KelabMama

Anak Menangis Minta Peluk, Doktor Kuarantin Diri

Hati ibu mana yang tak sayu melihat si anak menangis minta dipeluk didukung tapi apakan daya si ibu hanya mampu melihat dan mendengar tangisan si anak je. Ini kerana si ibu merupakan salah seorang ‘frontliner’ yang bertungkus lumus menangani wabak ini.

Disebabkan sikap segelintir yang mementingkan diri sendiri, ingkar arahan dan acuh tak acuh tentang isu ini, menyusahkan ramai pihak sehingga dirinya sendiri bimbang dijangkiti. Kisahnya bermula bila ada seorang suspek COVID-19 yang main masuk je tanpa mengikut prosedur yang betul.

Anak Menangis Minta Peluk, Terpaksa Kuarantin Diri

Disebabkan bimbing dirinya dijangkiti, dia kuarantinkan dirinya sendiri. Siapa yang tak sedih bila tak dapat bersama dengan suami dan anaknya, ditambah pula si anak baru berusia 16 bulan. Melalui facebooknya, Khadijah Ismail, dia turut berkongsi video anaknya menangis minta didukung tapi demi keselamatan anak dan suaminya , dia hanya mampu melihat dari jauh je. Allahu sedihnya.

Kredit :FB Dr Khadijah Ismail

“Rasa sedih sangat sebab tak dapat peluk anak. Saya hanya boleh tengok dia menangis je sebab saya dinasihatkan untuk buat self-quarantine

Lihatlah betapa komitednya para petugas kesihatan ni dalam melakukan kerja mereka. Mereka meletakkan nyawa kita sebagai prioriti yang perlu diselamatkan terlebih dahulu berbanding nyawa mereka. Jadi, tolonglah beri kerjasama. Kalau kita mendengar dan mengikut arahan yang diberikan sedikit sebanyak kita dapat membantu meringankan beban mereka.

Proses Pengesanan Kontak Yang Mama Perlu Tahu

Temubual – Semasa di hospital, pasukan perubatan menyenaraikan lokasi perjalanan Dan kontak pesakit dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Penyiasatan – Pasukan kesihatan menjejaki kontak pesakit untuk mengesan dan menyiasat hubungan/interaksi dengan pesakit serta mendapatkan . maklumat lanjut.

Mengenalpasti – Keputusan dibuat bagi menentukan individu berkaitan merupakan kontak rapat/dekat dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.

Sekiranya kontak mengalamin GEJALA – beliau akan dirujuk ke hospital untuk pengasingan dan rawatan lanjut. Sekiranya kontak SIHAT beliau akan menjalani ujian untuk pengesahan dan diletak di bawah pengawasan di rumah bagi tempoh 14 hari.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Khadijah Ismail, infosihat

BACA JUGA HAMIL & COVID-19 : INI MAMA PERLU TAHU

Pesan Mama Siti

Kepada pesakit yang ada tanda-tanda COVID-19 ,tolonglah ada sifat common sense .Kesiankanlah , para petugas kesihatan ni . Mereka ada keluarga juga . Tolong , jangan pentingkan diri sendiri . Mama Siti doakan agar Malaysia kembali pulih dan bagi yang disahkan positif .Jangan putus harapan dan semoga cepat sembuh.