KelabMama

Akibat ‘Walker’ Terlajak ke Tengah Jalan, Bayi Maut Digilis Treler

Ada kebaikan dan keburukan juga bila gunakan walker ni. Kalau guna dalam rumah tak apa lagi. Tapi kalau dah sampai luar rumah memang berisiko. Si kecil tak tahu apa-apa. Tersilap langkah walker boleh terlajak sehingga menyebabkan kemalangan. Allahu.

Mama Siti faham dah jadi kebiasaan bagi mama kalau nak buat kerja rumah akan meletakkan anak dalam walker. Kalau tak memang susahlah nak bergerak melainkan kalau ada yang menemaninya. Dalam pada tu mama kena berhati-hati juga pastikan pintu rumah tertutup. Jangan sampai walker anak terlepas ke luar rumah ya!

Sedang belajar bertatih

Kejadian ini berlaku di Thailand. Seorang bayi berusia 8 bulan maut digilis sebuah treler 10 tayar apabila walker yang dinaikinya menggelongsor ke tengah jalan di Soi Suksawat 84. Dikhabarkan, bayi itu sedang belajar bertatih.

Pemandu treler itu menghentikan lorinya dan turun mendekati bayi malang itu. Bayi itu maut ditempat kejadian kerana mengalami pendarahan dan cedera parah.

Jalan yang bercerun

Sebelum kejadian itu berlaku, ibu mangsa membiarkan anaknya berjalan di hadapan bangunan rumah kedai mereka yang terletak betul-betul di tepi jalan. Keadaan jalan yang bercerun membuatkan walker bayi malang itu menggelongsor ke tengah jalan. Lori tersebut dikatakan tak sempat mengelak bayi itu lalu menggilis mangsa. Kejadian itu mengejutkan orang ramai yang ada di tempat kejadian.

Bagaimanapun, bermain di dalam mahupun di luar rumah boleh bertukar menjadi tempat paling bahaya untuk bayi dan kanak-kanak. Jangan bersikap sambil lewa atau bertindak hanya bila ada kemalangan je. Sebaliknya, mama papa perlu ambil langkah proaktif untuk memastikan keselamatan anak-anak terjamin.

Ikuti tips ini sebagai langkah keselatan anak di rumah dan untuk elak dari berlakunya sebarang kejadian yang tak diingini.

  1. Jangan sesekali meninggalkan anak sendirian berdekatan dengan air
  2. Jauhkan anak-anak dari bahan pencuci dan kimia
  3. Simpan barang-barang yang tajam dalam laci
  4. Pastikan tempat tidur tak penuh dengan bantal takut lemas
  5. Pastikan suis elektrik ditutup dan lindungi kanak-kanak dari kena kejutan elektrik
  6. Pastikan lantai rumah mama dalam keadaan yang bersih dan bebas daripada objek kecil
  7. Kunci dan pasang alat penghadang pada tingkap, tangga dan pintu

BACA JUGA : PERMAINAN YANG BAHAYA UNTUK ANAK ANDA MAIN

Sumber : Siakap Keli, Line Today

Pesan Mama Siti

Buat mama papa semua, jangan sesekali membiarkan anak-anak bermain sendirian atau duduk atas walker tanpa sebarang pengawasan. Macam-macam boleh berlaku. Mama Siti faham mama nak biarkan anak mama cuba bergerak sendiri atau sebagainya tapi seeloknya dipantau oleh mama atau papa. Jangan bila dah terjadi sesuatu yang tak diingini baru mama atau papa nak bertindak. Lebih baik kita elak sebelum kena 🙂