KelabMama

Amalan Zikir Harian Rasulullah SAW Yang Mama Papa Harus Amalkan

Dalam kitab hadis atau apa-apa buku amalan terdapat banyak amalan zikir harian Rasulullah SAW sepanjang hari dari awal pagi selepas bangun tidur hingga sebelum tidur.

Sebagai contoh bacaan Al-Mathurat adalah amalan yang dikumpul oleh seorang ‘Ulama iaitu imam Hassan Al-Banna dan dibacakan setiap selepas solat subuh dan asar. Ianya merupakan satu himpunan zikir dan wirid yang diambil daripada Rasulullah SAW, yang disusun oleh Imam Hassan Al Banna.

Nas-nas al-Qur’an dan Sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Seterusnya zikir dan wirid tersebut diajarkan oleh Baginda kepada sahabat-sahabatnya, kemudian kepada tabi’in, tabi’ at-tabi’in, dan as-salaf as-salih.

Namun sekiranya Mama Papa tidak sempat untuk membaca mathurat, Mama Siti nak kongsikan 7 Amalan zikir yang sangat mudah kita boleh istiqamah (konsisten) lakukan setiap hari sambil memandu, memasak, dan sebarang kerja lain.

7 Amalan Zikir Harian Rasulullah SAW

Kredit gambar: desain-islam

1. Tahlil

Tahlil adalah sejenis zikir iaitu: “Lailahaillallah” bermaksud: “Tiada tuhan selain ALLAH” dan terdapat pelbagai zikir yang mengandungi tahlil didalamnya.

2. Tasbih

Tasbih ialah antara kalimat agung selain tahlil iaitu: “Subhanallah” yang bermaksud “Maha suci ALLAH”.

مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
“Barangsiapa mengucapkan Subhaanallaahi Wa Bihamdihi (Maha suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya) sehari 100 kali, maka kesalahan-kesalahannya (dosa) akan terampuni walaupun sebanyak buih di lautan.”

(HR Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, Ahmad, Ibnu majah dan Imam Malik)

3. Selawat

Selawat adalah salah satu amalan yang dilakukan oleh para malaikat, dan malah ALLAH SWT pun berselawat ke atas Nabi. Seperti mana sabda baginda:

مَنْ صَلّى عَلَيَّ وَاحِدةً صَلّى الله عَلَيْه عَشْراً، وَمَنْ صَلّى عَلَيَّ عَشْراً صَلّى الله عَلَيْهِ مائَةً، وَمَنْ صَلّى عَلَيَّ مائَة كَتَبَ الله لَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ بَرَاءةً مِنَ النِّفَاقِ وَبَرَاءَةً مِنَ النَّارِ وَأَسْكَنَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ مَعَ الشّهَدَاءِ
“Barangsiapa yang membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat untuknya sepuluh kali, dan barangsiapa berselawat untukku sepuluh kali, maka Allah berselawat untuknya seratus kali, dan barangsiapa berselawat untukku seratus kali, maka Allah menulis diantara kedua matanya kebebasan dari nifak, dan kebebasan dari neraka dan ditempatkan pada hari kiamat bersama orang-orang yang mati syahid.”

(HR. At-Tabrani)

4. Zikir Selepas Solat

Terdapat pelbagai susunan amalan dan wirid selepas solat fardu, tapi bagaimana sibuk pun Mama Papa, jangan sampai terlupa untuk amalkan Zikir ini walaupun ketika menjalani pekerjaan seharian Mama Papa.

مُعَقِّباتٌ لاَ يَخِيبُ قَائِلُهُنَّ أَوْ فَاعِلُهُنَّ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ: ثَلاثٌ وَثَلاثونَ تَسْبِيحَةً وَثَلاثٌ وثَلاَثونَ تَحْمِيدَةً، وَأرْبَعٌ وَثَلاَثونَ تَكْبِيرَةً
Maksudnya, “Ada beberapa kalimah pengikut yang tidak akan merugikan orang yang mengucapkannya atau melakukannya di akhir setiap solat wajib iaitu, tiga puluh tiga kali tasbih (Subhanallah), tiga puluh tiga kali tahmid (Alhamdulillah), dan tiga puluh empat kali takbir (Allahu Akbar).

(HR. Muslim)

5. Memohon Keampunan

إِنْ كُنَّا لَنَعُدُّ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَجْلِسِ يَقُولُ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ مِائَةَ مَرَّةٍ
“Apabila kami menghitung ucapan Rasulullah saw dalam suatu majlis, Rabbighfirli Watub ‘Alayya Innaka Antat Tawwabur Rahim (Ya Rabbku, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Maha penerima taubat dan maha penyayang) beliau mengucapkannya sebanyak seratus kali.”

(HR. Ibnu Majah & Abu Daud)

Tips Istiqamah Dengan Amalan

Amalan zikir harian rasulullah tidaklah susah, namun perkara yang lebih penting adalah istiqamah melakukan amalan yang sedikit tapi dalam jangka masa yang panjang.

Untuk istiqamah tidak susah namun memerlukan disiplin dan langkah yang tepat. Berikut adalah beberapa tips untuk kekal istiqamah dengan amalan yang dilakukan.

  1. Mulakan dengan sesuatu yang sangat mudah dan sedikit dahulu.
  2. Lakukan peningkatan setiap hari. Selepas itu, sedikit demi sedikit lakukan penambahan kepada yang besar dan semakin besar.
  3. Pastikan peningkatan yang dilakukan itu semuanya mudah untuk dil
  4. Laksanakan. Jangan biarkan peningkatan itu menjadi sulit demi mengelakkan semangat yang ada menjadi pudar.
  5. Paling utama, sentiasa memohon kepada ALLAH SWT agar ditetapkan hati untuk istiqamah melakukannya.

Untuk lebih banyak tips amalan dan doa klik SINI.