KelabMama

9 Aktiviti Menarik Bersama Bayi & Kanak-Kanak Semasa Cuti Persekolahan

Busy lah, kami berdua ni bekerja. Tak boleh nak layan sangat aktiviti cuti sekolah anak.”

Eh, jangan begitu Papa dan Mama! Rugi tau jika parents tak memanfaatkan masa dengan anak-anak.

Ketika usia kecil ni lah saatnya untuk kita eratkan hubungan dengan mereka. Ia bukan sekadar mencipta kenanagan semata-mata, tapi bagi Mama Siti, terlalu banyak kelebihan bila parents rajin meluangkan masa dengan anak.

Bayangkan bila dah besar, masing-masing mulai ada komitmen dan aktiviti mereka sendiri. Waktu tu dah pandai keluar buat hobi dengan kawan-kawan, dah duduk di asrama, mula nak bekerja dan tinggal di rumah sewa. Tanpa sedar anak-anak semakin jauh dan mulai nak membina keluarga sendiri masa tu.

Sebab itu lah di fasa usia kecil sehingga ke sekolah menengah, selagi anak masih menetap dengan parents, cuba usaha sebaik mungkin untuk cipta family time. Sebulan sekali pun okay.

Kalau tak sempat, masa cuti sekolah lah waktu paling terbaik supaya anak-anak rasa aktiviti cuti panjang ni adalah waktu yang menyeronokkan bagi mereka.

Rindu Zaman Kanak-kanak

Mama Siti rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman rakan sekeliling yang kita kenal daripada pelbagai latar belakang.

Berbeza dengan rakan-rakan sekampung, setiap kali waktu cuti sekolah memang paling menyeronokkan untuk kami semua. Dah mulai rancang setiap petang nak ke rumah A, esok rumah B, lusa rumah Mama Siti pula dan begitulah bergilir-gilir.

Apa kami buat? Main pondok-pondok, lumba basikal, buat rumah atas pokok dan macam-macam lagi permainan kanak-kanak dahulu.

Pendek kata, aktiviti cuti sekolah memang excited even parents kami tak bawa jalan-jalan!

Namun, bila masuk ke universiti, bertemu dengan rakan pelbagai latar belakang, rupanya baru Mama Siti tahu tak semua daripada kita mempunyai zaman kanak-kanak hampir sama.

Kebanyakkan classmate Mama Siti berasal dari KL yang mana parents busy kerja. Bila berbual-bual, cuti sekolah mereka hanya lepak di rumah main playstation, gadget dan macam-macam lagi aktiviti indoor. Tak dibenarkan bermain di luar sebab tahap keselamatan sangat bahaya.

Jauh bezanya dengan childhood memory Mama Siti. Dan semakin maju dunia hari ini, maka semakin tinggilah risiko kanak-kanak meskipun yang menetap di kampung.

Hampir semua ibu bapa zaman kini struggle bekerja. Kurang masa dengan anak.

Namun sebagai parents, apa yang Mama Siti boleh katakan adalah, kerja tak akan pernah selesai selagi kita berusaha untuk memberikan kemewahan untuk keluarga.

Pengorbanan ibu bapa untuk membesarkan anak. Namun, dalam kesibukan bekerja, sesekali carilah masa untuk cipta family time. Jika kita tak ambil peluang untuk rapatkan bonding dengan anak ketika kecil, mereka akan mulai cari aktiviti sendiri.

Bila anak dah biasa dengan aktiviti sendiri, keterujaan untuk bersama parents pun makin berkurang. Mungkin kalau Mama Papa ajak pergi mall pun mereka tak excited nak ikut sebab seronok main handphone di rumah.

Kesan daripada itu, anak-anak juga akan mulai cipta tingkah laku tersendiri sebab banyak terperap di rumah, kurang berkomunikasi dengan parents sekaligus menjadikan hubungan kekeluargaan pun hambar.

Sebab itu lah pentingnya meluangkan masa dengan anak meskipun sibuk bekerja. Maka, sebab itulah jangan lepaskan peluang untuk buat aktiviti bersama setiap kali cuti sekolah.

Papa dan Mama boleh berbincang untuk ambil cuti beberapa hari bagi melakukan aktiviti menarik dengan anak-anak.

Jadi apa yang sesuai nak buat yerr ketika cuti sekolah nanti? Jom lihat senarai aktiviti Mama Siti cadangkan!

Jenis Aktiviti Yang Boleh Dicipta Bersama Keluarga

1. Bercuti bersama keluarga

Ini semestinya aktiviti menarik yang paling popular tatkala menjelangnya cuti sekolah. Biasanya ibu bapa memang berebut mencari tempat-tempat menarik untuk bercuti.

