KelabMama

SIAPA KATA ADA ANAK KECIL TIDAK BOLEH TONTON WAYANG? KINI IBU BAPA BEBAS MELAKUKANNYA!

Menonton wayang memang menjadi aktiviti santai yang menyeronokkan untuk setiap individu. Namun bila sudah berumahtangga dan mempunyai anak kecil, banyak perkara yang terpaksa dikorbankan. Menontong wayang salah satu aktiviti yang terpaksa rata-rata mama dan papa lupakan sejenak bila sudah punya anak kecil sehingga 4 hingga 5 tahun lamanya.  Kebanyakkan ibu bapa enggan membawa anak mereka ke panggung wayang kerana faktor bimbang kanak-kanak atau si kecil sering memberi gangguan kepada penonton wayang yang lain seperti menjerit, melompat dan sebagainya.

6 TIP BAWA SI MANJA TONTON WAYANG BERSAMA

‘MBO KECIL’ KHAS UNTUK KITA-KITA SAHAJA!

Buat kaki wayang yang mempunyai anak kecil disekitar Kuantan atau negeri sekitar, jangan berasa kecewa kerana kini anda boleh menonton dengan anak-anak tanpa rasa ragu-ragu. MBO Kuantan City Mall membangunkan sebuah panggung khusus untuk anda dan anak-anak kecil anda. Jadi dapatlah anda melakukan aktiviti kegemaran anda ini tanpa perlu tunggu hingga anak anda besar. Dikenali sebagai ‘MBO Kecil’ disediakan khusus untuk anda dan anak-anak kecil, seolah-olah berada di rumah, malah lebih selesa untuk anda dan keluarga.

Selain kerusi standard untuk ibu dan ayah menonton wayang, turut dilengkapi sebuah taman permainan kanak-kanak di bahagian bawahnya. Ini membolehkan anak-anak yang sudah hilang fokusnya pada cerita yang ditayangkan, boleh bermain dengan selamat di dalam kawasan yang sama. Ibu ayah pun boleh sekali sekala melihat anak-anak bermain dengan bebas.

SI KECIL BEBAS LAKUKAN APA SAHAJA KETIKA MENONTON WAYANG

MBO Kecil sudah menetapkan syarat menarik yang pasti membuatkan ibu bapa berasa selesa membawa anak mereka menonton wayang bersama-sama. Antaranya ialah mereka anak bebas untuk bergerak di dalam panggung serta bercakap atau bertanya apa juga soalan yang mereka ingin tahu ketika menonton sesebuah filem.  Bukan itu sahaja, malah panggung ini turut memuatkan sofa bed kecil khusus untuk keselesaan anak-anak dan ibubapa.

Melalui konsep baru ini, ibu bapa boleh datang menonton ke pawagam dengan lebih kerap lagi tanpa perlu rasa bimbang kerana konsep pawagam ini memang khusus diadakan untuk mereka. Di samping itu, ia membuatkan anak yang menonton merasa selesa tanpa sebarang gangguan dengan bunyi audio diperlahankan dan nyalaan lampu sederhana di dalam panggung ketika mereka menonton. Lampu sedikit terang sentiasa terpasang bagi membolehkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka sambil menonton.

Lebih menarik lagi, turut disediakan bilik persalinan lampin pakai buang dan bilik menyusu bayi berhampiran bagi kemudahan ibu bapa. Di dalamnya turut tersedia kemudahan air panas dan suam untuk membancuh susu.  Untuk tujuan keselamatan, MBO Kecil turut menyediakan beberapa buah kamera litar tertutup (CCTV) yang berfungsi mengawal selia pergerakkan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, tahap keselamatan anak-anak kecil anda tetap menjadi keutamaan ibu bapa sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai filem dan waktu tayangan di MBO Kecil di lokasi berhampiran anda layari www.mbocinemas.com