KelabMama

ANAK SAYA MASIH CAKAP JERMAN LA! TAK FAHAM APA DIA NAK! -DILEMA RAMAI IBU ALAMI.

Ramai ibu bapa teruja ketika kali pertama si kecil mula bercakap. Walaupun masih pelat dan menggunakan separuh perkataan saja, ia cukup menggembirakan hati ibu bapa. Menurut pakar kanak-kanak Wiess, Gordon dan Lillywhite (1987), apabila kanak-kanak genap usia dua tahun, sepatutnya mereka mempunyai jumlah kosa kata sekurang-kurangnya 200 perkataan. Namun bagi kanak-kanak berusia dua tahun yang masih tidak bercakap, ini adalah petanda awal kepada masalah pertuturan. Sebaik saja ibu bapa merasakan anaknya tidak bercakap seperti rakan sebaya apabila mencecah usia dua tahun, mereka seharusnya berjumpa pakar terapi pertuturan untuk mendapatkan nasihat dan membuat penilaian. Ini kerana sepanjang mengendalikan kes kanak-kanak berusia dua tahun, ada yang langsung tidak bercakap atau penguasaan mereka amat terhad iaitu kurang daripada 20 perkataan. Ada juga ramai ibu bapa memberitahu anak mereka boleh bercakap, tetapi tidak difahami butirannya iaitu bercakap dalam bahasa ‘Jerman’. Ada juga yang awalnya boleh menyebut perkataan ‘nak’, ‘mama’ atau ‘kakak’, namun kemahiran itu hilang begitu saja. Ini antara masalah yang kerap dirujukkan kepada pakar.

 

GAJET & TELEVISYEN PUNCA PERTUTURAN ANAK TIDAK NORMAL?

 

TANDA SAMADA ANAK ANDA ADA MASALAH PERTUTURAN ATAU TIDAK

 

PERANAN IBU BAPA

 

PANDUAN MERANGSANG ANAK BERCAKAP

  1. Jika didapati anak sukar mematuhi arahan misalnya tidak memahami apa yang dikatakan ibu atau tidak melakukan apa yang disuruh segera bertemu dengan pakar pendengaran. Mungkin si kecil mengalami masalah telinga.
  2. Bagi anak-anak hiperaktif, suka berlari ke sana sini dan memanjat, latih daya tumpuan anak. Caranya dengan:
  1. Dengar apa yang disebut oleh anak dan ulang sebutannya dengan perkataan yang betul. Contoh: apabila anak asyik berkata ‘syik’ yang bermaksud nasi, maka automatik katakan kepadanya ‘nasi’, ‘nasi sedap.’ ‘nak nasi?’ ‘Mak masak nasi.’ Kesilapan yang berlaku ialah jawapan yang selalu dibuat ‘nak makan?’ ‘Sedap’ ‘nak asyik?’ Sekiranya anda tidak mengulang apakah yang anak ingin perkatakan maka anda mengalami kerugian dan sekiranya anda meniru pula pelatnya, ia akan menjadi lebih susah.
  2. Latih perkataan harian berbanding melatih abc atau 1,2,3. Ramai ibu bapa mengadu anak mereka boleh mengenal semua huruf dan nombor, tapi tidak boleh menyebut ibu dan ayah. Ini menunjukkan anak anda bijak dan boleh belajar jika perkataan itu sering didengarnya. Mungkin dia berada di hadapan televisyen lebih lama berbanding di hadapan ibu dan ayah. Atau sekiranya sudah duduk di hadapan ibu ayah, ibu ayah juga menyebut abc atau 1,2,3 dan bukannya perkataan harian.

 

 

 

 

Sumber: Pakar Terapi Pertuturan Ruby Speech Therapy, Sungai Petani, Kedah, Izyan Atika Abu Bakar & Harian Metro