KelabMama

Amalan Ibu Mengandung Untuk Mama Amalkan

Suami Isteri

Image from Adobe Stock

Bagi sesetengah wanita yang baru mengalami kehamilan pertama, pasti ada yang tertanya-tanya apakah amalan ibu mengandung yang perlu diamalkan. Bukan je bagi mereka yang pertama kali mengandung, malah juga Mama Siti pasti, ada mama yang sudah hamil buat kali kedua atau ketiga masih tertanya-tanya. Betul tak?

Jadi, Mama Siti nak share dengan semua bakal mama ni tentang amalan ibu mengandung yang patut diamalkan sepanjang tempoh kehamilan. Semasa dalam tempoh kehamilan, banyak perkara yang mama boleh lakukan. Tak kisahlah dari aspek fizikal mahupun mental, malah dari sudut rohani juga. Amalan-amalan ini bukan untuk kebaikan wanita hamil je, tapi untuk bayi di dalam rahim juga.

Amalan Ibu Mengandung Yang Mama Boleh Amalkan

#1 Solat dan Berdoa

Kalau mama dah terbiasa solat lewat sikit, haa inilah masanya untuk mama solat sebaik je masuk waktu. Di samping solat lima waktu, kita juga boleh mula mengamalkan solat-solat sunat seperti solat hajat; bagi memohon agar kesihatan kita dan bayi yang bakal dilahirkan. Suami juga digalakkan untuk menunaikan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Selain itu, perbanyakkan doa dan zikir sewaktu masa lapang. Sambil-sambil menonton tv atau mengemas rumah, lazimilah memuji kebesaran Allah SWT. Banyak zikir yang boleh kita lazimi, pilihlah yang berkenan di hati. Tambahan juga selalulah beristighfar dan bertaubat kepada-Nya.

#2 Komunikasi dengan Bayi dalam Kandungan

Perasan tak sejak hamil mesti kita ada cakap-cakap dengan perut kita kan? Ha kali ini, jom kita praktikkan dengan lebih kerap. Langkah ini dapat mengeratkan lagi hubungan mama dengan bayi dalam rahim. Kajian mengatakan ‘communication is the key’, jadi selalulah berbual dengan bayi dalam kandungan. Ucapkan kata-kata yang baik dan positif kerana secara tak langsung si comel akan terkesan dengan ucapan tersebut. Bukan mama je, papa pun kena selalu berbual dengan anak tau!

Selain berbual topik harian, mama papa boleh bacakan kisah-kisah nabi kepada anak dalam kandungan. Walaupun mereka masih dalam kandungan, namun mereka boleh mendengar dengan baik.

#3 Senaman Ringan

Bagi memudahkan proses bersalin, mama boleh amalkan senaman ringan seperti buat kerja-kerja rumah. Namun harus diingatkan jangan terlalu aktif melakukan kerja rumah, risau juga jika ianya akan memberi kesan kepada kandungan kita.

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan senaman khusus bagi wanita hamil yang boleh kita rujuk di Youtube atau Miss Google. Tapi pastikan senaman itu dirujuk dengan pakar kesihatan terlebih dahulu, kita tak nak perkara yang tak diingini berlaku.

Untuk pengetahuan, mama juga boleh ‘swimming’ ketika mengandung. Bukan sahaja baik untuk hati dan melegakan sakit belakang, berenang juga dapat menyokong sendi-sendi kerana ianya satu aktiviti ringan dan tak mendatangkan mudarat. Ia juga boleh memudahkan kita untuk bersalin tau!

#4 Kesihatan Mental

Dalam tempoh kehamilan, ibu mengandung seringkali dikaitkan dengan emosi yang kurang stabil dan tak menentu. Yelah, hormon tengah berubah begitu juga dengan bentuk badan, memang emosi pun terganggulah kan? Ini semua normal. Tapi kita jangan ambil mudah, pastikan keadaan emosi sentiasa tenang dan elakkan stres serta perasaan yang berbaur dendam serta mazmumah. Hal ini bukan je memberi kesan kepada kita malah juga membawa aura negatif kepada bayi dalam kandungan. Kan tak elok tu.

#5 Eratkan Hubungan Suami Isteri

Kesefahaman antara suami dan isteri dalam rumahtangga itu perlu. Papa hendaklah lebih memahami mama ketika mama tengah berbadan dua ni. Elakkan perkara yang boleh membuatkan mama runsing dan sedih kerana emosi mereka mudah terusik. Sebagai bakal papa mama kepada si manja, kita hendaklah sama-sama berdoa kepada Allah SWT dan beramal soleh agar dikurniakan zuriat yang baik dan sihat. Selain itu, suami isteri boleh menghadiri majlis-majlis ilmu bersama-sama.

Saling menjaga adab dan emosi terhadap satu sama lain juga antara perkara yang perlu dititikberatkan. Ia dilihat remeh namun kadangkala hal ini lah yang boleh menggugat hubungan suami isteri apatah lagi saat mama sedang hamil di mana dia sangat ‘fragile’.

#6 Makan Makanan Yang Sihat

Amalkan pemakanan yang seimbang, bukan je dalam tempoh kehamilan malah juga selepas bersalin. Sewaktu menjalani tempoh berpantang, pastikan mama semua ambil tahu tentang jenis makanan yang boleh dan tak boleh dimakan. Dapatkan nasihat mak-mak kita atau mereka yang lebih berpengalaman kerana lain orang lain caranya.

Sewaktu hamil, mama jangan pula mengidam makanan yang bukan-bukan. Sebab itulah kita perlu banyak beristighfar dan berzikir memuji yang Esa agar kita tak terganggu oleh hasutan syaitan yang membuatkan kita mengidam perkara yang pelik dan diluar jangkaan.

Tambahan lagi, mama juga kena elakkan diri daripada makan makanan yang diragui status halalnya, apatah lagi makanan yang haram. Macam kita sudah tahu, makanan akan menjadi darah daging kita, jadi pastikan kita makan makanan yang baik dan halal sahaja.

#7 Tambah Ilmu tentang Petua Bersalin

Penuhi masa terluang dengan membaca tentang petua bersalin dengan mudah. Membaca buku, artikel dan sumber-sumber yang berkaitan proses bersalin dapat menambah ilmu dan menyiapkan diri kita juga sebenarnya.

Tak kiralah buku yang berbentuk fizikal mahupun e-books, selagi ia adalah sumber yang boleh dipercayai maka ambillah input-input yang berguna untuk kegunaan masa depan.

Selain membaca buku yang berkaitan kehamilan dan bersalin, mama juga boleh membaca buku-buku ilmiah seperti sirah para Nabi dan Anbiyaa’ serta hadith-hadith bagi menambah ilmu rohani di dada.

Surah – Surah Amalan Ibu Mengandung

Surah pilihan dan kebaikan surah tersebut kepada ibu mengandung :

Semoga bermanfaat!

Sumber: Safiah 

BACA LAGI AIR BARLI MILK BOOSTER SEMULAJADI UNTUK IBU MENGANDUNG & PERLUKAH MAMA RISAU PENDARAHAN KETIKA HAMIL

Pesan Mama Siti

Tidak kiralah sesibuk mana pun kita, jangan kita abaikan kesihatan kita dan bayi dalam kandungan. Ambil satu masa yang mana kita boleh luangkan dengan bayi dan suami. Disamping sibuk mengejar kerjaya dan impian, hubungan kekeluargaan tidak boleh diketepikan. Saling menyokong dan memahami antara satu sama lain adalah kunci kepada kebahagiaan sesebuah keluarga. Bersama amalkan amalan-amalan yang dituntut dalam Islam.