KelabMama

IBU MANA TIDAK SEDIH BILA SI KECIL MENDERITA DENGAN MASALAH EKZEMA YANG MENYAKITKAN

Kulit bayi terkenal dengan kehalusan dan kemulusannya tetapi ada juga bayi yang mempunyai masalah kulit. Antara masalah kulit yang kerap mengganggu bayi adalah ruam dan ekzema. Mempunyai anak yang mengalami masalah kulit ekzema memang merisaukan ibu bapa. Bayi yang mempunyai masalah ekzema cukup sensitif dengan perubahan cuaca, pemakanan dan kebersihan persekitaran yang mempengaruhi tahap kesihatan mereka.
Melihat kegelisahan si kecil tidak boleh duduk diam kerana gatal-gatal dan ruam di badan pasti merunsingkan hati si ibu. Tambah memilukan apabila kesan kegatalan tersebut menyebabkan kulit si kecil menggelupas dan kemerah-merahan di seluruh badan. Situasi ini kerap dialami oleh penghidap ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah. Biarpun penyakit ini tidak mendatangkan bahaya dan mengancam nyawa, namun penyakit ini semakin kerap berlaku di kalangan kanak-kanak hari ini.
Ekzema biasanya akan berlaku berterusan dalam tempoh waktu yang sangat lama. Ia merupakan gelaja penyakit kronik yang hadir sepanjang masa di mana sepanjang tempoh itu akan berlaku pelupasan dan perluapan yang mungkin teruk sehingga memerlukan rawatan intensif. Kebiasaannya, bagi orang dewasa ekzema akan menyerang pada bahagian muka, siku, buku lali, leher dan lutut. Sementara bagi bayi pula, tanda-tanda ekzema boleh jelas kelihatan pada bahagain pipi, leher, dahi, lengan, betis dan kulit kepala. Penyakit ini menyerang tidak mengira masa, ada yang menghidap ekzema sejak bayi dan ada juga yang mendapat ekzema ketika dewasa. Kebiasaannya, kulit pesakit ekzema bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal.

SIMPTOM UTAMA EKZEMA

• Kulit akan pecah dan merekah
• Kawasan kulit tertentu mungkin akan koyak
• Kulit terasa sangat kering
• Rasa gatal selalunya akan lebih teruk pada waktu malam
• Menggaru akan menyebabkan kulit terasa seperti menebal
• Kulit menjadi radang, kemerahan, melepuh dan terkandung cecair
• Kulit kelihatan seperti ada tompok lebam kecil, bertompok merah atau coklat kelabu.

PUNCA ATAU FAKTOR PENYAKIT EKZEMA
Sehingga kini punca sebenar ekzema masih belum dapat dikenalpasti sepenuhnya, namun berdasarkan kepada kajian dan diagnosis yang telah dilakukan, terdapat beberapa punca dan faktor ekzema telah dikenalpasti antaranya :
• Terdapat sejarah penyakit ini di dalam keluarga.
• Perubahan emosi (resah dan stress).
• Alergik kepada makanan dan bahan pengawet.
• Cuaca yang panas.
• Alergik kepada persekitaran (asap rokok, bahan kimia, haiwan berbulu, habuk).
• Kuat berpeluh.
• Alahan kepada bahan pencuci seperti sabun dan detergen berkimia.
• Air berklorin tinggi.
• Alahan kepada pemakaian barang kemas dan bahan kosmetik.
• Alahan kepada fabrik tertentu.

TIP UNTUK MAMA YANG MEMPUNYAI ANAK DERITA EKZEMA
Ekzema tercetus apabila kulit gagal berfungsi dengan baik untuk menghalang kemasukan ‘allergens’ atau alahan dimana ia menyebabkan kulit menjadi kering. Hal yang mengakibatkan kulit menjadi sangat gatal dan pesakit akan menggaru. Tabiat menggaru ini akan menyebabkan kulit semakin kering, lapisan kulit akan terkoyak dan ruam akan mula muncul. Kitaran ini akan berulang.Dengan mengetahui kitar ezkzema dan pencetusnya, ia memudahkan kita untuk mewujudkan langkah-langkah bagi mengawal kelembapan kulit serta mengubati radang. Antara langkah yang boleh diambil adalah:
Pakaian

