KelabMama

12 Aktiviti Seni Kreatif Untuk Rangsang Sensori Kanak-Kanak, Gaya Montessori

Setiap orang ada kekuatan diri masing-masing. Sama juga buat anak-anak, dimana setiap potensi dalam diri mereka perlu dipupuk. Ada yang mudah ‘tangkap’ apabila mendengar, ada pula yang lebih cepat ingat bila melihat gambar. 

Bermain melalui aktiviti seni beri kelebihan dalam merangsang kreativiti mereka. Tak kisah aktiviti seni kreatif untuk kanak-kanak dalam bentuk apa sahaja; sama ada dalam reka bentuk, penyesuaian warna mahupun proses menyelesaikan masalah, semuanya bagus untuk mereka.

Khas untuk meningkatkan dan merangsang sensori mereka, ini beberapa aktiviti seni kreatif untuk kanak-kanak berpandukan gaya pembelajaran Montessori untuk anak-anak Mama. Kalau Mama dan Papa ikut serta pun lagi baik. 

12 Aktiviti Seni Kreatif Untuk Kanak-Kanak Bersama Mama dan Papa

#1 Tanah Liat (Playdough)

Kredit gambar: missouripoisoncenter.org

Seawal bayi lagi, mereka perlu diberikan pelbagai jenis rangsangan supaya dapat meningkatkan dan memastikan perkembangan fizikal yang optimum. 

Bermain tanah liat mempunyai kelebihan secara teraputik dan manfaat pendidikan. Aktiviti ini memberikan kekuatan otot. Selain itu, ia juga meningkatkan kemahiran motor halus anak-anak. 

Tiada cara kaedah khas ketika bermain tanah liat ini. Namun Mama boleh cuba dengan memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk membentuk tanah liat sesuka hati mereka. 

#2 Lampu Lahar (Lava Lamp)

Kredit gambar: sciencebob.com

Walaupun ianya lebih menjurus kepada sains tetapi warna-warni pada lampu lahar itulah yang mendorong kreativiti kanak-kanak.

Ketika kecil dahulu, Mama Siti selalu duduk depan televisyen dan tunggu rancangan backyard sains. Rancangan itu menunjukkan eksperimen dengan menggunakan bahan-bahan yang anak di rumah. Sangat menyeronokkan. 

Sedikit sebanyak, aktiviti seni kreatif yang satu ini dapat mencungkil minat anak-anak kepada sains. Melalui tindak balas yang ditunjukkan mampu mencetuskan persoalan dan mendorong mereka mencari jawapannya. 

#3 Obor-Obor Keriangan

Kredit gambar: hellodoktor.com

Aktiviti seni kreatif yang ketiga ini sesuai dijadikan acara mengeratkan hubungan antara anak dan ibu bapa. Pejam celik, anak kita dah nak masuk enam tahun. 

Sangatlah rugi kalau disia-siakan begitu sahaja kerana usia emas inilah yang paling penting dalam membentuk hubungan dan peribadi kanak-kanak ketika dewasa. 

Bahan-bahan diperlukan:

Gantungkan hiasan ini di bilik tidur anak-anak sebagai hiasan menceriakan suasana. 

#4 Stoking Bubble Wrap

Kredit gambar: messforless.net

Rugi rasanya kalau kita buang sahaja bubble wrap yang didapati dari belian atas talian, kita manfaatkannya menjadi seni kreatif anak-anak. 

Bahan-bahan: 

Balutkan kaki atau tangan dengan bubble wrap. Letakkan watercolor di satu bekas letakkan kaki yang telah dibalut ke dalamnya. Berikan kebebasan kepada anak-anak Mama berkarya di atas kertas mahjung. 

#5 Beras Warna-Warni

Kredit gambar: busytoddler.com

Warna merangsang minda kanak-kanak. Menurut Datin Wong Meng Lee dari Kumpulan Nippon Paint Malaysia,

‘Warna memberi kesan terhadap emosi dan jiwa kanak-kanak’. Oleh itu, beras warna-warni adalah cara terbaik untuk merangsang emosi dan sensori mereka. 

Kaedah permainan montessori ini boleh dilakukan dengan cara transferring. Sediakan beras warna-warni dan beberapa bekas. 

Minta anak masukkan beras-beras tersebut ke dalam bekas menggunakan tangan mereka. 

#6 Puteri Kertas (Princess Paper)

Kredit gambar: easypeasyandfun.com

Apabila menyebut tentang cerita dongeng, salah satu yang mungkin akan difikirkan ialah puteri raja. 

Mari kita raikan tuan puteri kegemaran anak-anak dengan membuat Princess Paper dengan menggunakan beberapa helai kertas warna. 

Lakar dan guntingkan bahagian badan, baju serta rambutnya pada kertas warna. Kemudian, tampal dengan gam. Akhir sekali, lengkapkan bahagian muka dengan melukis mata, alis, hidung dan bibir. 

#7 Penyepit Haiwan

Kredit gambar: kidlabraleigh.com

Aktiviti seni kreatif dua dalam satu. Anak-anak boleh melukis gambar haiwan mengikut citarasa mereka kemudian gambar itu tadi akan digunting dan ditampalkan pada penyepit baju. 

