KelabMama

Anak Lambat Bercakap? Pakar Kongsi Cara Mudah Untuk Mengenal Pasti Anak Mama Perlu Terapi Atau Tidak

Acap kali ibu bapa akan mempunyai masalah anak lewat bertutur. Interaksi ibu bapa dengan si manja perlu diberi perhatian supaya perkembangan anak-anak adalah pada tahap normal.

Masa mereka masih kecil mesti Mama rasa tiada masalah tentang pertuturan mereka tetapi apabila setelah melonjak usia ke 1 atau 2 tahun dan ke atas, Mama mesti akan berasa gelisah dengan perkembangan mereka.

Oleh sebab itu, Mama mesti risau kalau anak Mama lambat bercakap kan? Tetapi bila boleh jumpa pakar? Apa tanda-tanda dan sejauh mana ia akan memberi kesan kepada anak-anak? Adakah Mama dan Papa perlu menghantar si manja ke terapi ataupun pusat pertuturan? Mari kita lihat tanda-tanda atau kesan yang boleh Mama lihat terhadap perkembangan anak-anak.

Kredit gambar: patientpop.com

Bila Boleh Berjumpa Dengan Pakar?

Pakar Aishah Kassim kongsikan tanda-tanda anak Mama ada masalah pertuturan atau tidak:

Usia anak 1 tahun

Anak pada usia ini ada yang dah keluarkan perkataan pertama seperti ‘Mama’, ‘Papa’ etc. Bilangan perkataan bertambah dengan pesat. *Selewatnya umur 1y 6m untuk perkataan pertama.

Usia anak 2 tahun

Anak dah boleh sebut lebih kurang 30-50 patah perkataan yang bermakna. Anak dah boleh bina ayat guna 2 patah perkataan seperti ‘nak bola’, ‘jom mandi’ etc.

Usia anak 3 tahun

Anak dah boleh sebut lebih dari 200 patah perkataan yang bermakna. Anak dah boleh bina ayat at least 3 patah perkataan contohnya ‘adik nak makan’, mama jom keluar’ *sekiranya anak sedikit pelat, jangan risau.

Usia anak 4 tahun

Anak boleh bercerita dan menjawab soalan dengan betul.

Kredit gambar: Istock

Usia anak 5 tahun

Anak boleh bersembang, menjawab soalan dan bercakap macam orang dewasa.

Jika pertuturan anak-anak Mama mengalami simptom-simptom ini, segera berjumpa dengan pakar ataupun speech therapist. Di situ, mereka akan membuat penilaian dan memberi anak anda pertolongan yang mereka perlukan. Jangan malu untuk meminta nasihat atau pertolongan daripada orang lain kerana ini juga pertama kali anda menjadi seorang ibu bapa.

Kredit gambar: ukm.my

“Nasihat terbaik yang ibu saya pernah berikan kepada saya ialah jangan pernah berputus asa. Dia percaya apabila satu pintu ditutup, pintu lain akan terbuka. Sentiasa maju ke hadapan.”

— Melissa Rivers

Mama Siti berharap perkongsian ini dapat membantu para ibu bapa diluar sana. Jangan tunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan dan sentiasa peka dengan perkembangan anak-anak.

Jika ibu bapa lambat bertindak mungkin kemahiran mereka juga akan terkesan. Sebab itulah, pertuturan amat penting untuk perkembangan anak-anak. InsyaAllah semua akan berjalan lancar.

Kredit: Aishah Kassim