KelabMama

Akibat Pembuli Jalan Raya, Si Kecil Terpelanting Jatuh Ke Bawah Flyover

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Berita ni betul-betul buatkan hati ini rasa bercampur baur. Sedih, hiba, marah, semua ada. Bayangkan anak kecil yang tak berdosa ini terpelanting keluar dan jatuh ke bawah flyover. MasyaAllah! Ini semua berpunca dari sikap pemandu kereta mewah yang memandu dengan bahaya sehingga mengakibatkan kemalangan yang membabitkan sebuah keluarga. Yang paling kejam, dia telah lari meninggalkan keluarga itu dalam keadaan cedera!

Dimanakah sikap bertimbang rasa si pembuli jalan raya ni hingga anak yang tak bersalah, yang baru nak kenal dunia menjadi mangsa disebabkan sikapnya yang pentingkan diri sendiri.

Mengikut laporan daripada pihak polis, kereta perodua Kenari yang dipandu bapa mangsa, Mohamad Nirzaudy Haiqal hilang kawalan selepas dirempuh dengan sebuah kereta Mercedes dari arah belakang. Pelanggaran itu menyebabkan kereta terbabit melanggar pembahagi jalan, sebelum berpusing sejauh 30 meter dan terbalik di tengah jalan. Allahu.

Suami koma, isteri bertarung nyawa di ICU

Kerana kami sekeluarga tidak sanggop melihat mohamad Nirzaudy Haiqal (abg saya) bertarung nyawa di zon kritikal dan telah berhenti dugupan jantung nya beberapa saat .lalu doc tpaksa mengguna kan mesin penafasan untuk membantu beliau supaya terus bertahan. kini ditukar kan ke wat ICU (KRITICAL) sehingga kini masih koma dan tidak sedar kan diri. Dia Seolah-olah sedang berperang menentukan hidup dan mati. Begitu jga dengan akak ipar saya Wan Nur izzaty bertarung nyawa di wat ICU koma kerana pendarahan terlalu teruk. Namun kami bersyukur ke hadrat ilahi kerana akak ipar saya sudah sedar kan diri hari ini. Tetapi yg membuatkan kami tidak sanggop melihat apa bila sejurus beliau sedar kan diri .

‘Didi’ (sisuami) dimana?. Kemudian ‘Loya’ (anak sulung nya) Dimana? Dan ‘inara’ (anak kedua) dimana?

Terus membukak telapak tangan kiri dan cuba menyampai kan sesuatu melalui tangan kiri seperti surat lalu tangan kanan seperti pen untuk menulis ‘Didi’ (sisuami) dimana?. Kemudian ‘Loya’ (anak sulung nya) Dimana? Dan ‘inara’ (anak kedua) dimana?
Kami sekeluarga terus tunduk lalu berdiam kan diri sambil air mata tidak mampu berenti membasahi pipi. YaAllah sungguh berat dugaan yg kaw terima kak.

Loya selamat menjalani pembedahan, Inara meninggal di tempat kejadian

Loya Al-hamdulillah selamat menjalani pembedahan tengah hari tadi. Akibat kaki nya yg dihempap kereta. Inara!!! Tunggu pak ude dekat syurga ye sayang. . Pak ude tak kan lupa kan senyuman anak syurga. Belum sempat naufal na bermain lari2 dengan awak. Awak dah tinggal kan kami semua. Inara meninggal ditempat kejadian akibat pendarahan dikepala kerana terpelanting dari kereta hingga ke bawah flyover . Sungguh menyayat hati kami sekeluarga. Kami menyayangi arwah bagai kan menatang minyak yg penuh. Bukan kata jentik. Malah nyamok yg cuba menggigit arwah pun kami cuba mengambil bukan tepuk sepaya arwah tidak terkejut ataw sakit. Apatah lagi melihat arwah terpelanting keluar kereta!!! . Sungguh kejam!!

LIHAT LAH PEMBUNUH INARA. Kerana mengguna kan kenderaan import. Rasa hebat . Rasa gagah. memecut laju tanpa menghirau kan pengguna jalan raya yg lain. Hingga melibat kan KEMATIAN anak kecil yg tidak bersalah dan tidah tahu apa2. SUNGGUH KEJAM. Anda melihat kereta abg saya yg di langga. Abg saya memandu sekitar 80kmh.

Berapa laju SIPEMBUNUH ini memandu lalu merempuh kereta abg saya? 

Sehingga arwah terpelanting dari dalam kereta lalu jatuh ke pembahagi jalan sebelah ( bawah flyover)?. 
Hanya Allah yg tahu perasaan kami sekeluarga. Allahu .

Dan dalam masa yg sama. Saya dan keluarga ingin ucapkan ribuan trima kasih kepada hero dan heroin yg telah membantu menganbil arwah inara ditengah jalan lalu hantar ke HSA mengguna kan kenderaan sendiri. Dan yg telah menyelamat kan loya dari tersepit dihempap kereta. Hanya Allah dapat membalas budi dan jasa baik hero dan heroin loya dan arwah inara. Semoga ada sejuta kebaikan untuk kalian amin. 
Semoga abg saya cepat sedar dan sihat seperti sedia kala. Begitu juga dengan akak ipar saya. Amin ya robbal alamin. Loya cepat sihat ya. Nanti boleh main gelongsor dengan naufal dekat rumah pak ude. Jom ramai sedekah kan Al-fatihah untuk anak syurga inara.

SEMOGA PEMBUNUH ARWAH DAPAT HUKUMAN SETIMPAL DENGAN PERBUATAN . SUPAYA TIADA LAGI MANGSA JALAN RAYA LAIN TERBUNUH!!

Sumber : Mohamad Nirzuannudin Anuar 

Pesan Mama Siti

Kadang-kadang bila kita dah berhati-hati memandu kereta tapi masih ada lagi manusia yang pentingkan diri. Sudahnya si kecil yang tak berdosa yang menjadi mangsa kerakusan pembuli jalan raya ni. Apakah yang si pembuli ni fikir sewaktu memecut laju kereta waktu tu? Dah buat kesalahan lepastu nak lari pula. Haih. Mama Siti harap manusia begini akan dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dah dia lakukan. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini. Salam takziah buat keluarga mangsa.