KelabMama

Seronoknya! 6 Air Terjun di Melaka Untuk Bermandi-manda dan Berkelah

air terjun Melaka

Selain mempunyai warisan sejarah yang kaya, Melaka juga mempunyai banyak tarikan semulajadi yang menarik minat pelancong untuk melawatnya. 

Salah satu tarikan semulajadi yang terkenal di Melaka ialah air terjun. Artikel ini akan membincangkan mengenai air terjun di Melaka yang boleh menjadi destinasi menarik untuk dilawati.

Senarai Air Terjun Yang Ada di Melaka

#1 Air Terjun Bukit Sebukor

Kredit gambar: Foursquare

Apabila Mama berkunjung ke Bukit Sebukor, Ayer Keroh, Mama akan melihat satu air terjun yang sangat indah. 

Tahukah Mama bahawa air terjun tersebut merupakan satu-satunya air terjun buatan manusia di Melaka dan pembinaannya memerlukan kos sekitar RM1.7 juta? 

Lokasi air terjun itu yang berdekatan dengan laluan utama ke Bandar Melaka sangat sesuai untuk pelbagai aktiviti, termasuklah tempat untuk bersantai dan menenangkan minda. 

Selain itu, terdapat juga replika jam bunga yang sangat menarik berhampiran dengan air terjun tersebut.

Alamat: Jalan Tun Abdul Razak, Taman Sentosa, 75150 Melaka

#2 Air Terjun Asahan

Air Terjun Asahan merupakan gabungan dari beberapa sungai yang mengalir dengan sangat tenang. Tempat ini membolehkan para pengunjung bermandi-manda dan pastinya pemandangan yang disajikan akan memukau setiap mata yang memandang. 

Kemudahan yang disediakan termasuklah tempat penginapan, infrastruktur, bilik persalinan, tandas, surau dan lain-lain untuk memudahkan segala keperluan pengunjung. 

Sebagai kawasan rekreasi, antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah seperti berkhemah, berkelah dan banyak lagi.

Alamat: Jalan Tun Abdul Razak, Taman Sentosa, 75150 Melaka

#3 Air Terjun di Taman Negara Gunung Ledang

Kredit gambar: Buruh Migra

Walaupun secara logiknya air terjun ini berada di negeri Johor, namun ia bersempadan dengan negeri Melaka. Taman Nasional Gunung Ledang ialah sebuah Taman Negara yang terletak di sempadan negeri Melaka dan Johor. 

Selain itu, ia turut diwartakan sebagai Tapak Warisan Negara yang telah wujud sejak kira-kira 150 juta tahun yang lalu. 

Air di sini amat menyegarkan dan suasana yang indah membuatkan tempat ini menarik. Terdapat dua jenis air terjun yang boleh ditemui iaitu Air Terjun Asahan dan Air Terjun Jeram Tinggi Jementah.

Alamat: 26 Batu, Jalan Segamat, Sagil, 84020, Johor

#4 Jeram Tok Janggut

Kredit gambar: Driftsoul

Jeram Tok Janggut terletak di kawasan Hutan Simpan Batang Melaka yang dihiasi dengan kehijauan hutan dan tapak kawasan pertanian seperti kebun getah. 

Lokasinya yang mudah diakses iaitu hanya 3 kilometer dari Pekan Nyalas dan 25 kilometer dari Bandar Jasin. Ia menjadikan lokasi ini sebagai destinasi menarik untuk aktiviti rekreasi. 

Selain itu, jeram ini juga boleh dijadikan tapak perkhemahan, aktiviti riadah dan jungle tracking.

Alamat: Hutan Simpan Batang Melaka

#5 Jeram Bukit Gapis

Kredit gambar: Harian Metro

Jeram Bukit Gapis ialah air terjun kecil di Melaka yang terletak di Hutan Simpan Batang Melaka. Walaupun ia kecil, namun pemandangannya sangat indah. 

Aliran airnya yang perlahan pasti memberikan ketenangan kepada pengunjung.Oleh kerana itulah pengunjung terpikat hati dengan air terjun ini. Oleh itu, bagi Mama yang mengunjungi Jasin, jangan lupa untuk melawat ke jeram yang indah ini.

Alamat: Jalan Sidang, Kampung Mantai, 77100 Selandar, Melaka

#6 Air Terjun Taman Botanikal Melaka

Kredit gambar: Petit Go

Taman botani ini meliputi kawasan seluas 92,5 hektar dan dikelilingi dengan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk dilakukan bersama keluarga.

Suasana di sini amat mempesonakan dengan keindahan pokok-pokok di sepanjang jalan dan udaranya pun sangat menyegarkan. 

Di sini, terdapat banyak tarikan menarik seperti Muzium Hutan, Taman Dinosaur, jambatan gantung dan banyak lagi yang boleh Mama nikmati.

Alamat: Jalan Tun Abdul Razak, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Kredit gambar: Travel Kompas

Air terjun di Melaka menyediakan pengalaman menarik yang tidak boleh dilepaskan oleh sesiapa yang berkunjung ke negeri ini.

Oleh itu, jika Mama merancang untuk melancong ke Melaka, pastikan Mama melawat salah satu air terjun yang terdapat di sini.


Jom ke pelbagai tempat menarik di Malaysia dengan klik SINI.