KelabMama

Alternatif & Kegunaan Lain Sekiranya Makanan/Minuman di Rumah Hampir Tamat Tempoh

“Alamak, dalam tak sedar rupanya roti ni dah nak tamat tempoh! Ish, baru makan dua keping, ruginya kalau terpaksa dibuang. Tapi kalau makan semua mana larat.”

Pasti ramai diantara Mama biasa berhadapan dengan situasi begini. Perasaan bersalah apabila terpaksa membuang makanan yang dah capai tarikh luput, namun dalam masa terasa berat hati sebab bersikap membazir.

Eh, nanti dulu Mama! Sebelum dibuang makanan yang rosak tu, apa kata Mama tengok dulu jenis makanan tersebut. Bukan apa, ada sesetengah makanan boleh digunakan semula tau.

“Boleh guna walaupun dah tamat tempoh?”

Ya! Ada yang sesuai untuk ditransformasikan kepada makanan lain, ada juga yang sesuai digunakan sebagai alat pembersihan malah untuk produk kecantikan juga.

Wah, biar betul! Nak tau apa makanan tu? Jom tengok senarai makanan sesuai untuk Mama olah apabila hampir atau telah tamat tempoh.

1. Roti

Ini makanan paling biasa dibuang lantaran tempoh selamat untuk dimakan agak singkat dan menyebabkan Mama biasanya tak sempat habiskan semua kepingan roti berkenaan. Bagaimanapun terdapat dua kaedah boleh digunakan bagi elak pembaziran untuk roti yang mulai capai tarikh luput.

Menariknya, sebaik Mama transformed menu ini, ia tetap selamat dimakan meskipun lebih daripada dua minggu. Kaedah pertama adalah gunakan ia sebagai bahan untuk hasilkan nugget homemade.

Berdasarkan resepi yang Mama Siti peroleh dari Che Nom, lebihan roti yang tak dihabiskan dan hampir tamat tempoh sesuai sangat diolah menjadi nugget. Dijamin lebih sihat berbanding nugget yang diproses daripada pengilang.

Mama Siti pun kadang-kala buat bila nak bagi si kecil makan nugget. Cara pembuatannya:

Selain buat nugget, roti yang hampir expired boleh dibakar garing dalam toaster. Kemudian apa? Ya, masuk dalam blender kering dan blend untuk jadikan ia sebagai bread crumb!

Kaedah ni boleh tahan lama sebab roti tadi kita dah sangai sampai kering jadi tak ada masalah untuk simpan dalam sebulan atau lebih.

Eh rasanya macam dua menu ini berkait bukan? Ha, apa kata lebihan roti tadi Mama buat nugget dan dalam masa sama baki beberapa keping lagi buat bread crumb pula, then you will get a perfect homemade nugget!

2. Mayonnaise

Tahukah Mama, mayonnaise yang telah expired boleh digunakan sebagai bahan mencuci untuk alatan stainless steel? Kedengaran pelik tapi itulah yang dikongsikan oleh laman web Archzine.

Menurut artikel berkenaan, kandungan minyak dalam mayonnaise ini sebenarnya boleh membuatkan barangan besi anti-karat lebih bersih dan berkilat.

Jadi, daripada dibuang, baik gunakannya sebagai alat membersih barang-barang besi di dapur Mama kan. Lagi pula Mayonnaise ni sejenis sos yang harganya agak mahal, sayanglah kalau terpaksa dibazirkan.

Caranya hanya dengan calit mayonnaise pada kain dan lap barangan stainless-steel dapur Mama. Hasilnya, alatan dapur Mama lebih shiny gitu!

3. Greek Yogurt

Mesti ramai yang tahu kebaikan greek yogurt sebagai menu kesihatan. Selain baik untuk tubuh, makanan yang satu ini juga sangat sesuai untuk dijadikan bahan kecantikan sekiranya telah menjangkau tarikh expired.

Untuk greek yogurt yang dah capai tarikh luput, Mama boleh jadikan ia sebagai exfoliating face mask. Kandungan yogurt tadi yang kaya dengan lactic acid akan membantu exfoliate kulit mati di wajah seseorang.

