KelabMama

Tolong Elakkan! Risiko & Bahaya Penggunaan Minyak Angin Pada Anak Dibawah Usia 2 Tahun

Kredit gambar: OMfotovideocontent

Bila kita pening, badan berangin dan sakit perut, mesti kita cari minyak angin kan Mama? Tak kira balm, minyak atau krim, minyak angin memang setia digunakan untuk melegakan kesakitan kita. Kita sebagai pengguna memang rely on minyak angin pun.

Tetapi awas Mama! Penggunaan minyak angin yang berlebihan pada si manja sebenarnya bahaya untuk mereka! Siapa sangka ia boleh mendatangkan kemudaratan untuk si kecil.

Sekiranya Mama masih ragu-ragu, jom lihat perkongsian pakar, Dr Izzar Anwari tentang bahaya dan risiko minyak angin pada anak-anak. Dr Izzar sering kongsikan pada kita tentang kesihatan Mama, anak dan sekeluarga.

Bahaya Sebenarnya Minyak Angin Untuk Si Manja

Sekarang ni ramai anak-anak yang selsema atau batuk kan? Jadi ibu bapa pun ada menggunakan produk minyak , balm, atau krim angin untuk meredakan selesema, sakit otot dan sebagainya.

Terdapat minyak angin/krim/balm ni yang mengandungi camphor (ekstrak pokok camphor yang merupakan essential oil). Bau dia pun nyaman dan memberikan rasa hangat/panas yang kita nak tu.

Untuk orang dewasa, tiada masalah menggunakan produk mengandungi camphor ni.

Tetapi, untuk KANAK-KANAK TERUTAMANYA BAWAH UMUR 2 TAHUN, camphor boleh mendatangkan mudarat kerana ia boleh menyebabkan keracunan.

Ini kerana camphor cepat diserap melalui kulit dan lapisan mukosa. Keracunan camphor boleh terjadi apabila anak menghidu atau menelan produk, dan apabila disapu di hidung , kulit, atau bahagian perut.

Tanda-Tanda Anak Keracunan Camphor

Bahagian Regulatori Farmasi Negara telah mengeluarkan arahan bahawa semua produk yang mengandungi camphor perlu disertakan risalah amaran yang melarang penggunaan kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun atas risiko boleh menyebabkan sawan.

Bagi kanak-kanak melebihi umur 2 tahun ke atas, penggunaan perlulah berhati-hati. Selain itu, risalah amaran juga perlu menyatakan bahaya sapuan produk mengandungi camphor ke dalam hidung kanak-kanak walaupun dalam jumlah yang sedikit boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut pengsan serta-merta.

Oleh itu, parents tolong PERIKSA DAHULU KANDUNGAN PRODUK sebelum digunakan untuk anak. PASTIKAN TIADA CAMPHOR.

Jika Mama nak baca dengan lebih lanjut, boleh klik pada page di bawah.

Apa Camphor Ni Sebenarnya?

Camphor atau kapur barus adalah serbuk yang berasal dari kulit dan kayu pokok kapur barus. Kebanyakan kapur barus adalah sintetik.

Ia digunakan dalam minyak, krim dan juga balm angin. Ia adalah bahan biasa dalam ubat yang digunakan pada kulit untuk batuk dan kerengsaan kulit.

Wah! Sekarang Mama pun baru tahu tentang Camphor ni. Mama Siti pun baru tahu yang sebenarnya anak-anak boleh keracunan Camphor ni.

Oleh sebab itu, Mama pun kena berhati-hati dengan produk yang ada di pasaran, terutamanya yang mengandungi Camphor dalam minyak angin, balm dan juga krim. Mama Siti harap Mama boleh mangambil ikhtibar dan menjadi pengguna yang bijak.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Kredit: Instagram Dr Izzar Anwari