KelabMama

5 Aktiviti Bersama Bayi Baru Mama yang Membantu dalam Perkembangan Mereka

Mama baru melahirkan cahaya mata? Wah, tahniah Mama! Pertama kali bergelar ibu pasti membuatkan Mama kekok dan banyak ilmu yang perlu digali.

Tahukah Mama, meskipun masih dalam fasa newborn, namun si kecil tidak seharusnya dibiarkan berjaga dan bermain seorang diri. Terdapat beberapa aktiviti sesuai untuk dilakukan bersama mereka.

Eh, yeke? Tapi tengok baby macam tidur, feeding atau termenung jerr. Macam mana nak ajak dia bermain?” Sebenarnya, ada beberapa aktiviti sesuai untuk rangsang perkembangan mereka tau, Mama.

Tak semestinya dengan aktiviti bermain jerr. Walaupun masih dalam kategori newborn iaitu berusia antara 0-3 bulan, namun terdapat kaedah tepat bagi mengasah skill si kecil untuk membantu penyerapan mindanya.

Penting ke sebenarnya rangsang minda baby yang masih kecil ni? Ya Mama, penting dan perlu!

Memetik kata-kata oleh Pakar Sakit Puan dan Perbidanan, Datuk Dr. Hamid Arshat, tahun pertama adalah sangat penting bagi perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan intelektual seseorang bayi.

Mereka yang terdedah pada persekitaran penuh rangsangan minda berpotensi menjadi anak pintar. Justeru, di sinilah peranan besar Mama dan Papa dalam mewujudkan suasana sedemikian.

Mulakan aktiviti merangsang otak bayi sejurus ia lahir. Rangsangan di dalam rahim pula harus dimulakan sejak bayi dalam kandungan berusia lima bulan.

Menurut Dr. Hamid, jika ibu bapa gagal merangsang perkembangan mereka, bayi mungkin kerugian peluang keemasan untuk mendapat otak yang berpotensi menjadi genius.

Tambah beliau, seseorang manusia berusia antara kosong hingga tiga tahun merupakan waktu kritikal bagi pertumbuhan minda mereka dalam menentukan pencapaian kecerdasan otak yang cemerlang di masa hadapan.

Sekiranya bayi menerima rangsangan yang tinggi sehingga mencapai usia berkenaan, hasilnya ikatan hubungan antara ibu bapa dan anak akan menjadi kukuh berlandaskan kemesraan dan kasih sayang.

Tak ada idea untuk lakukan aktiviti yang boleh merangsang minda newborn? Jom lihat senarai perkara yang boleh dilakukan antara parents dan baby.

Jangan risau Mama Papa, rangsangan untuk bayi baru lahir sangat mudah dan tak membebankan anda berdua langsung.

1. Berinteraksi

Jadikan aktiviti berbual dengan bayi sebagai rutin harian dan kebiasaan kita bersama mereka. Walaupun mungkin terdapat segelintir masyarakat pelik melihat Mama dan Papa bercakap dengan bayi, tapi tak perlu risau sebabnya bercakap dengan bayi ni adalah perkara yang normal.

Menurut Prof. Erika Hoff, seorang Ahli Psikologi Perkembangan di Florida Atlantic University, kanak-kanak tidak dapat belajar apa yang mereka tidak dengari.

Maka, parents harus bercakap dengan bayi dan anak kecil sepertimana bercakap dengan orang dewasa (berserta kata hubung, kata adjektif dan sebagainya) agar mereka mendapat input bahasa yang sewajarnya.

Mindanya yang sedang pesat berkembang perlu diberi rangsangan bahasa semaksimum mungkin agar potensinya untuk bertutur dapat digilap oleh ibu bapa.

Walaupun belum ada sebarang respond, namun kita tetap disarankan untuk berbual dengan mereka seawal bayi lagi. Apabila bayi mendengar perkataaan yang disebut oleh ibu bapa, ianya akan disimpan di dalam memori mereka dan akan digunakan oleh mereka untuk bertutur apabila tiba masanya kelak.

2. Membaca Buku

Ini antara aktiviti popular antara parents dan baby cuma Mama Siti yakin ramai antara kita tak ambil peluang untuk membaca buku dengan si kecil sebab anggap mungkin tak ada manfaat kan? Eh, silap tu Mama!

Tahu tak, aktiviti ini sebenarnya meningkatkan lag perkembangan minda si kecil lantaran melibatkan deria penglihatan dan pendengaran.

Membacakan buku cerita kepada baby boleh membantu mereka mengenal visual dan memahami mana gambar, mengenal pasti dan meniru bunyi, serta mempelajari perkataan baru.