Macam mana cara gunakannya? Campurkan dua sudu greek yogurt dan satu sudu madu, kemudian kacau sebati. Then, it’s ready!

Bolehlah Mama apply di muka selama 15 minit. Selepas bilas, Mama akan rasa perubahan tekstur kulit lebih halus dan ringan kerana kulit mati dah disingkirkan!

4. Kopi

Selain enak diminum dan menyegarkan mood, kopi juga mempunyai banyak manfaat. Untuk kecantikan hinggalah ke alam semulajadi, semuanya mampu memberikan hasil yang baik dengan penggunaan serbuk kopi. Macam mana caranya?

Untuk kecantikan, serbuk kopi yang dah expired boleh dijadikan scrub badan. Memetik laporan Hello Doktor, kopi adalah bahan bertindak sebagai agen pengelupasan yang baik.

Ia merupakan bahan yang tidak larut dalam air menjadikannya berkesan untuk digunakan bagi menggosok sel-sel kulit mati. 

Dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 2013 menunjukkan bahan yang terkandung di dalamnya dapat membantu menghasilkan kulit sihat. Asid kafein, antioksidan dapat meningkatkan tahap kolagen dan mengurangkan penuaan pramatang sel.

Kaedah yang lain pula adalah memanfaatkan kopi pada hasil tanaman. Mama boleh taburkan biji kopi pada tanah. Ini kerana tanah menyerap nutrien daripada serbuk berkenaan menjadikan tanaman Mama lebih subur.

Selain itu, kopi juga boleh digunakan sebagai cara menghalau serangga. Taburkan serbuk kopi atau bungkuskan dalam uncang kemudian letakkan ia di tempat-tempat yang menjadi kawasan laluan serangga.

Sesetengah serangga seperti nyamuk, lipas dan cicak tidak gemar dengan aroma kafein ini sekaligus menyebabkan makhluk perosak ini menjauhi ruangan tersebut.

Kegunaan lain bagi kopi expired? Apa kata jadikan ia sebagai aroma ruangan kediaman. Ada sesetengah orang gemar hidu bau-bau caffeine sampai cari car perfume pun berasaskan bauan kopi.

Malah, tahukah Mama kopi juga boleh menghilangkan bau di sekitarnya. Jadi kalau rasa rumah ada bau yang kurang enak atau aroma masakan terlalu lama terperangkap dalam ruang dapur hingga menimbulkan bau tak selesa, nah, kopilah jawapannya!

Letakkan beberapa uncang kopi di sekitar dapur, ia sekaligus menghilangkan bauan lain kerana aroma kopi tadi lebih kuat.

Jadi, kalau tengok ada kopi yang dah tamat tempoh untuk diminum, ketahuilah bahawa serbuk minuman itu masih selamat untuk digunakan secara luaran bagi pelbagai kegunaan.

5. Susu

Ada susu kotak yang mulai rasa masam kerana telah tamat tempoh? Eh, jangan buang! Boleh buat baking seperti cake atau cookies.

Memetik laman web One Good Thing, mereka mendedahkan bahawa susu yang hampir capai tarikh luput tapi telah berubah kepada rasa masam boleh dijadikan sebagai bahan pengganti untuk buttermilk.

Hasilnya pasti membuatkan manisan Mama tadi jadi lebih enak. Silap-silap orang ingat Mama memang pro dalam aktiviti baking!

6. Avocado

Perasan tak banyak syampu atau barang penjagaan rambut berasaskan buah avocado? Ya, buah yang satu ini punya kelebihan untuk kesihatan rambut.

Jadi, kalau ada buah avocado yang dah berubah rasanya sampai Mama tak boleh nak makan, inilah masa untuk gunakan ia pada rambut.

Hanya lenyek buah avocado dan masukkan ia ke dalam mangkuk dan sapu pada rambut yang basah. Ia berfungsi sebagai hydrating mask untuk rambut. Biarkan ia selama sejam dan bilas dengan syampu. Your hair will look silky smooth and moisturized afterwards!


Untuk pelbagai panduan dan info berguna, Mama boleh lihat di SINI!