KelabMama

Aksi Baby Standing Mengundang Padah, Pelakon Paskal Ditegur

Aksi Baby Standing Mengundang Padah, Pelakon Paskal Ditegur

Siapa saja yang tak kenal pelakon popular filem Paskal, Hairul Azreen Idris? Mama Siti dulu peminat dia la time Hairul berlakon filem Paskal dulu. Tapi sekarang dah tak jadi peminat dah bila Hairul kongsi video baby standing anak perempuannya, Alisa Aisyah di laman Instagram.

Takut Mama Siti tengok video tu. Mana taknya, baby Alisa baru 4 bulan, tulang baby masih lembut dan Hairul Azreen buat aksi baby standing pula. Memang ramai yang puji kebolehan baby Alisa, dapat berdiri dengan sendiri tapi aksi ini turut mendapat reaksi dari Angkasawan Negara merangkap Pakar Bedah Ortopedik, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar.

Rakam Baby-Standing Alisa

Aksi baby standing yang dilakukan oleh Hairul Azreen ini bukannya first time! Hairul juga pernah berkongsi video penggunaan teknik yang sama terhadap anak sulungnya, Yusuf Iskandar ketika masih bayi. Kali ini, pelakon popular filem Paskal tersebut telah menggunakan teknik baby-standing yang sama dengan anak keduanya yang comel, iaitu Alisa Aisyah.

Dapat Komen Dari Dr. Syeikh Muszaphar

Dr. Sheikh Muszaphar meninggalkan komen dimana beliau menegur aksi tersebut tidak sesuai dilakukan kepada bayi kerana ia boleh menyebabkan bahagian lutut bengkok.

Jelasnya lagi, bayi hanya akan bersedia untuk berdiri sendiri apabila otot dan tulangnya sudah cukup kuat. Dalam pada itu, Dr. Sheikh Muszaphar turut menasihatkan kepada orang ramai agar tak melakukan aksi tersebut pada anak mereka.

Bagaimanapun, tindakan Hairul Azreen memadam komen Dr. Syeikh Muszaphar di ruangan entri tersebut lebih mengejutkan orang ramai. Yalah, komen dari doktor kan? Kenapa tak padam keseluruhan post itu saja? Susulan itu, ramai yang mengecam tindakan Hairul serta menyifatkan pelakon itu tak boleh terima teguran.

Saya bimbang melihat Hairul buat anak dia berdiri atas kaki apabila anak perempuannya itu belum cukup kuat. Ia mungkin akan menyebabkan lutut menjadi bengkok selepas ini.

Beliau mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Hairul itu adalah ‘mengunci‘ lutut Alisa untuk membuatkannya berdiri. Keadaan itu akan ‘mengikat’ lutut di kemudian hari jika dilakukan apabila bayi tidak bersedia atau terlalu awal.

Komen yang ditinggalkan oleh Dr. Syeikh Muszaphar setelah melihat video baby standing Alisa.

Selari dengan peninggalan komen Dr. Sheikh Muszaphar, ada juga dalam kalangan pengikut laman media sosial yang meminta penjelasan lanjut mengenai ‘baby standing‘.

Aksi baby standing itu menjadi perbualan netizen di laman Twitter apabila pelakon berkenaan didakwa memadam teguran di video tersebut.

Kenyataan Dari Public Health Malaysia

Bukan saja angkasawan negara, video ini turut dapat perhatian dari Public Health Malaysia dimana mereka telah memuat naik satu kenyataan di laman Facebook:

Jika anda sayangkan anak, hentikan membuat aksi mengundang padah ini. Bayi hanya akan berdiri apabila otot dan tulangnya telah kuat.

Melakukan aksi sebegini mengakibatkan tekanan kepada tulang kaki dan lutut , menyebabkan risiko tulang kaki membengkok.

Sekiranya bayi terjatuh, jisim kepala yang lebih berat akibatkan bayi jatuh dalam posisi terjunam. Kecederaan kepala yang serius boleh berlaku.

Bapa yang hebat, tidak perlu menunjukkan betapa sado otot mereka. Cukup dengan melindungi dan menjaga keselamatan anak.

Sumber:  SirapLimau, Hairul AzreenPublic Health

BACA JUGA 6 BENDA JANGAN BUAT PADA BAYI BARU LAHIR

Pesan Mama Siti:

Tak ada salahnya jika kita ambil nasihat atau teguran daripada mereka yang pakar atau berpengalaman jika perkara itu untuk mendatangkan kebaikan. Yalah, Dr. Syeikh Muszaphar pun bukan calang-calang orang. Tapi tak apa, kita husnuzon. Agaknya, pelakon Paskal itu ter’delete’ komen tersebut, bukannya sengaja. Ha, gitu… Apa-apa pun, mamakena ingatkan suami, jangan buat macam ni kat anak mama. Doktor dah bagi amaran, kita ikutkan saja yang lebih tahu!