KelabMama

Jangan Jadikan Anak Sulung Mama Ibu Bapa Kedua Pada Adik-Adik!

Anak sulung sering memikul tanggungjawab yang besar dalam keluarga selepas ibu bapa. Secara am, semua orang di dunia tahu anak sulung lebih cenderung untuk menjadi high achiever, dalam konteks kumpulan juga mereka suka menjadi leader yang mengawal dan suka memerintah dan lebih suka bertanggungjawab.

Jom kita tengok pulak apa tu sindrom anak sulung?

Sindrom Anak SulungĀ 

Secara semula jadi, anak sulung datang dengan lebih banyak tanggungjawab. Mereka diharapkan oleh ibu bapa untuk menjadi contoh teladan untuk adik-adik kecil mereka. Tanggungjawab juga datang dengan risiko.

Risiko yang dikatakan adalah menanggung beban kesalahan bila anak-anak gagal memenuhi expectation ataupun jangkaan dari ibu bapa.

Disebabkan masyarakat kita mempunyai jangkaan yang tinggi pada anak sulung, peranan anak sulung adalah penting dari segi sosial, terutamanya bagi anak sulung dalam masyarakat kita.

Ciri-ciri anak sulung juga termasuk:

Cara Untuk Elak Sindrom Anak Sulung

Banyak cara yang kita boleh elak sindrom anak sulung ni,

1. Habiskan Masa Berkualiti Dengan Setiap Anak-anak Mama.
Jaminan adalah keperluan dalam hubungan yang sihat. Tetapkan masa khas untuk setiap adik-beradik.

Ini dapat memastikan setiap sorang anak-anak Mama rasa disokong dan disayangi, ia juga dapat elakkan cemburu dan di samping mengelakkan cemburu yang melampau.

Oleh sebab anak sulung ni dah terbiasa dengan perhatian, mereka dapat tengok perubahan lebih daripada adik-beradik mereka yang lain.

2. Tawarkan Keistimewaan.
Semasa Mama agihkan tanggungjawab tambahan kepada anak sulung, berikan beberapa keistimewaan juga, seperti waktu tidur lebih lewat daripada adik-adik.

3. Ringankan Tanggungjawab.
Bila anak dah besar sikit, kita mulalah letakkan tanggungjawab pada anak sulung. Contoh mudah adalah, anak sulung Mama mungkin mahu tolong bila nampak Mama berada dalam kesusahan.

Masa Mama tukar lampin adik-adik, mungkin dia ada tolong Mama juga. Tetapi janganlah Mama harapkan bantuan daripada mereka sepanjang masa.

4. Galakkan Hubungan Adik-beradik Yang Sihat.
Sebagai ibu bapa, Mama cuba jangan bagi anak sulung memerintah adik-adik mereka. Galakkan mereka untuk membuat keputusan dan bertindak untuk diri mereka sendiri.

5. Bersikap Terbuka Untuk Mendengar Serta Menyokong Perasaan Mereka.
Betul menjadi ibu bapa ni susah, banyak benda nak ajar anak-anak. Kita harus bersikap terbuka dan dengar masalah mereka.

Bukannya bagitahu anak sulung untuk abaikan perasaan mereka. Dengan ini ia dapat membantu mereka mengenal pasti dan mengatasi emosi mereka. Ini dapat membantu mereka dengan cara komunikasi mereka.

Sangat mudah untuk ibu bapa lepas tangan apabila anak sulung kita sudah nampak bertanggungjawab, tapi Mama kena ingat!

Anak sulung ke anak bongsu, mereka juga masih kecil dan perlu bimbingan daripada ibu bapa. Memang bagus untuk dorong mereka untuk menjadi yang terbaik tetapi jangan harapkan mereka menjadi ibu bapa kedua disebabkan sifat-sifat mereka.

Ingat tau pesan Mama Siti! Selamat mencuba~


Dapatkan tips membesarkan anak di SINI!