KelabMama

Ainul Mardhiah Selamat Dibedah & Kini Mesra Berceloteh Bersama Ibunya

Ingat lagi kisah adik Ainul Mardhiah? Adik Ainul Mardhiah yang menghidap kanser mulut, Germ Cell Tumor, kini telah selamat menjalani pembedahan di United Kingdom. Alhamdulillah! Gembira rasa hati dengar.

Menurut laporan Harian Metro, ibunya, Puan Nurul Erwani, beliau kongsikan berita gembira tersebut melalui status di Instagramnya. Beliau melahirkan rasa syukur kerana urusan rawatan anaknya telah dipermudahkan. Keadaan adik Ainul juga dilaporkan stabil setelah melalui pembedahan selama 5 jam pada Isnin lalu.

“Nikmat Allah paling besar & paling berharga,”

Melalui status di Instagram Puan Nurul Erwani,

Pembedahan tersebut telah dijalankan oleh sepasukan doktor pakar diketuai Profesor David Dunaway dan Dr. Juling Ong. Dr. Amalina yang turut bersama-sama dalam pembedahan itu berkata melalui laman Instagramnya, Ainul seorang bayi yang kuat dan pembedahan berkenaan berjaya membuang tumor seberat 200 gram dari mulutnya.

Menurut Dr Amalina lagi,

“Lima jam dalam dewan bedah, keseluruhan tumor berjaya dibuang. Anda tidak dapat bayangkan bagaimana resahnya saya sepanjang tempoh itu. Ia pembedahan berisiko tinggi, banyak persediaan perlu dilakukan untuk memastikan Ainul selamat dan pembedahan berjalan lancar,”

Ainul Mardhiah Kini Sudah Sedar

Dalam laporan terkini pada 11 Jun lalu, bapa kepada Ainul telah kongsikan bahawa anaknya sudah sedar, tetapi masih berada dalam unit rawatan rapi selepas pembedahan tersebut.

Sumber: Facebook @AhmadSafiuddin

Dalam pada itu, satu video yang dikongsikan oleh bapa Ainul Mardhiah, Encik Ahmad Safiuddin menunjukkan adik Ainul mesra ‘berceloteh’ dengan ibunya. Video yang berdurasi 39 saat yang dimuat naik di akaun Facebooknya telah menyentuh hati ramai pihak.

Manis Berceloteh Bersama Si Ibu

Sumber: Facebook @AhmadSafiuddin

Adik Ainul kelihatan seolah-olah sedang berbual dengan ibunya, seperti memahami apa yang diperkatakan ibunya. Reaksi comel Ainul membuatkan orang ramai gembira dengan perkembangan yang ditunjukkan selepas pembedahan tersebut. Puan Nurul Erwani turut memohon doa orang ramai untuk kesihatan dan kekuatan Ainul Mardhiah.

Ujar Mama Siti

Alhamdulillah, sebak rasa hati Mama Siti tengok kamu dik. Semoga cepat sembuh dan sihat sentiasa. Mama yang lain jangan lupa untuk doakan kesihatan adik Ainul ya. Inshaallah, jika kita sentiasa doakan orang lain, akan ada ganjaran lain menanti kita.