Walaupun si kecil mash tak faham dengan aktiviti yang kita lakukan, tetapi secara tidak langsung Mama juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa dan pertuturan mereka kelak. Kita sebenarnya sedang melatih si anak untuk berinteraksi dan berkomunikasi apabila bercerita kepadanya.

Lagi bagus kalau Mama bacakan buku cerita sambil disertakan lakonan Ini ternyata lebih baik kerana penjiwaan itu dapat dirasakan ole anak dan penting untuk menyokong pembentukan emosi dan sosial.

See! Banyakkan perkara positif yang terbina hasil daripada aktiviti membaca jerr.

3. Rangsangan Sentuhan

Perasan tak newborn suka mengenggam jari-jemari orang dewasa. Tahukah Mama sebenarnya tindakan mereka itu sebab sedang belajar mengetahui benda di sekelilingnya. Ketika fasa berkenaan, penglihatan belum jelas, maka segalanya diketahui melalui sentuhan jerr.

Ketika inilah segala sel otak si kecil berhubung sebab sedang belajar merasai benda-benda yang disentuh tadi. Maka, inilah masa terbaik Mama rangsang minda mereka dengan menggalakkan pelbagai sentuhan selain jari anda sahaja.

Berikan si kecil handkerchief yang berbeza tekstur fabriknya untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir. Sesekali, biarkan mereka genggam lampin, handkerchief, blanket mereka, jari individu dewasa dan pelbagai lagi barangan yang selamat.

Teether juga boleh digunakan, namun untuk usia bayi kurang sebulan, memegang teether agak sukar sebab jarinya masimh terlalu kecil dan cengkaman belum begitu kuat.

Biarkan mereka pegang barangan ringan dan selamat yerr M\ama. Tak semestinya toys sahaja.

Sebab ketika tempoh ini, segala perkara yang disentuh akan menimbulkan persoalan di minda mereka sekaligus meniadikan mindanya aktif berfikir.

4. Rangsangan Penglihatan & Pendangaran

Tidak hanya membaca buku, nak rangsang deria penglihatan dan pendengaran bayi juga boleh dilakukan dengan aktiviti beriadah ke taman.

Melihat alam semulajadi sambil mendengar kicauan burung atau deruan ombak adalah perkara yang sangat baik untuk setiap orang termasuklah bayi.

Manusia dan alam itu saling memerlukan. Malah, pakar sendiri menyarankan jika mahu jadikan seorang kanak-kanak itu lebih sihat minda dan fizikal, grounding session adalah jawapannya.

Begitu juga untuk newborn yang mahukan mencapai rangsangan minda yang sihat, bawalah mereka nikmati nature.

Banyak aktiviti dengan alam boleh dilakukan tau Mama contohnya membenarkan jari mereka menyentuh daun-daun yang selamat di taman.

Letakkan tapak kaki mereka dengan rumput atau pasir. Semua ini akan mengalirkan satu energy positive daripada alam kepada manusia sendiri termasuk baby.

5. Tummy Time

Akademi Paediatrik Amerika (AAP) telah menyarankan aktiviti tummy time dibuat sejurus Mama dibenarkan keluar dari hospital.

Awal, kan? Aktiviti ini boleh dilakukan selama 15 minit sehari dan wajib dipantau oleh parents. Jika Mama nak ke tandas atau ke dapur, pastikan Mama mengubah posisi si kecil kepada keadaan terlentang terlebih dahulu.

Aktiviti tummy time boleh dianggap sebagai senaman awal untuk bayi. Ia merupakan satu aktiviti di mana si kecil akan diletakkan dalam posisi meniarap ketika mereka dalam keadaan terjaga.

Aktiviti ini boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada si manja dan reaksi bayi juga berbeza-beza mengikut usia dan keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan kepala. 

Mungkin ada di antara si manja yang menangis teresak-esak dan ada juga yang membebel sendirian ketika diletakkan dalam posisi tersebut.

Walau apa pun, aktiviti ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri seperti:

6. Urutan

Urutan bayi yang dilakukan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang bukan sahaja bagus untuk perkembangan kesihatan bayi tapi mengukuhkan lagi bonding bersama parents.

Bukan setakat untuk memastikan bayi sihat dan gembira tetapi urutan ini juga satu sentuhan kasih sayang yang indah. Urutan bayi merangkumi pelbagai teknik urut seperti komunikasi, eye contact dan lain-lain tingkah laku positif.

Menurut laporan Harian Metro, kekerapan sentuhan ke atas bayi dapat bantu rangsang otak mereka. Bukan Mama saja perlu berurut masa pantang, bayi pun digalakkan untuk berurut sama.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Untuk lebih info tentang perkembangan si manja anda, boleh klik di SINI!