KelabMama

Cuti Hari Kebangsaan Nak Buat Apa? 5 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Bersama Keluarga

Hari Kebangsaan jatuh pada 31 Ogos setiap tahun sejak 1957 dan setiap tahun akan disambut secara besar-besaran seluruh oleh rakyat Malaysia.

Dengan si manja yang baru melihat dunia, apa kata Mama bawa mereka menyambut Hari Kebangsaan tahun ini bersama keluarga Mama?

Mama Siti amat mengalakkan untuk Mama dan Papa tanamkan semangat patriotik pada anak-anak sejak mereka kecil lagi.

So sebagai ibu bapa apakah aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga pada hari kebangsaan tahun ini?

Kalau Mama buntu idea, jom tengok senarai ini!

5 Aktiviti Menyeronokkan Untuk Hari Kemerdekaan Ini

#1 Tonton Filem Patriotik

Antara waktu kegemaran yang menyeronokkan untuk keluarga adalah menonton filem bersama-sama. Apa kata kita tengok filem bersejarah serta menambah ilmu tentang hari bersejarah kehidupan sebelum kemerdekaan.

Mama Siti syorkan filem ‘Leftenan Adnan’ yang menceritakan kisah benar Leftenan Adnan Saidi yang terjadi semasa Perang Dunia Kedua. Apabila anak-anak melihat pengorbanan yang telah dilakukan untuk mencapai kemerdekaan, mereka akan lebih fahami tentang sejarah negara kita.

#2 Melawat Tempat Bersejarah

Selain menonton filem patriotik, apa kata Mama jadikan ia realiti dan bawa mereka melihat tempat tempat bersejarah. Antara tempat bersejarah yang ikonik adalah Dataran Merdeka. Ia menjadi tempat sambutan Hari Kemerdekaan setiap tahun.

Bangunan bersejarah ini berusia lebih 100 tahun. Disini juga buat pertama kalinya bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikkan pada tengah malam 31 Ogos 1957.

Selain daripada Dataran Merdeka, terdapat pelbagai bangunan bersejarah di seluruh Malaysia. Dengan mengunjungi tempat-tempat bersejarah yang menarik ini, Mama dan Papa dapat menceritakan sejarah-sejarah Malaysia pada anak-anak.

#3 Menyertai Pertandingan Kemerdekaan

Kredit gambar: Buletin Mutiara

Menjelang hari kemerdekaan, terdapat pelbagai pertandingan yang akan dianjurkan sama ada di sekolah atau seluruh negara untuk menunjukkan kesatuan rakyat Malaysia. Pertandingan mewarna, pantun, puisi, menyanyi dan macam-macam lagi dianjurkan di pelbagai platform untuk Mama dan seisi keluarga sertai.

Mama cuma perlu menggalakkan anak-anak untuk turut serta dalam pertandingan ini. Pertandingan ini selalu diiklankan di Facebook, Instagram dan TikTok. Menangi hadiah menarik Mama cuma perlu tunjukkan pada anak-anak dan menangi pelbagai hadiah menarik.

#4 Hiasi Rumah Dengan Jalur Gemilang

Aktiviti apakah yang lebih menarik daripada menonton filem? Menghias rumah lah! Untuk menunjukkan semangat patriotik, hiaskan rumah Mama dengan bendera Jalur Gemilang.

Malah bukan sahaja rumah, kereta pun boleh dihiasi dengan bendera. Bendera Malaysia dan bendera negeri merupakan antara hiasan wajib untuk dihiaskan di rumah.

Tak lupa juga poster dengan wajah-wajah tokoh yang berjuang untuk kemerdekaan negara. Kata-kata patriotik daripada tokoh-tokoh ini juga boleh dijadikan poster hiasan dinding yang menarik untuk menghiasi rumah Mama!

#5 Melawat Perarakan Hari Merdeka

Kredit gambar: Shutterstock Mohd Zaki Shamsudin

Setiap tahun sejak 1957, memang terdapat perarakan hari Kemerdekaan. Cuma waktu pandemik ia dianjurkan kecil-kecilan sahaja dan hanya boleh menontonnya di siaran langsung pada TV dan juga media sosial.

Tetapi tahun ini Mama Siti pasti sambutan kemerdekaan akan menjadi sangat meriah. Ramai ibu bapa akan membawa anak-anak mereka melihat pelbagai budaya di perarakan kemerdekaan ini.

Antara yang menarik adalah perarakan daripada anggota awam, paparan grafik manusia, bersama-sama dengan persembahan beramai-ramai oleh ahli-ahli Soka Gakkai Malaysia, serta pelbagai perarakan daripada pelbagai kaum dan bangsa.

“Seseorang mencintai negara mereka, bukan kerana negara itu hebat, tetapi kerana itu adalah milik mereka sendiri.”

– Seneca

Haaa, amacam Mama? Rupanya banyak aktiviti yang boleh dilakukan ketika cuti Hari Kebangsaan ini. Mama jangan lupa untuk cuba aktiviti-aktiviti menarik bersama keluarga ini dan mana tahun, tahun-tahun yang akan datang pun boleh buat sebagai family tradition setiap tahun. Biar sambutan kemerdekaan tahun ini lebih meriah daripada tahun-tahun yang lain!