KelabMama

AJAR ANAK BERKONGSI. DIDIK HORMAT ORANG LAIN

Mengapa seseorang itu perlu berkongsi? Mengapa perlu mengajar kanak-kanak untuk berkongsi? Antara sebab utama ialah perkongsian membina hubungan yang dapat membantu membina kasih sayang, hormat dan memahami antara satu sama lain. Apabila anda berkongsi sesuatu dengan seseorang, secara automatiknya kewujudan dan keperluan berlaku dan ini biasanya ditafsirkan sebagai rasa hormat sesama mereka. Apabila seseorang itu berasa dihormati mereka juga lebih cenderung untuk berinteraksi bersama walaupun pada kanak-kanak. Anda juga dapat membina kepercayaan dan kemakmuran yang sangat penting untuk memelihara kesejahteraan kita. Oleh itu, perkongsian adalah salah satu aspek utama hubungan yang harmoni dan mudah disuaikan bukan hanya sesama manusia malah kepada haiwan. Di sini kita perhatikan perkongsian adalah kemahiran yang sangat penting dan diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Jadi bagaimana kita mengajar anak untuk berkongsi?

Cara untuk mengajar anak secara berkongsi:

Selain itu, apa yang boleh anda lakukan adalah memastikan tingkah laku perkongsian anda dengan orang lain hendaklah diberi ganjaran dengan hasil yang setimpal dari segi sosial masyarakat kita. Sebagai contoh, apabila seseorang berkongsi sesuatu dengan anda, cuba nyatakan kegembiraan anda dan berterima kasih kepadanya. Lakukan perkara yang sama kepada anak anda dengan memuji­nya apabila mereka berkongsi apa-apa dengan orang lain.

Ini menunjukkan perkongsian membawa kesan baik kepada seseorang yang pemurah. Ia dapat mengajar anak anda bahawa seseorang yang pemurah bukan saja dapat memberi manfaat kepada penerima malah turut dirasai oleh pemberi. Anda boleh mengukuhkan perasaan belas kasihan dengan mengajar anak anda mengenai kebahagiaan kepada orang lain dengan berkongsi kegembiraan kebahagiaan mereka.

Anak anda belajar untuk mengingati detik kegembiraan dalam kehidupan mereka pada usia yang muda dengan berkongsi kebahagiaan orang lain. Anda juga boleh mengajar mereka bahawa ketika orang lain bergembira dengan kemurahan hati anda, mereka akan berbuat baik untuk anda, oleh itu lebih cenderung untuk melindungi anda daripada bahaya kerana mereka menghargai anda. Apabila perkongsian menjadi kerap dan semakin baik, anak anda akan mempunyai perasaan yang menyenangkan apabila perlu berkongsi. Ini mendorong anak anda untuk lebih kerap berkongsi sama ada mainan atau barang lain yang mereka miliki.

 

JIKA CERDIK TEMAN BERUNDING, JIKA BODOH DISURUH DIARAH

Ini satu lagi bidalan yang memberitahu kita betapa pentingnya untuk kita berkongsi. Mengapa kita katakan perkongsian itu tanda prihatin? Ini kerana kita tidak boleh selalu menyembuh, tetapi kita boleh menjadi individu yang prihatin. Oleh itu, mengajar anak anda untuk mengambil berat atau prihatin terhadap orang lain lebih membuatkan dia menjadi seseorang yang amat berharga. Seperti yang dinyatakan, perkongsian adalah suatu nilai yang dapat memupuk rasa selamat dan tanggapan disayangi. Oleh itu, ia termasuk dalam idea persahabatan. Sekiranya anak anda berkongsi dengan baik, anda tidak perlu bimbang dia tidak mempunyai sahabat.

 

BUAT BAIK DIBALAS BAIK

 

 

 

Sumber:  Prof Madya Dr Alvin Ng Lai Oon (Pakar Psikologi Klinikal dan Presiden Pengasas Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia (MSCP)) & Harian Metro