KelabMama

11+ Aktiviti Menyeronokkan Yang Boleh Dilakukan di Motherhood Baby Fair 2021/2022 (Selain Shopping Sakan!)

Motherhood Baby Fair 2021/2022 yang akan berlangsung pada 30-31 Disember 2021 dan 1-2 Januari 2022 di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam, Selangor bakal memberi pengalaman membeli-belah yang baharu buat semua pengunjungnya!

Selain daripada pelbagai tawaran menarik dengan diskaun sehingga 99% dan juga freebies dan Gift-with-Purchase (GWP) untuk para pengunjung, Mama dan Papa juga boleh meluangkan masa dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan sepanjang baby fair berlangsung.

Jangan lepaskan peluang once in a lifetime ini, Mama! Jom kita lihat aktiviti-aktiviti apakah yang Mama, Papa dan anak-anak boleh sertai di baby fair ini.

11+ Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Sertai Bersama Seisi Keluarga

1. Tarian Pagi bersama Tom Tom

Mari ajak anak-anak anda menari bersama-sama maskot Motherhood yang paling comel, Tom Tom! Sesi tarian akan diadakan pada pagi hujung minggu sahaja iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, jam 11am. Jom ambil peluang untuk jumpa Tom Tom yang comel ini!

2. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak

Mari sambut 2022 dengan pertandingan mewarna kanak-kanak. Tunjukkan bakat anak-anak Mama dan biarkan mereka menjadi lebih kreatif dengan krayon, untuk memenangi hadiah menarik serta trofi bersempena tahun baru 2022.

3. Pertandingan Papa Menukar Lampin Si Manja

Siapa cepat dia dapat!

Haa Papa, buktikan yang Papa semua sudah mahir dan juga pandai menukar lampin si manja dengan menyertai pertandingan Daddy Diaper Changing ini.

Mana-mana peserta (si ayah) yang berjaya menukar lampin bayi tersayang paling cepat dan dalam masa tersingkat, berpeluang memenangi hadiah menarik dan RM80 baucar yang boleh dibelanjakan di Motherhood.com.my!

4. Shopping, Ambil Gambar, dan MENANG!

Beli-belah secara percuma! Mama hanya perlu kongsikan pengalaman membeli-belah Mama di Motherhood Baby Fair – sama ada dari bentuk gambar atau video – dan tag @motherhood.com.my dan #motherhoodcommy di media sosial Mama.

Ambil gambar yang cantik-cantik dan menarik tau! Mana tau Mama boleh jadi salah satu pemenang baucar tunai RM100 yang boleh dibelanjakan di Motherhood.com.my. Para pemenang akan diumumkan di baby fair tersebut.

5. Sesi Foto bersama Tom Tom

Anak-anak Mama (dan Mama sendiri!) boleh bergembira dengan bergambar bersama maskot Motherhood, Tom Tom yang comel sepanjang empat hari baby fair berlangsung.

Setiap sesi bergambar akan dijalankan selama 30 minit sahaja dan mengikut SOP, iaitu terhad kepada 20 orang sahaja.

6. Peraduan Menyiapkan Beg Bayi

Buat Mama dan Papa atau mereka yang bakal menjadi Mama dan Papa boleh menyertai pertandingan ini, dimana anda akan diberikan senarai barangan yang perlu ada dalam beg tersebut, dan diberi masa untuk mengingati semua barang-barang itu sebelum pertandingan dimulakan.

Siapa yang cepat dan dengan barang yang paling tepat dan hampir cukup seperti di dalam senarai berpeluang untuk memenangi baucar tunai RM80 untuk dibelanjakan di Motherhood.com.my!

7. Pertandingan Kon Hula Hoop

Pertandingan yang sesuai untuk seisi keluarga! Mama, Papa dan seorang anak yang berumur dalam lingkungan empat tahun dan ke atas boleh menyertai pertandingan ini, dan keluarga mana yang berjaya memasukkan 5 hula hoop ke kon bakal menerima baucar tunai RM20 yang boleh dibelanjakan di Motherhood.com.my.

