KelabMama

Anak Pengasuh Sengaja Hentak Kepala Si Kecil ke Lantai Sehingga Retak

Selalu kita dengar isu pengasuh mendera anak majikan. Kali ini anak si pengasuh pula sengaja hentak kepala anak majikan di lantai sehingga retak. Kejam sungguh! Apa lah salah si kecil tu sampai tergamak pengasuh perlakukan sebegitu? Kalau ye pun anak kecil tu tak nak diam perlu ke hentak kepalanya? Allahu. Tak terbayang rasanya kesakitan yang dilalui si kecil semasa ia berlaku.

Dewi Aleeya telah memuatnaik status di Faceboknya mendakwa kepala anaknya telah dihentak ke lantai dengan sengaja oleh anak pengasuh. Semoga perkongsian ibu ini mampu membuka mata mama supaya lebih berhati-hati dalam memilih pengasuh dan mengenali keluarga pengasuh.

“Ni mmg layak kne viral…jaga ank aku dlu sbb duit ko ttup semua ape yg jd.ank aku smpai kerap sakit x normal mcm bdk lain n tkot ngn org, trauma.bile kua msuk spital bru thu kesan2 dr retak dlu..”

“ko dera hidup2 ank aku.wlaupn lmbt tahu tp Allah dh tnjuk kebenaran.tggu blsn kt akhirat ye pmpuan!!x halal dunia akhirat duit slma ni aku bg..layak kwn ngn binatang ko ni.”

Alasan mula-mula tak logik


“Dulu ye kami amik jgn mudah maafkan sbb pk kecian n x thu kisah sebenarnya..tp bile kesannya jangka mase yg pnjg dan ni yg ko buat.ALLAHU bkn mudah nk terima..yg hadap bile tgk ank aku tnya knpe ank ko dewi mcm tu..knpe knpe knpe igt aku x sedih ke..die malu tp x pk perasaan aku kann..Allahu esk puasa istifar aku nk carut2 ni..”

Tips Mencari Pengasuh Yang Baik

1)Tengok keadaan rumah pengasuh

Waktu first time datang rumah, masuk la tengok keadaan rumah. Tengok kebersihan rumah, sususan perabot. Kebersihan tu penting

2)Tengok anak-anak pengasuh

Kalau yang masih bersekolah dan tinggal dirumah, tengok attitude dan cara pecakapan dorg. kalau anak2 die datang salam, pengasuh akan ajar didikan yang sama dekat anak kite.

3)Berapa ramai anak jagaan pengasuh

Berapa ramai anak jagaan pengasuh, Kalau kurang dari 6 bulan tu pastikan sorang je. Sorang pengasuh boleh jaga dalam 3 orang sahaja. Ni Gov dah hadkan untuk pengasuh. kalau lebih pastikan pengasuh ada bantuan.

4)Jika suami pengasuh seorang smoker

Remind la untuk smoke diluar rumah. Anak dibawah umur 2 tahun ni mmg tak ckup imunisasi, senang terkena penyakit. Memang kena tegas sikit bab smoker ni. Pandai2 la discuss dengan pengasuh

5)Hantar seminggu awal sebelum mula kerja

Boleh la datang tengok2, tengok keadaan anak bersih ke tidak, selesa ke tidak. Kalau tak sesuai sekurang2nya ada masa lagi untuk cari pengasuh yang lain. Kenali pengasuh lebih awal, banyak spend masa dengan pengasuh.

6)Tanya pengasuh jika dia biasa handle EBM

Jika pengasuh tak ada pengalaman, boleh la ajar. Nampak macam simple je handle EBM, tapi kalau telebih panas ke, telebih masa ke, EBM akan rosak.

7)Naluri seorang ibu tu penting

Kalau masuk je rumah, tengok muka pengasuh rasa senang je, rasa bahagia je. Means anak kite akan mendapat perasaan yang sama. If rasa gelisah, tak sedap hati boleh KIV dulu dan cari pengasuh lain. Mama kena lebih positi

8)Tanya rutin harian pengasuh

Kalau mama rasa rutin tu tak sesuai jika anak mama ada sekali rasanya mama dah boleh cari yang lain.

Jadi untuk mama yang nak cari pengasuh tu Mama Siti harap mama buat pilihan yang tepat ye supaya kejadian sebegini dapat dielakkan. Ini SOALAN-SOALAN YANG WAJIB DITANYA KEPADA BAKAL PENGASUH.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Dewi Aleeya

Pesan Mama Siti

Mama Siti tahu kejadian sebegini sedikit sebanyak buatkan mama jadi takut dan trauma nak hantar anak kepada pengasuh kan? Tapi disebabkan tuntutan kerja dan tiada siapa yang dapat tengokkan anak mama kena juga hantar kepada pengasuh. Apa-apa pun buatlah pilihan yang tepat supaya perkara sebegini tak akan terjadi pada anak mama. Semoga tips yang Mama Siti kongsikan tadi sedikit sebanyak dapat bantu memudahkan urusan mama.