Selain menggembirakan anak-anak, travel juga boleh menenangkan minda Mama dan Papa.

Asyik sibuk bekerja, masa cuti sekolah ni lah peluang terbaik untuk anda berdua release stress daripada fikirkan tentang kerja dan luangkan masa dengan anak-anak.

Mungkin bercuti untuk tiga ke empat hari pun dah memadai untuk seisi keluarga. Namun pastikan masa tu semua orang termasuk Mama dan Papa tak ada yang hadap gadget, bercakap soal kerja termasuklah jauhkan sebarang panggilan berkaitan kerja.

Habiskan masa sebaiknya dengan keluarga sebab bila dah habis cuti, komitmen Papa dan Mama juga akan terganggu selain stress akibat kerja.

Masa tu, mesti sedikit jauh dengan anak-anak. So, yang lebih baik adalah manfaatkan sebaiknya waktu family time anda.

2. Pulang ke kampung

Aktiviti pulang ke kampung tentu menjadi perkara paling menarik untuk anak-anak. Biasanya datuk dan nenek memang excited layan cucu bawa berjalan dan pergi ke dusun.

Selain mengisi kelapangan mereka, anak-anak turut berpeluang untuk lakukan benda yang jarang mereka jumpa

Contohnya pergi ke kebun buah-buahan. Kalau nasib baik tengah musim buah, boleh kutip buah sekali. Sambil bawa bekal, nikmati juadah makanan di kebun dan datuk pula bakar sampah kecil untuk halau nyamuk.

Seronok sebenarnya aktiviti sebegini. Mama Siti yakin, ia adalah benda baharu untuk anak-anak cuba.

Selain itu, kebaikan bila pulang ke kampung ni tentulah dapat merapatkan silaturrahim. Malah, kalau Mama dan Papa tak berpeluang cuti lama, boleh tinggalkan anak-anak di kampung asalkan datuk dan nenek serta anak-anak anda selesa di sana.

3. Aktiviti berkhemah

Ni mungkin tak ramai yang nak cuba. Kalau setiap kali cuti sekolah dah biasa pergi tempat-tempat menarik, cuba kelainan kali ini dengan membuat aktiviti perkhemahan.

Zaman sekarang dah tak susah. Tak payah pacak khemah atau sampai nyalakan unggun api pun, anda sekeluarga tetap berpeluang merasai aktiviti camping.

Untuk yang membawa keluarga, mungkin aktiviti sebegini sesuai jika dilakukan di tapak-tapak glamping.

Lebih mudah sebab toilet disediakan, tempat bbq pun ada dan pelbagai lagi faciities boleh diakses.

Walaupun tak merasai pengalaman berkhemah yang sebenar seperti pacak khemah dalam belukar, mandi di sungai, pada Mama Siti tu lebih sesuai untuk mereka yang dewasa dan more to adventure.

Untuk yang nak rasa pengalaman perrcutian berbeza ditambah pula dengan anak-anak kecil, tapak glamping dah cukup menggembirakan seisi keluarga.

4. Pergi ke tempat bersejarah

Peruntukkan tempoh cuti selama beberapa hari dengan membawa anak-anak ke tempat bersejarah.

Muzium pun boleh, cuma pada Mama Siti, sewaktu tempoh cuti sekolah ni, Papa dan Mama boleh jejaki tempat bersejarah yang besar seperti negeri Melaka misalnya atau lokasi negeri lain yang menyimpan kisah-kisah sejarah.

Ia sesuai untuk pengetahuan anak-anak. Sediakan sebuah itinerary yang menuju ke lokas-lokasi bersejarah jerr di sepanjang waktu percutian tu.

Berbanding bercuti sambil mandi di pantai atau kolam di hotel, mungkin boleh cipta tema percutian kali ini kepada menjejaki sejarah kaum yang ada di situ. Pasti menyeronokkan selain meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak.

5. Berkarya bersama anak-anak

Berkarya seperti mencipta lagu, bermain muzik atau melukis boleh dijadikan sebagai aktiviti cuti sekolah.

Ini boleh dilakukan di rumah jerr Mama. Mungkin kedengaran biasa, tapi apa kata Mama jadikan ia lebih menarik.

Contohnya beli alatan mewarna yang baru. Kalau anak-anak tak pernah painting guna water color, masa ni lah boleh belikan untuk mereka.

Atau mungkin painting atas cermin macam yang viral sekarang ni. Mesti aktiviti family time cuti sekolah-sekolah anak jadi menarik dan tak membosankan.

