KelabMama

Anak Bangun Lambat Punca Ilmu Tak Pernah Lekat. Elakkan Dengan 8 Cara Ini

Mama Papa dengan anak yang bersekolah mesti sering menghadapi masalah macam mana nak kejutkan anak bangun pagi dan bangun lambat.

Untuk anak-anak yang senang bangun, syabas! Mesti anak-anak suka bangun pagi dan Mama Siti impress! Buat yang susah sikit nak bangun tu, ada la beberapa faktor yang membuat mereka tak nak bangun kan?

Mujurlah Mama Siti ada tips-tips yang boleh bantu si manja bangun pagi dengan senang lepas ni!

Sebelum dapatkan tips, meh kita tengok sikit, kenapa la budak-budak ni liat sangat nak bangun.

Punca Bangun Lambat Ke Sekolah

Memang tak dinafikan memang banyak faktor-faktor kenapa anak kita ni susah nak tidur dan dah tidur awal pun bangun lambat. Antara sebabnya adalah:

#1 Tidur Siang

Jika jadual anak Mama terlalu padat, hingga memberi ruang yang sangat sikit antara makan, buat kerja sekolah ia akan menyebabkan masa untuk tidur mereka singkat dan tidak berkualiti.

Sebab itulah, Mama perlu luangkan sedikit masa untuk mereka berehat sebelum tidur.

#2 Makan Makanan Manis Terlalu Banyak

Memandangkan makan gula-gula menyebabkan lebih banyak masalah daripada penyelesaian, memberi anak-anak Mama makanan manis sepanjang hari boleh menyebabkan mereka enggan tidur awal.

Betul ke terlalu banyak gula menjejaskan tidur kanak-kanak?


Walaupun anak Mama masih boleh tidur, terlalu banyak gula boleh menyebabkan tidur mereka kurang nyenyak.

Kanak-kanak ni melakukan 75% pertumbuhan dan perkembangan otak mereka semasa tidur, sebab itulah tidur yang nyenyak adalah sangat penting.

Selain itu, terlalu banyak gula boleh mengakibatkan anak tidak produktif pada siang hari.

#3 Menonton TV, Bermain Gajet Sebelum Tidur

Menonton apa-apa yang berskrin, akan menyebabkan anak kita susah sangat nak tidur. Masa skrin dalam satu jam sebelum tidur boleh merangsang anak Mama.

Blue light daripada televisyen, skrin komputer, telefon dan tablet mungkin menyekat paras melatonin dan melambatkan rasa mengantuk mereka. Boleh juga jika anak-anak kita tengok abang kakak main game, mereka pun nak ikut sekali.

#4 Perlukan Teman Untuk Tidur

Boleh jadi anak-anak Mama perlukan teman semasa tidur. Sesetengah kanak-kanak memerlukan ibu bapa mereka untuk tidur.

Mama dan Papa perlu membuat pilihan bernas untuk tidurkan mereka lebih awal ataupun teman mereka untuk tidur lewat. Dah nak mula persekolahan ni, lebih bagus untuk teman mereka tidur, kalau tak masak la nanti pagi!

Cara-Cara Bangun Awal Ke Sekolah

Mujur ada solusi yang bagus dan mudah untuk ibu bapa ikut. Tips ni dari ibu bapa yang memang mempunyai masalah dan memberi solusi untuk Mama dan Papa ikut.

Mereka juga mempunyai anak-anak yang degil dan susah nak tidur, tapi ia tidak bermakna ibu bapa tidak boleh berusaha untuk kebaikan anak-anak!

  1. Kalau anak tidur petang, jangan bagi tidur lebih dari 4.30pm, jika tidak, mereka lebih sukar untuk tidur.
  2. Bawa mereka main petang-petang kat luar rumah.
  3. Tidur sebelum 10 pm.
  4. Makan kenyang-kenyang.
  5. Adakan aktiviti sebelum tidur seperti baca buku cerita sebagai tanda bahawa waktu tidur dah dekat.
  6. Tidak menonton TV selepas pukul 8 malam.
  7. Mama dan Papa perlu pura-pura tidur sekali dengan mereka.
  8. Pesan pada anak untuk bangun pada masa sekian-sekian.

Terbukti tidur awal akan menyegarkan tubuh badan, otak dan ternyata anak lebih produktif!

Tidur Awal Untuk Lebih Produktif

Untuk anak Mama meningkatkan daya tumpuan dan ingatan, semestinya anak Mama perlu tidur awal dan bangun awal.

Prestasi mereka akan menjadi lebih baik di sekolah. Bangun awal memberikan lebih tenaga. Sesiapa yang tidur lambat akan mengalami tahap tenaga yang rendah. Oleh itu, tidur awal ya si manja!


Dapatkan lebih banyak tips keibubapaan di SINI!