KelabMama

Lebih Jimat & Menarik! 5 Aktiviti Dengan Menggunakan Kulit Telur Mama Boleh Cuba Bersama Anak

Mesti ramai tak sangka yang telur ni bukan hanya enak dimakan, tapi kulitnya juga boleh dimanfaatkan dengan membuat beberapa aktiviti kreatif.

Meskipun ia nipis dan fragile, tetapi kelongsong yang sering dibuang itu sebenarnya mampu diolah menjadi suatu bentuk permainan menarik kepada si kecil.

Hmm, macam mana tu? Jom lihat antara manfaat dan aktiviti dengan menggunakan kulit telur dalam merangsang minda dan skill anak-anak Mama!

1. Acuan

Kredit gambar: Tik Tok Ibu Ana

Berdasarkan perkongsian di Tik Tok Ibu Ana, aktiviti yang boleh dimanfaatkan melalui kulit telur adalah menggunakan bahan buangan itu sebagai acuan ais.

“Alah, kalau acuan boleh jek beli bekas silicone.”

Beza tu Mama, dengan menggunakan kulit telur, anak-anak turut belajar kopek kulit telur sekaligus mewujudkan pelbagai kemahiran. Kaedahnya adalah seperti berikut:

  1. Gunakan kulit telur yang hanya dipecahkan sedikit di bahagian atas.
  2. Simpan mainan yang muat dengan kelongsong.
  3. Tuangkan air dalam acuan tadi and ready to freeze.

Lepas kulit telur dah cukup beku, barulah ajak anak main. Caranya dengan mengajar mereka untuk kopek kulit telur kemudian cairkan ais tu bagi mengeluarkan mainan tadi. Masa aktiviti cair ais, Mama boleh tolong dengan ajar mereka tuang air suam so si kecil akan faham haba panas boleh mencairkan benda sejuk lebih cepat.

Walaupun nampak simple, tapi banyak good stimulation terlibat dalam aktiviti ni tau antaranya sensory explosion, bilateral hand condition, sharpen fine motor skill and belajar menyelesaikan masalah.

2. Melukis

Kredit gambar: TikTok Puan Iza

Pernah terfikir tak kulit telur yang kecil pun boleh dijadikan sebagai tempat menconteng si kecil? Boleh Mama!

Seperti perkongsian Puan Iza yang ini, beliau memberikan idea bahawa kreativiti anak-anak boleh diasah melalui aktiviti conteng kulit telur iaitu melukis plelbagai corak.

Berikan kulit telur yang kosong dan biarkan anak bebas conteng nak buat wajah manusia, wajah haiwan atau apa sahaja.

Mesti mereka seronok dan leka sebab tak puas conteng pada sebiji telur. Mestilah nak tambah lagi dan lagi kulit telur tu, bukan? Tak adalah Mama risau kalau anak-anak asyik habiskan masa dengan gajet.

3. Punch

Kredit gambar: TikTok Puan Iza

Selain itu, aktiviti punch dengan menggunakan kulit telur ini juga sangat sesuai untuk anak Mama.

Mama hanya perlu memasukkan kulit telur ke dalam plastik, kemudian, berikan sesuatu yang sesuai untuk anak sebagai alat memukul.

Melalui kaedah ini, ia membantu meningkatkan fine motor skill anak-anak apabila mengetuk dan menggenggam.

4. Puppet

Kredit gambar: TikTok Puan Iza

Selain itu, Mama juga boleh mencuba aktiviti dengan menggunakan kulit telur sebagai puppet, untuk merangsang pertuturan anak kerana mereka pasti akan enjoy dengan aktiviti ini.

Ia pasti akan membuatkan anak Mama gemar bercakap ketika bermain aktiviti ni. Jadi, bagi Mama dengan anak kecil yang mempunyai masalah speech delay atau berat nak buka mulut, haa sangatlah sesuai untuk cuba bermain aktiviti ini kan!

5. Untuk Suburkan Tanaman

Eh bukan untuk anak-anak sahaja, kulit telur pun bermanfaat untuk Mama yang sukakan aktiviti berkebun tau! Caranya adalah dengan menghancurkan kulit telur tadi, kemudian taburkan ke atas tanah yang digunakan untuk tanaman tadi.

Melalui perkongsian daripada My Resipi:

Haa, siapa kata kulit telur tiada manfaat? Okey lepas ni Mama dah bolehlah mula kumpulkan kulit telur. Daripada dibuang begitu sahaja, sayangkan?


Untuk pelbagai tips dan perkongsian menarik mengenai aktiviti DIY yang kreatif, boleh klik di SINI!