KelabMama

AL-FATIHAH BUAT ARWAH BABY AISY ZULQARNAIN, PEMENANG KETIGA PERADUAN BAYI COMEL KELABMAMA

Kelabmama ingin mengucapkan Takziah kepada ibu bapa dan keluarga Arwah Aisy Zulqarnain atas kehilangan permata hati mereka pada 23 Februari 2017.

 

                Kelabmama sangat bersimpati dan bersedih apabila dimaklumkan bahawa Pemenang Ketiga Peraduan Bayi Comel Kelabmama ini telah pulang kepada Pencipta-NYA pada Februari lepas. Ribuan kemaafan daripada kami kerana baru mendapat khabar sedih ini daripada ibu arwah sendiri melalui perbualan telefon. Walau bagaimanapun Kelabmama tetap akan sampaikan hadiah arwah Aisy Zulqarnain kepada keluarganya sebagai hadiah kenangan.

 

-Al-Fatihah-

 

 

(Perkongsian Dengan Keizinan Daripada Facebook Ibu Arwah Aisy –Puan Zanariah)

Alhamdulillah syukur Ya Allah di atas anugerahMu yang terindah. Amanat yang dipinjamkan selama 5bulan 8hari cukup bermakna. Walaupun hanya seketika tapi mampu membuatkan ummi dan baba merasa sangat sangat bahagia sayang.. Anak syurgaku Aisy Zulqarnain bin Amirul Faiz, tunggu ummi dan baba ye sayang. Tahniah sayang, Ummi ingatkan Aisy dah pandai meniarap je, rupanya Aisy memang bijak sampai boleh lawan dengan penyakit yang sangat kuat.. 6 hari Aisy bertarung lawan demam panas, sampai hari ke6 akhirnya doktor berjaya kesan denggi berdarah. Takpe sayang, syurga menantimu di sana.

AISY ZULQARNAIN BIN AMIRUL FAIZ

15 September 2016-23 Februari 2017

 

Ummi tak perasaan sayang, banyak rupanya tanda yang aisy tunjukkan. Aisy sentiasa nak berdukung, tidur berdodoi.. Dulu aisy taknak baring dalam stroller, nak kene dudukkan. Tapi masa ni, lama sangat aisy bole duduk dalam stroller.. Aisy nak jalan2 dengan ummi dekat taman ye sayang.. InsyaAllah nanti Aisy bawa Ummi ke taman syurga pula ye.

 

Sabtu 18 feb 2016, hari pertama Aisy demam panas. Suhu aisy 38,39.. Ummi & baba risau sangat sayang. 9.00 pm suhu aisy cecah 40, terus baba ajak ke hospital.. Doc bg ubat demam dganmasukkan ubat dekat Aisy.. Gambar ni hari kedua Aisy demam. Suhu masih 39. Ummi sentiasa mandikan dan lap aisy.. Ummi ikhtiar sejukkan bdn aisy dgn daun bunga raya. Wangi Aisy masa ni, bau segar anak syurga ummi..

 

Hari ke3, Ummi lapkan aisy sebab suhu aisy masih 38,39.. ummi dah xberani pakaikan baju aisy sebab nanti suhu aisy boleh naik balik..aisy minum susu ummi byk masa ni,3oz setiap kali minum.. sampai hari terakhir aisy hanya minum 0.5oz.. Sayang dah tak larat rupanya sebab perut dah sakit ye..Ummi halalkan setiap titik susu ummi untuk Aisy. Alhamdulillah cukup susu ummi untuk Aisy..

 

Sejuk anak syurga ummi, ummi pakaikan napkin basah dekat bdn sayang.. sebab suhu aisy tak turun jugak walaupun dah makan ubat demam setiap 6jam.. Kuat betul aisy berlawan dengan penyakit tu..

 

Ya Allah ummi masih terdengar-dengar suara anak syurga ummi panggil ummi dan baba.. tak berhenti merengek sebab demam ye sayang.. Hari ke3 ni ummi & baba bawak lagi aisy jumpa doktor untuk amik darah.. Doktor sahkan darah aisy bersih. Takde jangkitan kuman dan bukan denggi.. Ummi syukur sangat.. Ummi terus ikhtiar sembuhkan aisy..

 

Lemah sangat anak ummi.. Sentiasa nak dimanja dan dibelai.. Ummi rindu sayang nk peluk, dodoikan aisy..

 

Tangan kecil anak syurga ummi yang selalu ummi cium.

 

Hari ke4, tinggi sayang suhu badan aisy.. ummi rasa ni bukan demam biasa sebab terlalu lama aisy menahan.. aisy terlalu pasif masa ni..

 

Hari ke 4, Ummi dah tak sanggup tengok aisy dekat rumah lemah sangat.. ummi bawak pergi emergency, dan aisy kene admit wad.. doktor test lagi darah aisy dan memang clear dari jangkitan kuman atau denggi..

 

Doktor dah mula on drip dekat aisy.. Masuk air dan antibiotik dlm bdn aisy.. badan aisy dah dehydrated sebab aisy kurang minum susu.. Tonsil sakit ye sayang sebab demam aisy dah lama..suhu tinggi sangat..

 

Anak syurga ummi dah dehyrated.. kulit muka pun dah kering.. comelnya anak ummi

 

Hari ke 5, aisy masih demam..doktor cakap tu mungkin viral fever..sebab takde tanda lain..

 

Anak syurga ummi kuat sangat..

 

Petang hari ke5.. aisy dah sejuk sgt, menggigil2 sebab ummi mandikan aisy dan lap badan aisy ..

 

Aisy Zulqarnain Anak ummi yang baik.. tunggu ummi di syurga sayang..

 

Hari ke6, 3am.. aisy tiba2 muntah keluar warna coklat seakan-akan darah.. Doktor cuma cakap tu hanya ubat yang aisy makan. Tapi ummi dapat rasa yang itu darah..4 kali Aisy muntah2.. sampai keluar airmata syg..

 

Oxygen aisy dah tak sampai ke tisu badan.. walaupun masa ni pernafasan aisy masih normal, tapi doktor bg oxygen dan aisy perlu masuk ICU..

 

Akhirnya, setelah beberapa jam aisy dalam ICu baru dapat detect aisy kene denggi berdarah.. MasyaAllah.. bukan denggi biasa yang aisy bertarung selama ni.. denggi berdarah sayang.. kuatnya anak syurga ummi..

 

Ummi redha dengan pemergianmu sayang.. Ummi halalkan setiap titik susu yang masuk dlm badan Aisy.. tenanglah anak ku, tunggu ummi dan baba..

 

Masa ni Aisy happy sangat, ummi terus snap pic.. Bila nampak peraduan bayi comel kelab mama, ummi submit gambar anak syurga ummi.. Ya Allah murah rezeki aisy, aisy terpilih shortlisted dalam peraduan ni.. Tapi ummi tak kuat sayang, ummi rasa kalau aisy menang peraduan ni ummi akan jadikan hadiah itu sebagai kenangan terindah untuk ummi & baba..Kalau ada rezeki Aisy, menang peraduan mesti sebab insan2 yang seikhlas hati like gambar sayang dekat link ni.

 

-AL-FATIHAH-

AISY ZULQARNAIN BIN AMIRUL FAIZ

15 September 2016-23 Februari 2017

 

../../../video/az1.mp4 ../../../video/az2.mp4