Kebaikan daripada aktiviti ini ialah anak-anak dapat belajar menghargai proses. Kesabaran mereka dalam mewarnakan, menggunting dan menampal patut diberikan pujian. 

Inilah masanya untuk kita melatih anak-anak menjadi tabah sebagai persediaan apabila mereka sudar besar. 

Cara bermain adalah dengan membuka dan menutup mulut haiwan itu sambil menyepit pakaian atau ketika bercerita. 

#8 Buat Orang Salji

Kredit gambar: easypeasyandfun.com

Do you wanna build a snowman?

Or ride a bike around the hall?

Watak Olaf dalam filem tersebut pun tidak kurang popular juga. Mari kita sama-sama buat orang salji bersama-sama anak-anak di rumah. 

Aktiviti seni kreatif yang sangat Mama Siti sarankan untuk kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun. Aktiviti kraf ini mudah dan cepat disiapkan. Walaupun begitu manfaat kreativiti kepada anak-anak masih diperolehi. 

Bahan diperlukan ialah;

Cara-cara: 

  1. Tampalkan dua kertas doily di atas kertas berwarna biru. Kertas doily di bahagian atas hendaklah kecil sedikit daripada yang di bawah. 
  2. Seterusnya lekatkan butang di tengah-tengah badan orang salji. 
  3. Lengkapkan watak orang salji dengan melukis mata, hidung dan mulutnya. 
  4. Akhir sekali, buatkan skaf leher dan gam pada orang salji. 

#9 Raksasa Tisu

Kredit gambar: easypeasyandfun.com

Aktiviti seni kreatif yang seterusnya ini tidak kurang menyeronokkan. Membuat raksasa tisu membolehkan anak-anak Mama menterjemahkan imaginasi mereka dalam bentuk mainan. 

Raksasa tisu itu nanti boleh digunakan semasa sesi bercerita atau bacaan sebelum tidur. Disinilah kita sebagai ibu bapa boleh menyampaikan tentang nilai-nilai kehidupan melalui karya kreatif yang dilakukan anak-anak. 

Bahan-Bahan: 

#10 Tiup Air dengan Straw

Kredit gambar: theimaginationtree.com 

Mama Pernah dengar tentang messy-play. Berdasarkan buku ‘Ada Apa dengan Bermain’ oleh Dr Putri Afzan Maria, 

‘Bermain dengan comot (messy-play) mengilhami rasa ingin tahu dan meningkatkan proses pembelajaran, kemahiran berbahasa serta kreativiti kanak-kanak’

Cara bermain adalah dengan meniup warna-warna di atas kertas menggunakan penyedut (straw). Warna-warna yang berlainan boleh disediakan daripada kordial minuman dan pewarna makanan supaya lebih selamat untuk kanak-kanak. 

#11 Penanda Buku Corak Haiwan

Kredit gambar: easypeasyandfun.com

Tarik minat anak Mama terhadap buku dengan bersama-sama membuat aktiviti seni seperti penanda buku. Lihat contoh yang Mama Siti sertakan di atas, comel kan. 

Moga-moga apabila kita libatkan anak dalam penghasilan seni kreatif ini akan jadikan mereka lebih bertanggungjawab menjaga barang-barang sendiri dan orang lain. 

Caranya mudah sahaja. Pertama, Mama perlu cetak template penanda buku. Kedua, bagi anak-anak Mama warnakan mengikut kebebasan mereka. Akhir sekali, lipat dan gam mengikut arahan yang terdapat pada kertas tersebut. 

#12 Kira Badan Ulat Bulu

Kredit gambar: easypeasyandfun.com

Kali ini kita keluar dari kebiasaan, kalau cara memperkenalkan abjad dan nombor ditulis pada kertas, apa kata Mama cuba buat kelainan dengan aktiviti turutan nombor dengan ulat bulu. 

Bahan-Bahan:

  1. Kertas warna 
  2. Benang 
  3. Satu pom pom atau bebola kapas
  4. Dua mata googly
  5. Gam
  6. Pen marker

Cara-caranya: 

  1. Guntingkan 10 kertas berwarna-warni kepada bentuk bulatan.
  2. Tuliskan nombor satu hingga 10 pada kertas yang telah digunting itu bersama-sama anak Mama.
  3. Kemudian, tebuk sedikit hujung kertas dan sambungkan kesemua kertas yang itu mengikut turutan nombor untuk dijadikan kepala ulat bulu.. 
  4. Guntingkan satu lagi kertas warna dengan bentuk bulatan dan gam kan kedua-dua mata googly. HIaskan bahagian kepala dengan bebola kapas. 

Masa Untuk Mencungkil Bakal Mereka!

Aktiviti seni kreatif ialah langkah untuk mencungkil bakat dan minat anak-anak melalui kesemua pancaindera yang ada pada setiap manusia.

Kemahiran sensori perlu dimulakan sejak anak-anak bayi lagi. Kesemua 12 aktiviti seni kreatif untuk kanak-kanak yang Mama Siti senaraikan ini mempunyai manfaat dan kelebihan setiap satunya.

Semoga perkongsian ini mencetuskan idea untuk Mama melakukan aktiviti bersama-sama anak-anak di rumah. Jom mama baca aktiviti untuk kanak-kanak 4-6 tahun pula!


Jom ajar anak-anak mencuba pelbagai aktiviti yang baik untuk perkembangan mereka di SINI.