• Pakai pakaian yang longgar dan fabrik yang selesa seperti kapas.
• Elakkan memakai pakaian yang ketat serta tidak menyerap peluh.
• Guna pembersih pakaian yang sesuai untuk kulit
Pemakanan

• Makan makanan berkhasiat yang mampu mengekalkan daya tahan badan.
• Cuci dengan bersih peralatan untuk makan, buah-buahan & sayur-sayuran
• Elakkan makanan yang pernah mendatangkan kesan-kesan alergik seperti makanan laut, kekacang dan sebagainya.
Persekitaran

• Mewujudkan pengudaraan yang baik di tempat tinggal.
• Pastikan tahap kelembapan adalah sederhana.
• Sentiasa menukar cadar dan selimut yang bersih.
• Pastikan persekitaran anda dicuci dengan bersih
• Menggunakan sarung tangan jika perlu
Sikap

• Elakkan terdedah dengan matahari yang kerap.
• Rajinkan diri membersihkan mainan anak anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.
• Kerap memotong kuku agar kulit tidak cedera teruk akibat digaru.
• Mematuhi arahan doktor.

CEGAH EKZEMA DENGAN PRODUK CHOMEL

Menurut pakar kulit, penyakit ekzema tidak dapat sembuh sepenuhnya. Namun begitu rawatan, pencegahan awal, dan perhatian yang intensif dapat mengurangkan kesan penyakit itu dari terus menular dan menjadi kronik. Disebabkan ketidaksempurnaan pada kulit bayi inilah ibu bapa seharusnya menjaga kesihatan bayi bukan saja pemakanan tetapi produk digunakan mereka. Penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya sangat sangat sensitif dan memerlukan perhatian yang serius. Keadaan ini menyebabkan mereka memerlukan penjagaan yang eksklusif selain tidak boleh terdedah dengan keadaan persekitaran yang tidak bersih.
Sebagai jenama yang dipercayai untuk bayi, CHOMEL telah menghasilkan produk yang selamat, semula jadi, mesra alam, berkesan dan efektif, sekali gus memastikan setiap produk menepati tahap piawaian yang ditetapkan. Produk CHOMEL berasaskan semula jadi mampu memberikan yang terbaik kepada bayi. Ini kerana produk semula jadi tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti paraben, klorin, SLE, sodium sulfat, bahan pewarna dan pewangi tiruan, alkohol serta bahan sintetik berbahaya yang boleh memberi kesan negatif pada si manja. Jadi ianya sangat selamat untuk digunakan khususnya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif seperti Ekzema. Apabila tiada bahan kimia digunakan, sabun pembersih yang terhasil tidak meninggalkan sebarang kesan dan bersifat lembut ke atas lapisan kulit.
Produk Chomel telah mendapat kelulusan ujian dermatologi untuk kulit sensitif. Keberkesanan dan keselamatan menggunakan produk CHOMEL telah terbukti dengan pengiktirafan yang telah diberikan. Rangkaian produk pembersihan CHOMEL diiktiraf mengikut piawaian detergen semula jadi mengikut salah satu badan pensijilan terkemuka dunia dengan piawaian yang ditetapkan. Oleh itu, penggunaan produk ini adalah selamat dan telah diakui.

Rangkaian produk pembersihan CHOMEL termasuk untuk kegunaan bayi baru lahir serta kegunaan harian, seperti Baby Laundry Detergent (RM27.90), Toy & Surface Cleaner (RM23.90) , Breast Pump & Bottle Cleanser (RM23.90) dan Travel & Highchair Cleaner (RM15.90)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PEMBELIAN PRODUK HUBUNGI:

ESONA Nature Sdn Bhd
46, Jalan 1, Taman Industri Pandan Indah,
55100 Kuala Lumpur,
Telefon: +6016 – 7750 888
Website: http://www.chomelbaby.com
Email: chomelbb@gmail.com
Facebook: CHOMEL