KelabMama

Air Daun Pandan : Rahsia Perut Kempis Lepas Bersalin

Selepas bersalin mestilah nak perut kembali kempis dan flat macam sebelum mengandung dulu kan? Nak tahu rahsia perut kempis lepas bersalin? Guna tiga bahan ni je! Tak payah dah nak sapu krim, makan ubat kempis perut dan macam-macam lagilah tapi hakikatnya masih tak kempis-kempis. TAK SUSAH PUN NAK MEREMAJAKAN DIRI KEMBALI SELEPAS BERSALIN

Resepi mudah ni dikongsi oleh pengguna facebook, Puan Azurah Ahmad. Dia sendiri mengamalkannya selepas bersalin dan ternyata ia berhasil. Hanya menggunakan tiga bahan je iaitu daun pandan, halia dan gula batu. Wah bahannya pun senang nak cari ni!

FUNGSI AIR REBUSAN DAUN PANDAN

“Fungsi air ini boleh bantu kempiskan perut, al maklum le dah 6 bulan bersalin. Nak hilangkan perut gendut). Ikutkan elok buat 2 kali sehari.

Tapi tak dan nak buat siang hari. Buat malam je, 2 jam sebelum tidur. Hasil dia, bedebus-debus angin sesat keluar dari badan.”

BAHAN-BAHAN :

Beberapa helai daun pandan (ikut citarasa tapi jangan le sampai 1 rimbun)

2 inci halia – diketuk

1 ketul gula batu

2 gelas air

CARA BUAT :

1) Rebus air dari 2 gelas tadi jadikan sampai dapat 1 gelas

2) Minum suam-suam lebih sedap

3) Minum 2 kali sehari pagi dan malam sebelum tidur.

4) Nanti dapur pun akan jadi wangi dengan haruman rebusan air daun pandan tadi. Haa..

khasiat dua dalam satu, untuk tubuh dan jadi potpourri pandan.

KHASIATNYA :

BACA LAGI : ASYIKNYA MINUM JAMU! BUAT SENDIRI JAMU ANDA.

Lepas ni dah boleh lupakan dah segala pil, segala krim kempis perut tu. Cuba secara tradisional pulak dengan air rebusan daun pandan. Bagi habis keluar segala angin yang tersembunyi tu. Lepas ni bolehlah kita kempis perut sama-sama ye. Selamat mencuba!