KelabMama

Anak Mama Suka Memilih Makanan? Ketahui Kesannya Pada Kesihatan & Bagaimana Mama Boleh Mengatasinya

Nutrisi yang optimum dan seimbang adalah penting dan harus diberikan pada anak-anak sejak mereka masih kecil. Ketika anak-anak masih membesarlah kita harus sentiasa berikan yang terbaik pada mereka, terutamanya dari segi pemakanan. 

Gaya pemakanan mereka juga merupakan salah satu faktor yang harus dititikberatkan. Ini kerana, nutrien yang terkandung dalam gaya pemakanan anak-anak akan memberi kesan kepada kesihatan dan perkembangan mereka.

Mama Siti faham bagaimana anak-anak kita yang semakin membesar sangat gemar memilih makanan. Sama je macam anak Mama Siti. Walaupun kita dah sediakan pelbagai menu untuk mereka cuba sesuatu yang baru, pasti ada yang menolak. 

Mereka hanya ingin makan makanan tertentu sahaja dan ini akan menyebabkan mereka tidak mendapat nutrisi yang mencukupi sejak mereka kecil dan boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan. 

Berikut merupakan beberapa implikasi akibat daripada tabiat anak yang gemar memilih makanan dan kekurangan nutrisi pada kesihatan mereka: 

Kesan Kekurangan Nutrisi Penting Pada Anak-anak

  1. Malnutrisi 

Jika Mama masih ingat, di negara-negara membangun, penduduknya sukar untuk memperoleh makanan yang sihat dan nutrien yang mencukupi. Hal ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan mereka yang sudah dewasa, tetapi, menjadi lebih teruk pada anak-anak kecil. 

Keadaan ini kemudiannya menyebabkan masalah malnutrisi—masalah kekurangan, berlebihan atau ketidakseimbangan nutrisi atau kalori seseorang—dan ini meningkatkan risiko penyakit berjangkit dalam kalangan mereka. 

  1. Masalah Perkembangan dan Pertumbuhan 

Kalau Mama perasan, anak-anak zaman sekarang sangat susah nak makan sayur atau buah-buahan dan mereka lebih tertarik dengan makanan yang diproses, makanan segera dan bergula. 

Kredit gambar: ChameleonsEye / Shutterstock.com

Pemberian makanan yang kurang sihat ini boleh menyebabkan masalah pada perkembangan mereka seperti terbantut, kurang berat badan atau masalah berat badan berlebihan seperti obesiti.  

Mama nak ke anak Mama mengalami obesiti sejak usia muda? Mestilah tak!

Memanglah anak-anak kecil comel je kalau mereka ‘berisi’, tetapi kalau dah besar, takut lain jadinya. Sebab itu penting untuk kita berikan nutrisi yang seimbang pada mereka sejak mereka kecil lagi. 

Kalau tanya Mama Siti, Mama Siti sarankan mak-mak yang mempunyai anak kecil untuk mengelakkan daripada beri mereka makanan yang bergula dan bergaram sehingga mereka berusia 3 tahun dan ke atas. 

Walaupun dah mula berikan makanan yang mengandungi bahan-bahan tersebut, pastikan Mama mengawal kuantiti pemberian untuk mengelakkan masalah kesihatan pada usia muda.

  1. Kekurangan Kalsium 

Apabila anak-anak tidak mendapatkan nutrisi yang optimum dan seimbang, ada kemungkinan besar untuk mereka mengalami masalah kekurangan nutrien dan ini seterusnya boleh meningkatkan risiko untuk mereka mengalami masalah osteoporosis, pertumbuhan gigi, tulang, dan sebagainya

Mama boleh elakkan masalah ini dengan berikan anak-anak satu hingga dua gelas susu setiap hari. Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia, kanak-kanak yang berumur antara 1-7 tahun digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 500 hingga 1,000 mg susu sehari

Dan susu pula merupakan sumber utama kalsium, dimana dua gelas susu sehari mampu memenuhi keperluan kalsium anak Mama.

Pada Mama Siti, lebih baik berikan susu yang disyorkan untuk diberi secara turun temurun—daripada susu yang mak Mama Siti berikan pada saya dan kini saya sendiri berikan pada anak-anak kerana kandungan nutriennya yang seimbang dan terbukti sejak dahulu kala seperti susu Morinaga Chil-kid

Morinaga Chil-kid: Membekalkan Anak-anak dengan Nutrisi Yang Optimum dan Seimbang Setiap Hari  

Susu Morinaga Chil-kid mempunyai nisbah yang seimbang dengan lebih 45 nutrien penting seperti AA, DHA, GOS, Nukleotida, Omega 3&6 LCP, Kalsium, Zat Besi, dan 27 nutrien utama untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.  

Ia telah menggunakan rumusan Jepun yang disokong oleh institut R&D Morinaga di Jepun dengan sejarah lebih 100 tahun inovasi. Susu Morinaga Chil-kid 100% dihasilkan dan dibungkus dalam keadaan terkini di Belanda dan menjalani pemeriksaan produk yang ketat dan pemeriksaan dua kali sebelum dieksport ke Malaysia.

Untuk pengetahuan Mama, susu tepung rumusan untuk kanak-kanak ini telah memasuki pasaran Malaysia sejak 1968 dan telah terbukti menghasilkan produk yang berkualiti tinggi untuk sekurang-kurangnya 3 generasi di Malaysia. 

Mama jangan risau, susu Morinaga Chil-kid ini dihasilkan dengan rasa vanila yang lembut dan kurang manis, menjadikan susu ini lebih oishi dan booster terbaik untuk perkembangan anak-anak! Pasti anak-anak Mama suka dan kita pun lebih tenang kerana terbukti keberkesanannya sejak turun-temurun. 

Kini, dengan setiap pembelian 2 kotak Morinaga Chil-kid 600g atau 1 tin Morinaga Chil-kid 900g, Mama boleh mendapatkan sebuah Kad Parking Sementara Morinaga yang eksklusif!

Mama boleh dapatkan Morinaga Chil-kid di Motherhood.com.my atau bagi mereka yang baru ingin mencuba, dapatkan pek percubaan 600g pada harga RM20 sahaja, disini