KelabMama

Naik Amuk Kalau Tak Dapat! Mama Jangan Terlalu Manjakan Anak

Sebagai ibu bapa memang kita tidak dapat menahan untuk manjakan anak-anak kita. Namun, manjakan anak ini akan membawa padah yang lebih buruk daripada kebaikan. Kadang-kadang, kita tidak mahu mereka mengamuk je, tapi itu bukanlah penyelesian yang terbaik.

Ikuti penjelasan daripada Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Puan Aishah tentang tips untuk tidak terlalu manjakan anak-anak walaupun jika anak sentiasa mengamuk. Jom kita baca sama-sama.

Anak Terlalu Manja, Mama Pun Geleng Kepala

Kesilapan utama disini adalah bila anak mengamuk terus bagi apa dia nak. Jadi anak dah terbiasa di bagi “reward” setiap kali dia buat unpleasant behaviour. Otak anak dah dididik “Kalau aku buat perangai mesti dapat toys ni”

Bila jadi macam ni apa nak kena buat?

#1 Menjadi Tegas

Kalau kita nak didik anak, hati kena kental bila anak shows tantrum. Explain to them, kenapa tak boleh beli toys tu. Be firm di sini bukanlah bermaksud nak kena pukul/cubit anak. Kita kena firm dengan decision kita. Tujuan kita apa? Nak didik anak supaya tak meminta-minta.

#2 Bercerita Dengan Anak

Banyakkan social story dengan anak. Anak anak perlu belajar yang tak semua benda dalam dunia ni dia kena dapat. Ada masa dia perlu belajar untuk rasa kecewa. This world doesn’t revolve around you darling.

#3 Ajar Menabung

Galakkan anak menabung. Kalau dia nak something, work for it. Tapi janganlah kita terlampau berkeras dengan anak, bila anak tidur tu topup lah duit sikit dalam tabung dia. Okay? Tujuannya kita nak pupuk skill menabung dalam diri anak.

#4 Tambahkan Skil Keibubapaan

Parents perlu belajar lagi skill parenting untuk tackle anak tantrum. Sebab apa? Bila jadi macam ni, siapa yang stress? Dua dua, parents dan anak. Jadi, ego kita letak tepi. Belajar dan selami proses membesarkan anak anak.

Benda ni akan ambil masa untuk anak faham, sebab dia dah terbiasa dengan cara yang sebelum ni. Sabar and trust the process, inshaAllah anak boleh dibentuk. Yang penting parents kena bekerjasama dan jangan menunding jari antara satu sama lain.

Betul, Mama Siti harap ibu bapa akan lebih bertanggungjawab dengan sistem reward ataupun akan menjadi lebih tegas. Mengikut kehendak merek akan memberi kesan yang lebih besar terhadap perkembangan mereka daripada yang Mama sangkakan.

Mama Siti faham, Mama dan Papa cuma mahu melindungi anak-anak daripada berasa kecewa tetapi ia boleh menyebabkan mereka menjadi manja dan juga kurang sopan. Oleh itu, marilah menjadi ibu bapa yang faham apa yang terbaik untuk mereka.

Semoga bermanfaat untuk Mama sekeluarga~

Kredit: Aishah Suhaimi


Untuk dapatkan lebih banyak tips keibubapaan, klik di SINI.