KelabMama

Tips Untuk Ajar Anak Minum Susu Dalam Cawan

minum susu_kelabmama

Tiga tahun merupakan umur yang paling tepat untuk kanak-kanak mula menggunakan cawan ketika minum. Namun memisahkannya dari botol susu kesayangannya bukan perkara mudah. Ini kerana menghentikan atau mengganti suatu kebiasaan tidak mudah. Kanak-kanak perlu beradaptasi dengan kebiasaan baru dan ini boleh membuatnya berasa tidak selesa. Ini mendorong anak anda menolak, menangis dan marah apabila tidak boleh minum susu dari botol.

Mengapa kanak-kanak lebih suka minum terutamanya susu menggunakan botol? Ini kerana mereka memperoleh kenikmatan dan keselesaan daripada objek ini. Kanak-kanak boleh berasa sedih dan menangis apabila menggantikan botol dengan cawan.

Dalam usaha meninggalkan botol susu, ibu tidak perlu tunduk mengikut kemahuan anda. Jika anda kembali memberikan botol agar dia mahu minum, maka si kecil akan terus menolak minum menggunakan cawan. Anda harus tegas meski anda anak merenggek. Namun jangan lupa memberikan pujian ketika dia mahu minum susu menggunakan cawan. Berikut panduan bagi membantu si kecil minum menggunakan cawan. Lakukannya secara bertahap untuk membantunya menyesuaikan diri minum sisi dari cawan.

Tips Mengajar Anak Minum Susu Dalam Cawan

  1. Ajak anak ketika anda membelikan cawan untuknya. Minta dia memegang gelas sebagai perkenalan awal dengan objek yang akan digunakannya sehari-hari untuk minum.
  2. Biarkan kanak-kanak memilih warna, motif dan rekaan cawannya. Belikan beberapa buah cawan yang berbeza bentuk. Pasti kan ia tidak mudah pecah.
  3. Izinkan anak anda bermain menggunakan cawannya sebagai salah satu permainannya. Contohnya, memberi minum anak patungnya.
  4. Ajak anak membancuh susu di cawan tersebut. Jadikan ia aktiviti yang menyeronokkannya.
  5. Pada hari-hari penyesuaian awal, anda masih boleh berkompromi. Misalnya, hadkan penggunaan botol hanya pada malam hari. Pada siang hari, wajibkannya menggunakan cawan.
  6. Letakkan cawan berisi air yang terjangkau oleh tangan anak. Tanpa perlu memaksa apabila dahaga, dia akan mengambil minumannya tanpa perlu meminta kepada anda.
  7. Ajak anak berkumpul dengan rakan-rakan yang sudah minum menggunakan cawan. Jadikan ia acara yang menyenangkan untuk mereka dan anak anda akan terdorong minum daripada cawan seperti kawan-kawannya.

Sumber: Internet