KelabMama

Alisa, 2 Tahun, Kini Hanya Minum Susu Menggunakan Cawan Sahaja! Hanis Zalikha Kongsi Tips

Pada usia dua tahun, anak kedua kepada Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Alisa Aisyah, tidak lagi menggunakan botol susu.

Pada awalnya ibu kepada Alisa mengatakan ia bukan mudah untuk memisahkan anaknya dengan botol susu. Tetapi dengan usaha yang konsisten, kini Alisa berjaya untuk tidak menggunakan botol susu. Alisa hanya menggunakan cawan sahaja untuk meminum susu.

Sumber: Oh My Media

Hanis Zalikha kongsikan tips dan prosesnya melalui satu Instagram post di akaun milik anak comelnya itu, @TheAlisaAisyah.

Tips Dari Mommynis

Mommynis nak share journey ni sebab lama tak sharing sini and banyak benda dah terlepas pastu terlupa terus. Alisa tak minum susu botol dah, dan dah tak bangun malam dah selama beberapa bulan.

Proses Bermula Dengan:

  1. Minum susu botol siang dan malam. Pastu Mommy cakap “Alisa, we only drink milk at night ok. If you are thirsty we drink water, if you are hungry you must eat”. Merengek beberapa hari and done terima kenyataan.
  2. Minum susu botol malam sahaja, 2-3 kali semasa tidur. Pastu lampin dia bocor, kita kejut dia tidur, “Alisa look! This is what happened when you drink too much milk while sleeping! See all wet?!” Muka mamai dia macam oh no! Sejak itu, kalau dia merengek malam terus tepuk tapi never sua botol. Terpaksa consistent dengan apa kita cakap.
  3. Minum susu botol hanya untuk nak lelap tidur. Pastu ada satu ketika dia termuntah susu (sebab dia selsema berkahak), maka Mommy pun “Alisa, drinking milk from a bottle made you puke!”. Sejak dari tu offer susu dalam cawan sebelum dia tidur. Dan kalau dia nak susu bila-bila, bertegas tawarkan dia guna cawan.
  4. Kini minum susu hanya pakai cawan. Selera makan bertambah. Tidur nyenyak sehingga 7am.
  5. Dah tak minum susu botol? Baru boleh potty train bebila

Mommynis juga berpesan untuk selalu communicate cause and effect to your children. Selain itu, sentiasa terangkan sebab dan akibat satu-satu perkara. Anak-anak adalah bijak, mereka akan menghargai setiap keterangan yang diberi. Mommynis juga sangat prihatin untuk memberi tips ini kerana ramai yang bertanya kepadanya.

Tahniah Alisa! Kini tidak lagi memerlukan botol susu. Mama Siti pun gemar mengikuti panduan yang sering dikongsikan keluarga ini.

Sumber: Missmynah

Harap-harap dengan perkongsian ini, Mama juga berjaya untuk tidak menggunakan botol susu untuk si manja Mama lagi! Mama juga boleh lihat artikel ini untuk mencari formula yang sesuai untuk anak-anak Mama antara 1-3 tahun.

Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat kepada Mama. Selamat mencuba!