KelabMama

AMBIL TAHU MENGENAI PAM SUSU

Sama ada ibu-ibu nak kembali ke tempat kerja ataupun duduk di rumah tetapi ingin memberi anak minum botol apabila berada di luar, pam yang terbaik sangatlah penting. Ini kerana pam susu yang terbaik dapat membantu ibu untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih baik

 

Sebaiknya, mulakan sesi mengepam sebaik sahaja sesi menyusu bermula, ini bermakna semasa dalam pantang lagi baby kita hendaklah dikenalkan dengan botol susu. Tapi jangan terlalu awal, dikhuatiri baby lebih suka menggunakan botol susu daripada direct feeding. 3-4 minggu selepas melahirkan baby adalah masa yang sesuai untuk memperkenalkan botol kepada baby.

 

Ada banyak sangat jenis dan jenama pam susu ni. Tapi ia sebenarnya tergolong dalm 2 kategori iaitu:

 

Hospital-Grade Elektric Breast Pumps

Untuk ibu yang mengalami masalah dalam menyusukan baby pada masa beberapa hari selepas melahirkan, atau baby anda pra-matang dan perlu tinggal di hospital, adalah sangat dicadangkan untuk pakai pam jenis ini. Pam ini mempunyai sedutan yang sama dengan baby dan mempunyai double pam. Semasa Zarith lahirkan Zuyyin pada 2012 di Hospital Ampang, Zarith menggunakan pam jenis ini yang disediakan oleh pihak hospital. Jenama Medela lagi. Cuma agak old fashioned la sikit. Namun ianya sangat bagus dalam merangsang penghasilan susu bagi ibu-ibu baru ni.

Untuk ibu yang perlu mengepam lebih dari sekali sehari

 

Electric Personal Breast Pumps

Apabila ibu perlukan pam yang heavy duty, jadi pam jenis ini adalah yang terbaik. Selalunya pam inilah pilihan ibu-ibu sama ada ianya single atau double pump. Pam jenis ini juga kebanyakannya boleh beroperasi menggunakan elektik secara terus ataupun menggunakan bateri yang boleh dicas kembali

Pam jenis ini juga sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mempunyai masa terhad, kerana proses mengepam dapat disingkatkan dengan penggunaan elektirk

Untuk ibu yang perlu mengepam sehari sekali sahaja atau kurang

 

Manual Breast Pump

Pam jenis ini sangat menjimatkan disamping memberi peluang bagi ibu-ibu yang tetap ingin memberikan anaknya susu ibu walaupun ingin keluar sekejap dan meninggalkan anaknya bersama babysitter. Namun pam jenis ini mengambil masa yang agak lama untuk melengkapkan proses mengepam kerana ia hanya dapat mengosongkan sebelah payudara sahaja pada satu masa yang sama.

 

Bagi ibu berkerjaya, pelbagai faktor yang perlu diambil kira sekiranya anda ingin membeli breast pump. Antaranya:

 

 

INGAT INI!

  1. Walaupun nampak macam seronok dan baik hati, perkongsian breast pump adalah tidak digalakkan. Ini kerana susu boleh menjadi agen pembawa virus dan juga bakteria yang boleh mencemarkan pam ini dan menyebarkan pula kepada anda dan baby. Namun, pam yang memang telah direka untuk kegunaan awam seperti yang berada dihospital mempunyai ciri khas yang menghalang susu dari terpercik ke dalam bahagian dalam pam. Kalau terpaksa berkongsi pam susu orang lain pada waktu yang sama, amalkan untuk mencuci dengan bersih terlebih dahulu pam tersebut.
  2. Sekiranya anda hanya menggunakan satu bahagian sahaja daripada double breast pump kerana membuat tandem nursing contohnya, pastikan anda tutup bahagian yang satu lagi. Kerana apabila anda terlupa buat begitu, ia akan mengurangkan kadar suction dan seterusnya kurangkan penghasilan susu.
  3. Pilihlah size breast shield yang tepat. Ini untuk mengelakkan puting payudara anda bergesel pada bahagian dinding  breastshield yang akan menyebabkan kesakitan dan melecet sekiranya berterusan.
  4. Sekiranya anda tidak menggunakan pam dalam masa terdekat, basuhlah pam dengan menggunakan air sabun yang suam bersama berus.
  5. Sekiranya anda ternampak baki susu pada tiub, cuci dengan menggunakan air suam bersabun dan pastikan telah kering sepenuhnya sebelum pakai kembali.

 

 

 

 

Sumber: Internet