6. Cipta mini garden

Kalau rumah ada laman, mungkin inilah masanya untuk memanfaatkan dekorasi landskap.

Adakalanya Mama dan Papa tak sempat nak tanam pokok atau jaga laman kan. Masa cuti sekolah ni, jom buat aktiviti cipta mini garden di sebelah rumah tu.

Tak semestinya tanam pokok atau nak nampak dekorasi cantik semata-mata, ia lebih pada pengetahuan dan pembelajaran baharu untuk anak-anak.

Mama dan Papa boleh belikan pot kecik yang sesuai dan ajak anak-anak tanam sayur taugeh ke atau apa-apa tumbuhan yang tak memerlukan masa sampai berbulan-bulan.

Biar anak teruja tengok pokok atau sayuran mereka membesar. Kalau yang sesuai dimasak, mesti anak-anak teruja nak makan sayuran yang ditanam sendiri.

Masa ni Mama dan Papa pun tak risau sangat sebab tiap kali anak hilang, percayalah mereka ada jerr kat laman rumah tengah tengok progress tanaman mereka.

Mama Siti percaya, mesti hari-hari nak tengok pokok berkembang elok ke tak, makin tinggi ke. Aktiviti berkebun ni memang bagus sebab secara tak langsung, kita juga dedahkan anak dengan alam.

7. Teroka tempat-tempat baharu

Pergi ke tempat baharu yang boleh memberikan pengalaman menarik. Tak semestinya di luar negara, mungkin Mama dan Papa boleh bawa anak bercuti di kawasan kampung dan join aktiviti di perkampungan tu.

Tak tau macam mana nak mula? Ada jerr kawasan-kawasan desa menyediakan tempat pelancongan untuk pengunjung yang datang ke kampung mereka, Mama Papa cuma buat research jerr dulu.

Di situ, penduduk akan ajak pengunjung sertai aktiviti menarik di kampung mereka. Macam contoh yang Mama Siti tahu, ada kampung buat perusahaan kerepek, naik bot menyusuri sungai untuk lihat tangkapan kupang.

Dan ada juga yang buat kebun sayur di kampung. Maka penduduk banyak usahakan sayuran di situ sambil memperkenalkan aktiviti berkenaan pada pelancong.

Bukankah ia suatu yang menarik untuk diperkenalkan pada anak-anak anda sewaktu cuti persekolahan ni?

8. Cipta game menarik

Cuba create satu aktiviti sesuai untuk anak-anak di rumah. Contohnya macam pertandingan hias bilik siapa yang paling cantik.

Atau kalau anak-anak boleh guna oven, Mama boleh suruh anak-anak hasilkan muffin dan nanti Mama dan Papa jadi juri muffin siapa paling sedap.

Tak pun, adakan pertandingan lukisan siapa paling cantik dan sebagainya.

At least tak lah anak-anak borng menghadap gajet jerr kat rumah. Mungkin mereka teruja sepanjang hari masa Mama Papa kerja tu, anak-anak sibuk siapkan tugasan diberikan.

9. Perkenalkan anak game tradisional

Cuba ketengahkan kepada anak-anak budaya asli tradisional. Pasti anak-anak seronok dan teruja nak cuba benda baharu ni.

Malah, ia sekaligus mendedahkan kehidupan masyarakat zaman dahulu yang tiada gajet, televisyen dan sebagainya kepada golongan generasi kini.

Sambil perkenalkan mainan tu, Mama Papa bolehlah cerita bagaimana kreatifnya orang lama mencipta pelbagai permainan untuk isi masa lapang.

Antara game sesuai dicuba seperti permainan congkak, cipta wau, bermain batu seremban atau permainan teng-teng (lompat-lompat).

Malah, kalau dilihat kebanyakkan permainan zaman dahulu menggunakan ketajaman minda, skill, kemahiran social yang mana ia penting untuk semua tumbesaran kanak-kanak.

Kesan Kepada Anak-anak

  1. Mengeratkan bonding kekeluargaan.
  2. Membina kreativiti anak-anak.
  3. Meningkatkan kemahiran bersosial dan kognitif.
  4. Mengurangkan tahap kebergantungan gajet dan seumpamanya kepada anak-anak.
  5. Memberikan kesihatan mental anak-anak (mengurangkan stress).
  6. Anak-anak berpeluang terokai banyak benda baharu.

Tak kisahlah walau sehari atau hanya pada hujung minggu, pastikan Mama Papa luangkan masa untuk anak-anak. Tepikan kerja dan hal duniawi, kerana keluarga itu lebih penting.

Selamat bercuti!


Untuk pelbagai info dan tips keibubapaan, Mama Papa boleh lihat di SINI!