. BUAH CERI

Siapa yang tidak kenal dengan buah ceri? Buah merah ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan rupanya. Ia menjadi salah satu buah-buahan yang boleh membantu seseorang untuk mendapatkan tidur nyenyak serta berkualiti. Minum segelas jus ceri sebelum tidur untuk lebih cepat mengantuk dan tidur nyenyak lebih cepat.

  1. SUSU

Susu kaya dengan asid amino tryptophan yang dapat membuatkan kita berasa mengantuk. Kalsium dalam susu juga dapat meningkatkan kadar hormon melatonin dalam badan bagi membantu kita untuk tidur.

Segelas susu suam yang diminum sebelum tidur dapat membuatkan kita berasa lebih tenang dan relaks.

  1. AIR KELAPA MUDA

Sumber mineral seimbang yang terkandung dalam air kelapa muda iaitu potassium, kalsium, magnesium, fosforus, dan sodium adalah penting untuk mengelakkan kekejangan kaki pada waktu malam sekaligus mengelakkan tidur kita daripada terganggu.

Apabila seluruh anggota badan berasa selesa, maka kita akan dapat tidur dengan lebih lena pada waktu malam.

  1. MADU

Jika anda merupakan penggemar manisan, apa kata gantikan gula dengan madu sebelum tidur?

Ianya mengandungi tryptophan yang dapat membuatkan minda dan badan kita lebih tenang serta membebaskan hormon melatonin untuk membantu kita tidur dengan lena. Sesudu madu pun sudah mencukupi.

Sumber: keluarga.my