KelabMama

Apa yang Perlu Mama Lakukan Sekiranya Anak Menangis di Sekolah?

anak menangis di sekolah

Anak yang enggan ke taska atau sekolah adalah suatu masalah yang normal yang sering dihadapi oleh kebanyakkan ibu bapa. Banyak sebab menjadi punca kepada masalah ini. Mungkin kerana anak merasa takut atau tertekan untuk datang ke sekolah, hal ini akan memberi kesan kepada si anak. Kadang-kadang kita mengambil ringan tentang tekanan yang dihadapi oleh anak ini.

Alamak, anak menangis! Macam mana ni?

Perkara ini perlu diambil perhatian kerana ia bukan sahaja menjejaskan emosi kanak-kanak tersebut, bahkan mampu menjejaskan sistem tubuh anak seperti selalu mengalami sakit kepala dan sakit perut. Yang pasti, mesti ada sesuatu sebab kenapa mereka tidak mahu pergi taska atau sekolah. Contohnya tidak suka pada guru yang garang, dibuli rakan, takut berpisah dengan ibu dan sebagainya. Selidiki punca masalah; apakah sebab anak tidak mahu pergi sekolah. Pujuk dan tanya kenapa dia tidak mahu pergi sekolah; adakah sebab kena buli, takut kawan atau guru atau sebagainya.

Apa Patut Anda Lakukan?

Ini merupakan antara tips-tips yang Mama Papa boleh lakukan sekiranya anak menangis di sekolah. Semoga berjaya!