KelabMama

“Tengok TV Kira Aktiviti Bersama Anak-Anak Ke?” Jelas Pakar Kanak-Kanak Tentang Aktiviti Untuk Tingkatkan Kemahiran Mereka

Apa aktiviti yang sering Mama lakukan untuk bermain dengan anak-anak? Ha, dengar sini Mama Siti nak beritahu, jika Mama jawab “tengok TV” bersama mereka, maka itu bukanlah aktiviti yang menarik untuk luangkan masa bersama! Mama Siti faham, aktiviti perlukan masa dan juga duit, namun ada juga aktiviti yang boleh dilakukan anak-anak yang tidak memerlukan sumber kewangan yang banyak dan hanya boleh dilakukan di rumah sahaja.

Sebab itulah Mama Siti mahu kongsikan tips daripada Dr Redza ini! Ikuti perkongsian doktor ini tentang aktiviti apa lagi yang boleh dilakukan di rumah bersama anak-anak.

Mari baca dengan lebih lanjut di bawah.

Pegang Pensel Sekali-Sekala Je?

Apa lagi aktiviti bermain yang puan buat dengan anak di rumah?” tanya saya.

Lama juga ibu ni berfikir. Saya sabar menunggu jawapan.

“Saya main masak-masak dengan dia. Saya tengok TV dengan dia.”

“Puan, tengok TV tak dikira sebagai bermain dengan anak.”

Dah 2 kali saya bertanya, jawapan dia tetap sama. Entah kenapa tengok TV dikira bermain dengan anak.

Aduh kesian pula dengan budak ni. Usia 3 tahun setengah, cuma tahu 13 perkataan je. Pegang pensel pun kekok. Rupanya pernah pegang pensel sekali dua je. Allahu.

5 Aktiviti Menarik Untuk Anak-anak Yang Boleh Dilakukan di Rumah

Jadi saya pun cadangkan beberapa aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak atas usia 2 tahun ni:

1. Cabut dan tampal sticker pada kertas besar atau dalam buku kosong. Anak saya suka sticker Little Pony, ada yang suka sticker kartun kereta.

2. Ajar anak tendang bola masuk dalam gol. Gol tu boleh guna kerusi.

3. Bina menara guna blok kayu/plastik dan kemudian robohkan guna bola.

4. Tiup buih sabun dan minta anak kejar untuk letupkan buih.

5. Sembunyikan batu dalam playdough. Anak kena kopek playdough sampai jumpa batu-batu besar tu.

Oh macam tu rupanya! Banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dilakukan untuk enhance lagi kemahiran anak-anak kita. Yang penting adalah penglibatan kita bersama anak-anak dalam melakukan aktiviti di atas. Barulah anak-anak lebih cepat belajar dan gembira bersama kita.

Jangan pula anak asyik bermain, Mama atau Papa asyik bersama telefon masing-masing. Libatkan diri Mama dan Papa dalam aktiviti mengenal huruf, mewarna, melukis, dan banyak lagi supaya anak-anak cepat mengusai pelbagai kemahiran. Terima kasih Dr Redza kerana memberi tips tentang aktiviti-aktiviti menarik ini!

Kredit: Twitter Dr Redza Zainol