KelabMama

ANAK ASYIK NAK BERDUKUNG 24JAM

“Aduh, letihnya tangan. Anak suka sangat berdukung. Nak buat kerja pun susah. Berenggang kejap pun dah menangis macam apa,” keluhan si ibu.  Masalah yang seringkali berlaku pada mana-mana ibu bapa. Namun, mengapa anak-anak kecil suka berdukung? Dan bagaimana caranya untuk mengatasinya? Bagaimana mahu mengatasi masalah anak yang suka berdukung setiap masa dan akan menangis jika diletakkan di bawah. Adakah nak biarkan saja dia menangis atau ikut kehendak dia?

Pertama, kita perlu faham kenapa bayi suka didukung. Begini, bayi secara fitrahnya memang suka didukung kerana secara tidak langsung dia akan dipeluk dan terasa dibuai, didodoi seperti duduk dalam rahim ibunya lagi. Perkara ini boleh dikaitkan dengan Pyramid of Learning (Williams and Shellenberger), ada 3 core sensory yang menjadi asas dalam piramid ini iaitu:

Sejak dari lahir, bayi memerlukan semua deria ini dalam proses perkembangan otak. Sebab itu, bayi yang normal memang suka dibelai (deria sentuhan), suka dipeluk (deria sendiri) dan suka didukung (deria keseimbangan).  Tiga deria penting ini memang sangat diperlukan untuk perkembangan otak bayi. Setiap bayi berbeza keperluannya. Jadi, jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Tugas kita ialah memenuhi semua keperluan deria ini, bukan hanya dengan berdukung sahaja.  Ada banyak lagi cara yang lain untuk memenuhi keperluan sensori bayi. Tak perlu beli apa-apa pun, cuma guna apa yang ada sahaja. Contohnya:

TACTILE (DERIA SENTUHAN)

VESTIBULAR (DERIA KESEIMBANGAN)

PROPRIOCEPTION (DERIA SENDI/JOINT SENSE)

 

SEPERATION ANXIETY

Cara di atas ini boleh dilakukan untuk bayi baru lahir bagi memenuhi keperluan sensori mereka. Kedua, kenapa bayi suka berdukung adalah disebabkan Seperation Anxiety (resah bila berpisah). Ini normal dalam proses perkembangan emosi bayi. Bila kita hilang dari pandangan, bayi akan rasa kita akan hilang selama-lamanya. Sebab itulah bila kita letak dia ke bawah, dia menjadi risau kita ‘hilang’.

Biasanya perkara ini bermula apabila bayi sudah kenal dengan orang di sekeliling. Lagi teruk bila pergi ke rumah orang, bayi tak nak lepas. Nak melekat sahaja. Biasanya bermula seawal usia 6-7 bulan dan waktu genting sekitar 10-18 bulan dan mungkin akan berterusan sehingga umur dua tahun.

Jangan risau, ini semua akan hilang mengikut masa. Perlu diingatkan bahawa setiap bayi adalah berbeza. Nikmatilah masa anak mahu berkepit dengan kita dan tanamkan dalam fikiran bahawa kita adalah nombor satu dalam carta hati. Tetapi berdukung/melekat 23 jam ini mungkin akan menimbulkan masalah lain sekiranya bayi kurang ‘tummy time’, meniarap atau merangkak. Jadi ibu bapa perlu buat sesuatu agar bayi belajar yang kita tidak ‘hilang’. Caranya

Yang penting, dalam semua di atas adalah emosi kita semasa mengatasi masalah anak nak berdukung. Kena relaks, muka pun tak boleh berkerut dan senyum saja semasa letak di bawah. Jangan ada sikit pun rasa bersalah sebab bayi boleh mengesan emosi dan reaksi kita berkerut yang kelam kabut itu.

 Semoga bermanfaat. Terima kasih.

 

 

 Sumber: Maryam Jamadi | Occupational Therapst