KelabMama

Anak Obses TV? Tambat Selera Makan Anak Dengan 7 Tips Ini!

Anak Obses TV? Tambat Selera Makan Anak Dengan 7 Tips Ini!

Time waktu makan saja kita pun dah terjerit panggil anak makan. Bila diajak, anak geleng, katanya nak makan depan tv. Kalau tak bagi dia tak nak makan.

Amboi banyak cantik muka dia! Kita sebagai mama mestilah risau anak kurang makan. Kalau nak ajak makan pun kena pasang tv dulu. Makanan kadang-kadang tak luak pun, mana taknya, asyik sangat menonton tv.

Jadi, kita nak buat macam mana? Mama Siti ada tips dari Dietitian Fizah Sobri untuk ibubapa yang ada masalah nak tingkatkan selera anak walaupun anak nak makan depan televisyen sepanjang masa.

Kena Pasang TV Baru Nak Makan?

“Selalu tak habis makan lagi part sayur..”
“Kalau pasang tv baru habis makan”
“Susah nak suruh anak makan..”

TV umpama ‘dadah’ kepada si kecil yang menyebabkan mereka jadi asyik menonton tanpa mengendahkan waktu makan.

Masalah ini bukan sahaja kepada anak anak yang kurang berat tapi juga yang berlebihan berat ada mengalami masalah ini. Anak kurang berat akibat kurang pengambilan zat yang memenuhi keperluannya. Anak lebihan berat akibat pengambilan zat yang berlebihan. Dua dua boleh berlaku apabila tidak mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Contoh:

Bagi kes kurang berat:
Anak saya makan sikit sangat, nak habiskan 1 senduk tu kadang kadang ambil masa 30 minit.

Bagi kes berlebihan berat:
Anak saya selalu makan nasi dengan lauk je, kalau nampak sayur akan asingkan. Bawang pun letak tepi..

Adakah anak anda salah satu dari di atas?

Tips Untuk Naikkan Selera Anak Sebelum Makan

1. Beri appetizer

Appetizer dapat merangsang selera makan walaupun ia bukan makanan yang mengenyangkan.

2. Gunakan perkakas yang berwarna warni serta sesuai dengan size anak

3. Lebihkan finger foods bukan makanan perlu disuap

Pemberian finger foods untuk bayi yang mula makan sendiri ini dapat mengasah kemahiran motor halus mereka dengan memegang dan menggenggam makanan.

4. Jadual makanan yang tetap

5. No Gadgets 15-20 Minit Sebelum Makan

6. Jarakkan waktu ambil susu

Susu boleh menyebabkan anak mama kenyang dan tak lalu makan.

7. Cari ikon

Sumber : Dietitian Fizah Sobri

BACA JUGA CARA ATASI ANAK KURANG SELERA MAKAN

Pesan Mama Siti:

Mama Siti pernah dengar orang kata, “Baik dia minum susu dari tak makan langsung!”. Kat sini yang mama silap. Buat pengetahuan mama, anak yang berusia 2 tahun hanya memerlukan 2 gelas susu sehari. Pengambilan susu berlebihan boleh mendatangkan bahaya, lebih-lebih lagi bagi anak yang tidak menyusu badan. Sebab tu lah, mama jangan asyik sangat bagi susu bila anak tak mahu makan. Cuba ikhtiar benda lain atau mama boleh ikut saja tips yang Mama Siti kongsikan ni!