KelabMama

Anak Mama Ada Media Sosial? Anak di Bawah Usia 13 Tahun TAK Patut Ada Akaun Media Sosial Sendiri!

kanak-kanak berusia 13 tahun TAK patut ada akaun media sosial

Ramai parents tak sedar bahawa anak-anak yang berumur di bawah usia 13 tahun dan mempunyai akaun media sosial adalah SALAH! Mereka sebenarnya telah menyalahi garis panduan memiliki akaun media sosial, lagi-lagi apabila media sosial sekarang senang untuk diakses oleh mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan Mama Papa untuk pastikan anak-anak yang berusia DI BAWAH USIA 13 TAHUN TIDAK MEMILIKI SEBARANG AKAUN MEDIA SOSIAL.

Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi berkata dalam satu kenyataan, pihak MCMC telah mendapati bahawa kanak-kanak yang berusia bawah 13 tahun TIDAK SESUAI menggunakan mana-mana media sosial. Malah, kebanyakan syarat platform yang ada juga tidak membenarkan mereka memiliki akaun media sosial.

Mana-mana sahaja media sosial termasuk TikTok, Facebook, Instagram atau mana-mana akaun media sosial tidak dibenarkan untuk anak-anak di bawah 13 tahun memilikinya.

“Sekiranya ada anak-anak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial, ibu bapa tolong maklum kepada saya, MCMC. Kita akan shut down (tutup) akan tersebut,”katanya.

Jelas beliau lagi, isu mengenai pemilikan akaun media sosial ketika ini juga kerana pihak media sosial menyerahkan sepenuhnya pendaftaran pembukaan akaun kepada pengguna tanpa mengemukakan kaedah pembuktian untuk memastikan adakah usia mereka sesuai dengan syarat yang dibenarkan.

Mama Siti faham zaman sudah modern perlu ikut peredaran supaya anak-anak tidak ketinggalan, tapi Mama Papa perlu faham ini untuk mengurangkan mereka dari terdedah perkara yang tidak sepatutnya di usia mereka.

Satu lagi menggelakkan anak-anak ditipu dengan scammer terutama anak-anak Mama yang sukakan online game yang ada di internet sekarang.

Lebih baik Mama Papa check phone anak-anak sekarang kalau boleh uninstall dulu apps yang ada di phone mereka. Mama Siti cadangkan jugak Mama Papa gunakan lock apps dalam phone sendiri juga untuk elakkan anak-anak cuba menggunakan akaun media sosial Mama Papa pula.


Dapatkan lebih banyak berita-berita yang trending dan viral di SINI.