8. Pertandingan Susun Cawan Menjadi Bentuk Piramid

Mama dan Papa bersama seorang anak yang berusia antara 6 hingga 12 tahun boleh menyertai pertandingan ini. Mama dan Papa hanya perlu susun cawan menjadi bentuk piramid dan stabil dalam masa yang tersingkat.

Pemenang akan memenangi:

9. Cabaran Membawa Bola Ping Pong

Ala, macam game yang paling popular semasa family day kita zaman budak-budak dulu!

Aktiviti menarik ini boleh dimainkan oleh ibu bapa dengan anak yang berusia lima tahun ke atas dan keluarga yang paling banyak membawa dan mengumpulkan bola ping pong ke dalam cawan dalam masa yang ditetapkan bakal diumumkan sebagai pemenang.

Pemenang utama akan menerima baucar tunai RM20 untuk dibelanjakan di Motherhood.com.my!

10. Jawab Kuiz dan Menang!

Bukan itu sahaja, mari kita ramai-ramai sertai kuiz yang akan berlangsung dan menangi pelbagai hadiah menarik seperti baucar RM20 untuk dibelanjakan di Motherhood.com.my bagi setiap peserta yang menjawab dengan betul.

Soalan-soalan simple je Mama, jangan risau.

11. Jumpa Selebriti Kegemaran di Anugerah ibuencer 2021

Salah seorang ibuencer, Syuhada Rahmat semasa Anugerah Ibuencer 2020. (Kredit: story.motherhood.com.my)

Anugerah ibuencer 2021 kembali dan Mama Siti berbesar hati untuk memaklumkan bahawa anda telah dijemput untuk menghadiri acara ini!

Majlis Anugerah ibuencer 2021 ini akan memberi penghormatan kepada penerima kehormat tahun 2021 yang terdiri daripada influencer hingga selebriti atas sokongan berterusan mereka, penggunaan media sosial yang memberi impak besar dan dedikasi mereka kepada masyarakat, terutamanya ibu bapa.

Piala Anugerah ibuencer 2020 (Kredit: story.motherhood.com.my)

Mama Siti berbesar hati untuk menjemput anda ke majlis berprestij tinggi ini, yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 30 Disember 2021 (Khamis)
Masa: 6:00 PM – 9:00 PM
Tempat: Setia City Convention Centre, Setia Alam

Kehadiran selebriti kehormat termasuk Sazzy Falak, Hisyam Hamid, Keith Foo, Shah Iskandar dan Fezrul Khan.

Jadi, jangan lupa untuk buat reminder di kalendar Mama pada 30 Disember 2021 (Khamis) tau, Mama!

12. Kelas Offline ParentCraft

Selain itu, Kelas Offline ParentCraft juga akan turut diadakan di Motherhood Baby Fair kali ini! Jadi, buat mereka yang sedang hamil dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kehamilan dan penjagaan bayi bolehlah menyertai kelas ini.

Berikut merupakan antara perkara yang akan diajar sepanjang kelas ParentCraft yang dianjurkan oleh Motherhood.com.my ini:

Jangan risau Mama, kelas ini akan diadakan dalam dua bahasa dan Mama boleh join mana yang menjadi pilihan Mama!

Kelas Bahasa Melayu: 9.00AM – 12.45PM
Kelas Bahasa Inggeris: 1.00PM – 4.45PM

Untuk maklumat lanjut mengenai Kelas Offline ParentCraft, Mama boleh layari laman web rasmi di sini. Jangan lupa untuk mendaftarkan slot anda di Motherhood.com.my, follow Facebook dan Instagram rasmi ParentCraft untuk update terkini.

Ayuh kita meriahkan Motherhood Baby Fair ini. Jangan lupa untuk mengikuti SOP yang ditetapkan dan menjaga penjarakkan sepanjang berada di baby fair nanti. Jangan lepaksan peluang keemasan ini tau Mama! Jumpa anda di sana.